Top Bollywood Movie 2018

Tuesday 28 May 2019

Kalau you guys tak tahu nak layan movie apa tapi rasa macam dah bosan tengok movie Hindi yang sama, boleh la belek list ni, mana tahu ada yang best nak layan. List movie ni disusun ikut mana yang ingat dan terlintas di kepala je bukan disusun ikut rating ye

1. Badhaai Ho 


Mengisahkan tentang keluarga middle class yang cuba terima kehadiran ahli keluarga baru. Agak kecoh awalnya disebabkan takut dengan kata-kata jiran dan saudara-mara. 

Stars : Ayushmann Khurrana, Sanya Malhotra, Nina Gupta & Gajraj Rao
Genre : Comedy/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.5/10

2. Andhadhun

Bila si buta jadi saksi kepada beberapa pembunuhan dan perlu cari jalan untuk selamatkan diri dari pembunuh. 

Stars : Ayushmann Khurrana, Tabu, Radhika Apte
Genre : Black Comedy/Crime/Thriller
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 10/10

3. Raazi


Berdasarkan kisah benar seorang perisik India dikahwinkan dengan anak tentera Pakistan untuk selamatkan negara masa perang Indo-Pakistan tahun 1971.

Stars : Alia Bhatt, Vicky Kaushal
Genre : Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.6/10

4. RAID


Diinspirasikan oleh kisah benar kes serbuan Income Tax Department di rumah kontraktor dan juga ahli politik tahun 1980-an. Serbuan yang paling lama direkodkan disebabkan duit yang disorokkan secara rapi dan licik.

Stars : Ajay Devgn, Ileana D'Cruz, Saurabh Shukla, Amit Sial, Amit Bimrot, Gayathri Iyer, Sheeba Chaddha
Genre : Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 7.9/10

5. Stree 


Diinspirasikan oleh kisah mitos legenda di sebuah kawasan kampung. Hantu Stree akan menculik lelaki yang berjalan berseorangan pada waktu malam pada musim perayaan Navratri. 

Stars : Rajkumar Rao, Shraddha Kapoor, Aparshakti Khurrana & Pankaj Tripathi
Genre : Horror/Comedy
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9/10

6. Dhadak


Kisah percintaan antara dua darjat bila terpaksa lari dari keluarga untuk bersama. Tak mudah untuk mula dari bawah bila keduanya mengharapkan duit mak ayah untuk hidup. Semangat dan rasa cinta masing-masing buatkan hidup yang susah jadi mudah. 

Stars : Ishaan Khatter, Janhvi Kapoor, Ashutosh Rana
Genre : Romance/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.6/10

7. Kedarnath


Diinspirasikan oleh bencana banjir di Kedarnath pada tahun 2013. Kisah cinta lelaki Muslim dan perempuan beragama Hindu yang terhalang kerana agama. 

Stars : Sushant Singh Rajput & Sara Ali Khan
Genre : Romantic/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9/10

8. Sui Dhaaga


Bertemakan kempen Made In India yang dilancarkan oleh Kerajaan India pada tahun 2014 untuk mempromosikan industri tekstil India. Kisah cinta dan kejayaan suami isteri yang berjaya membuka butik sendiri. 

Stars : Varun Dhawan & Anushka Sharma
Genre : Romantic/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.4/10

9. Padman


Diadaptasi dari kisah benar pencipta pad kos rendah di India, Arunachalam Muruganantham untuk diguna oleh isteri dia. Tapi inovasi dia berjaya mendapat perhatian penduduk kampung dan juga Kerajaan India. 

Stars : Akshay Kumar, Radhika Apte & Sonam Kapoor
Genre : Romantic/Drama/Biopic
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.8/10

10. Sonu Ke Titu Ki Sweety 


Titu bakal berkahwin dengan Sweety tapi perkahwinan dia dihalang oleh kawan baik dia, Sonu yang percaya Sweety ada muslihat buruk untuk musnahkan hidup Titu. 

