Dolly Dim Sum, Pavillion KL

Thursday 21 December 2023

 

Tak pernah lagi makan dekat Dolly Dim Sum ni padahal selalu je kawan-kawan recommend, tahu je outlet dekat mana tapi pandang sekali lalu je. Maybe sebab belum setiap kali keluar tak ada mood nak makan dim sum kot. 


Menu dekat Dolly Dim Sum ni tak ada lah banyak sangat pilihan dim sum. Rasanya yang menjual dekat IG lagi banyak pilihan tapi of course lah ada perbezaan ketara antara dua tu. Untuk main course, I ambil Cantonese Yin Yang Noodle. Untuk steamed pilih Beef Ball, Szechuan Dumpling dengan Siew Mai. 


Tak ambil masa yang lama pun untuk sampai sebab memang tinggal nak prepare je kot. Szechuan Dumpling ialah dumpling ayam dan udang yang direndam dalam kicap manis dengan minyak cili tapi tak lah pedas sangat pun. Masa sampai tu bau wangi daun bawang dan air rebusan dumpling masuk ke hidung. Rasa dia sedap sebab isi lembut dengan kulit dumpling a bit chewy dan lembut tapi kena bersabar waktu makan sebab panasssss. 




Menyesal kitorang pilih Beef Ball sebab tu meatball biasa je. Patutnya ambil Crystal Prawn Dumpling masa tu. Tak ambil any seafood based dumpling sebab dekat dalam main course pun dah ada banyak seafood sebagai bahan utama. Dalam Szechuan Dumpling pun dah ada udang jugak. 


Another disappointment bila ambil Yam Croquette sebab rasa dia pahit sikit. Selalunya kitorang makan yam cake tapi yang tu lembut dan manis. But this one a big nooooo. Bahagian luar tu rangup tapi bila gigit dekat dalam dah turn off rasa dia. 

Not sure lah nak repeat lagi ke tak tapi kalau orang belanja, onz je. Nak pergi sendiri mungkin cari yang lain dulu sebab I tak jumpa personal favorite food dekat sini. Not bad but not that good either. 

2 comments

  1. Tak terasa sangat nak makan dumpling sebab lama tak berjalan keluar mencari makan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.