Movie Review | Kho Gaye Hum Kahan (2023)

Saturday 30 December 2023


Director: Arjun Varain Singh
Writers: Arjun Varain Singh, Zoya Akhtar, Reema Kagti, Yash Sahai
Cast: Siddhant Chaturvedi, Ananya Panday, Adarsh Gourav, Kalki Koechlin
Production Companies: Excel Entertainment, Tiger Baby Films
Distributor: Netflix
Genre: Coming-of-age / Drama
Running Time: 135 minutes
Release Date: 26 December 2023
Trailer:


Naskhah terbaru Excel Entertainment, Kho Gaye Hum Kahan (Where Did We Lose Ourselves?) mengisahkan tentang Imaad Ali (Siddhant Chaturvedi), Ahana singh (Ananya Panday) dan Neil Perera (Adarsh Gourav) merupakan kawan baik sejak zaman sekolah. 

Imaad mempunyai talent sebagai stand-up comedian tapi terpaksa menghadiri sesi kaunseling yang diaturkan oleh bapanya (Rahul Vohra). Imaad mengalami trauma selepas kehilangan ibunya pada umur 9 tahun. Kerana trauma tersebut dia sukar untuk mempunyai hubungan intim dengan mana-mana perempuan. Setiap hari bertukar pasangan kerana dia tak mampu mempunyai komitmen emosi. 

Walaupun Imaad tinggal serumah dengan Ahana tapi hubungan mereka lebih kepada adik-beradik sebab bagi Imaad, Ahana out of his league. Ahana pula adalah graduan Universiti Harvard dalam business major. Hidup Ahana boleh kata dah sempurna dengan karier sebagai konsultan korporat di sebuah syarikat dan mempunyai kekasih hati, Rohan. Mereka bercinta selama 3 tahun hingga Ahana yakin untuk minta Rohan fikir tentang perkahwinan mereka. 

Malangnya lain pula terjadi bila Rohan minta mereka berdua untuk tamatkan hubungan tersebut. Tak faham di mana kekurangan dia sampai Rohan rasa stress bila Ahana timbulkan isu kahwin. Ahana cuba stalk Instagram Rohan kemudiannya berjumpa dengan Tanya yang cantik, seksi dan popular di social media. Kerana Tanya, Ahana juga cuba meraih perhatian Rohan di media sosial.

Neil pula datang dari keluarga yang kecil dan sederhana. Dia mempunyai impian untuk membuka gym studio di bandar Mumbai. Kebanyakan klien dia lebih suka private session daripada datang ke gym yang dipenuhi orang. Imaad setuju untuk jadi investor gym tersebut sementara Ahana bantu siapkan business proposal dan menjadi pengurus gym kepunyaan Neil. 

Keputusan yang dibuat cuma satu malam sahaja kerana persahabatan akrab mereka bertiga namun orang tua Neil tidak setuju kerana risiko yang tinggi. Boleh jadi persahabatan mereka juga akan rosak kerana masalah dalam bisnes tersebut. Neil endahkan saja nasihat tersebut kerana yakin dengan Imaad dan Ahana sampai lah satu hari mereka bergaduh kerana Imaad jadikan kisah cinta dia bersama influencer terkenal, Lala (Anya Singh) sebagai cerita jenaka untuk show dia. 

Naskhah Kho Gaye Hum Kahan menggunakan watak-watak Gen Z di mana dunia mereka lebih bergantung kepada media sosial. Watak Imaad menggunakan Tinder dan identiti Zeeshan untuk lari dari trauma yang dihadapi. Ahana pula menagih perhatian Rohan melalui Instagram dan kebanyakan masanya habis di sana. Sementara Neil sentiasa membandingkan hidup dia dengan hidup orang lain di Instagram. Walaupun ketiga-tiga watak nampak sihat dari luaran, masing-masing mempunyai sisi gelap yang perlu diubati. 