Stars : Kartik Aaryan, Nushrat Bharucha, Sunny Singh, Ishita Sharma, Alok Nath, Ayesha Raza, Virendra Saxena, Pawan Chopra, Pritam Jaiswal
Genre : Romantic/Comedy
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 7.3/10

11. Uri : The Surgical Strike


Diadaptasikan dari kisah benar apabila pengganas Pakistan menyerang kem tentera India di Uri menyebabkan India menyerang balik dengan menghantar sepasukan unit tentera khas ke Pakistan untuk hapuskan kem terrorist. 

Stars : Vicky Kaushal, Yami Gautam & Mohit Raina
Genre : War/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 7.7/10

12. Mulk


Berdasarkan kisah benar bila satu keluarga didakwa sebagai pengganas disebabkan oleh anak mereka tanpa pengetahuan letupkan sebuah bas yang penuh dengan penumpang atas alasan berjihad. 

Stars : Tapsee Pannu, Rishi Kapoor, Prateik Babbar & Ashutosh Rana
Genre : Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.5/10

13. 102 Not Out


Dattatraya Vakharia yang berusia 102 tahun cuba pecahkan rekod dunia untuk jadi manusia paling lama hidup di dunia tapi dihalang oleh anaknya yang agak pemarah dan serious di usia 75 tahun.

Stars : Amitabh Bachchan & Rishi Kapoor
Genre : Comedy/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8/10

14. Karwaan


Bila mayat ayah tertukar dengan mayat nenek remaja kolej. Dalam perjalanan bertukar kisah hidup dan belajar untuk menerima takdir hidup. 

Stars : Irrfan Khan, Dulquer Salman & Mithila Palkar
Genre : Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.1/10

15. Pataakha


Dua adik beradik yang sentiasa bergaduh dari kecil hingga ke besar. Ada saja alasan dicari supaya boleh bergaduh. Sangkanya akan aman bila berjauhan lepas kahwin tapi malang bila berkahwin dengan adik-beradik yang sama. 

Stars : Radhika Mandan, Sanya Malhotra, Sunil Grover & Vijay Raaz
Genre : Comedy/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.7/10

16. Pari


Kisah Rukhsana yang disumpah sebagai anak syaitan tapi mencari cinta dan kasih sayang dalam dunia manusia. 

Stars: Anushka Sharma & Parambrata
Genre : Horror
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9/10

17. Veere Di Wedding


4 sekawan yang mempunyai pelbagai masalah kehidupan reunites untuk perkahwinan Avni.

Stars : Kareena Kapoor Khan, Sonam Kapoor, Swara Bhaskar & Shikha Talsania
Genre : Comedy
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.8/10

18. Hope Aur Hum


Kisah 3 generasi dalam satu rumah kecil dan cuba untuk selesaikan masalah kehidupan masing-masing. 

Stars : Naseeruddin Shah, Sonali Kulkarni, Amir Bashir
Genre : Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 7.4/10

19. GOLD


Diinspirasikan dari kisah benar perjalanan dan cabaran pasukan hoki India yang join Olimpik pertama pada tahun 1948 dan menang pingat emas untuk negara. 

Stars : Akshay Kumar, Kunal Kapoor, Amit Sadh, Mouni Roy
Genre : Sports/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 7.4/10

20. Hichki


Seorang guru yang mengalami sindrom Tourette berazam untuk mengubah nasib pelajar-pelajar kelasnya di mata masyarakat dan pelajar-pelajar kelas lain.

Stars : Rani Mukerji, Neeraj Kabi, Harsh Mayar, Ria Shukla, Shivkumar Subramaniam, Hussain Dalal, Sparsh Khanchandani, Sachin Pilgaonkar
Genre : Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.6/10

21. Pihu


Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang ditinggalkan bersama ibunya yang telah bunuh diri disebabkan kemurungan selepas didera oleh suaminya. Diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku di UK. 

Stars : Pihu Myra Vishwaka
Genre : Thriller/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.1/10

22. Beyond The Clouds


Mengisahkan tentang kehidupan Amir di bandar Mumbai yang terpaksa bebaskan kakaknya, Tara dari penjara selepas membunuh perogolnya. Amir terpaksa berdepan dengan keluarga perogol manakala Tara terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan penjara.