Masalah-masalah yang dihadapi oleh Imaad, Ahana dan Neil adalah masalah yang selalu terjadi pada diri kita dan juga orang sekeliling. Mungkin I tak ada trauma macam Imaad tapi escaping mechanism tu sama. Bab menagih perhatian di media sosial tu tak payah cakap lah, boleh kata setiap masa di setiap platform. Belum masuk bandingkan hidup sendiri dengan hidup orang lain, sampai satu tahap uninstall terus apps tu sebab tak nak tengok life orang lain. 

Forte Farhan Akhtar adalah pada genre coming-of-age dengan sentuhan komedi dan drama sepertimana yang pernah digunakan untuk naskhah Dil Chahta Hai (2000) dan Zindagi Na Milegi Dobara (2011) dengan berlatarkan hidup generasi Millenial. Jadi tak hairan lah kalau Kho Gaye Hum Kahan juga mempunyai skrip yang kuat dengan pergolakan emosi tentang persahabatan dan hidup yang sama kuatnya dengan naskhah-naskhah sebelum ni. 

Mungkin lakonan Ananya Panday tak cukup kuat untuk watak Ahana Singh di mana dia perlu paparkan babak emosi dengan lebih mendalam tapi mungkin juga pengarah Arjun Varain Singh tak fokus pada Ananya. Sebab sebelum ni Ananya cemerlang sebagai Shreya Randhawa yang kesunyian dalam Student of the Year 2 (2019) arahan Punit Malhotra dan watak Tia Khanna dalam Gehraiyaan (2022) arahan Shakun Batra. Since Kho Gaye Hum Kahan adalah naskhah debut untuk Arjun Varain Singh, I boleh faham lah kenapa. 

Filem Kho Gaye Hum Kahan adalah filem kedua untuk Ananya dan Siddhant Chaturvedi bekerja bersama selepas Gehraiyaan dan dalam kedua-dua naskhah juga mereka terlihat cemerlang dalam watak yang dibawakan. Walaupun dalam Kho Gaye Hum Kahan, Sid dan Ananya bukan pasangan kekasih tapi kawan baik but still the reason watak Imaad tak approach Ahana gara-gara dia out of his league je. 

Suka tengok semua babak Imaad dengan Ahana especially lepas putus dengan Rohan. Ingatkan Imaad dengan Ahana akan end up together rupanya tak, penulis tetap setia dengan kisah cinta Imaad dan Simran (Kalki Koechlin). Another fresh pair that looks good together onscreen but still tenggelam dengan chemistry Sid-Ananya. Boleh tak Dharma Production atau Maddock Films cast Sid dengan Ananya as lead couple untuk rom-com? I really love them together! 

At first, I thought Adarsh Gourav a miscast untuk watak Neil Preira, mungkin sebab watak Balram dalam filem The White Tiger (2021) dengan MOM (2017) tu melekat dalam kepala lagi. But he turned out great as Neil. Boleh nampak soft side dia sebagai anak tunggal dan gym trainer. Dia tak banyak cakap tapi watak dia paling soft antara Imaad dengan Ahana. 

Walaupun I setuju watak dia kena marah dengan head coach dan klien tu sebab konsep ‘life will humble you down’ tapi tak sangka penulis biarkan watak dia dibuli dengan Lala. I mean, Lala patut minta maaf untuk perbuatan dia. Apology scene antara Imaad dengan Neil pun tak mendalam sangat padahal Neil antara watak yang setia dengan Imaad sejak awal. 

Mesej yang diketengahkan dalam Kho Gaye Hum Kahan relevan dan relatable bukan saja kepada generasi baru malah kepada generasi sebelumnya juga. Sinematografi dari Tanay Satam mengukuhkan lagi screenplay dan atmosfera penceritaan dalam setiap babak. Bab music album ni sama seperti karya Excel Entertainment yang lain, lambat baru nak dapat feel but my personal favorites, I Wanna See You Dance dan Ishq Nachaawe. 



I’m glad ketiga-tiga pelakon dapat ruang untuk tonjolkan bakat lakonan masing-masing sebagai generasi baru dalam industri Bollywood. Sebelum ni ramai yang pertikaikan lakonan Ananya Panday tapi kali ni ramai yang puji. Sebagai peminat dia sejak debut, I’m sooo happy with her progress. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.