Stars : Ishaan Khatter, Malavika Mohanan, Goutam Ghose, Amruta Santosh Thakur 
Genre : Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.1/10

23. Soorma


Movie biopic pemain hoki negara India yang terkenal dengan drag flick dia di padang tapi lumpuh lepas ditembak tanpa sengaja di dalam keretapi pada tahun 2006. Bangkit kembali dengan semangat kesukanan dan support dari family lepas hidup dia hampir musnah terutamanya bila kekasih hati tinggalkan dia. 

Stars : Diljit Dosanjh, Taapsee Pannu, Angad Bedi, Vijay Raaz, Kulbhushan Kharbanda, Amit Gaur, Danish Husain
Genre : Biopic/Sports/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 7.1/10

24. 2.0


Sequel kepada movie Enthiran (2010) bila Chitti dihidupkan semula untuk bantu Dr. Vaseegaran selesaikan misteri pembunuhan dan selamatkan negara dari ancaman Pakshi Ranjan yang menggunakan tenaga aura negatif dan salurkan kepada smartphone demi selamatkan spesies burung dari pupus.

Stars : Rajinikanth, Akshay Kumar, Amy Jackson, Sudhanshu Pandey
Genre : Sci-fi/Action
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9/10

25. Manto


Movie yang menceritakan kisah kehidupan sebenar penulis hebat di era 50-an yang terpaksa menanggung cemuhan bilamana karya seninya melanggar batas adab budaya selepas berlakunya perpisahan antara negara India dan Pakistan. Movie Manto ditayangkan di Festival Filem Cannes tahun 2018.

Stars : Nawazuddin Siddiqui, Tahir Raj Bhasin, Rasika Dugal, Rajshri Deshpande
Genre : Biopic/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9/10

26. Bazaar 


Movie yang berkisar kehidupan stock trader bilamana pemuda biasa dari kampung mencuba nasib untuk berjaya seperti idolanya, Shakun Kothari. Tapi mampu atau tak dia berdiri sama tinggi dengan Shakun ataupun cuma kambing hitam untuk jenayah Shakun?

Stars: Saif Ali Khan, Radhika Apte, Chitrangada Singh, Denzil Smith, Rohan Mehra
Genre : Thriller / Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 7.3/10

27. SIMMBA!


Rip-off dari franchise Singham yang memaparkan kisah pegawai polis, Simmba yang menggunakan status dan pangkat ketua pegawai polis untuk dapat habuan rasuah dari penjenayah kawasan setempat. Konflik terjadi bila adik angkat Simmba dirogol dan dibunuh secara kejam. Remake dari movie Telugu, Temper (2010).

Stars: Ranveer Singh, Sara Ali Khan, Sonu Sood, Ashutosh Rana, Siddhartha Jadhav, Vaidehi Parshurami
Genre : Comedy/Action / Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 7.5/10


That's all for now. List ni mungkin akan diedit bila ada movie tahun 2018 yang I dah tengok and rasa best nak share with you guys. Have fun watching!

9 comments

  1. semua dalam list ni belum tengok lagi.

    ReplyDelete
  2. ok tgh mikir ni which one nak tgk

    ReplyDelete
  3. Pari jer berjaya tengok.. Nanti nak try tengok Sree pula.. sebab cam menarik..

    ReplyDelete
  4. dah tgk Hitchi jer.. best!!

    ReplyDelete
  5. lama dah tak tengok Bollywood movie

    ReplyDelete
  6. 2, 3, 20, 21 tu macam best..nombor 20 tu pernah nak tengok, ajak kawan2 takde sape berminat...huhuhu

    ReplyDelete
  7. 4 aida da tgk.
    stree.
    padman.
    hickki.
    pihu.
    yg lain, i will :)

    ReplyDelete
  8. Tahu tak tajuk cerita ni? : lelaki nak kahwin dgn perempuan kampung, tak tau kenapa, mungkin terpaksa. Tp dia kaki perempuan. One day dia balik rumah dia kat bandar, wife dia cari,tgk2 dia tgh buat party. Wife dia lari, tp kena langgar kat tgh jalan. Sampai situ je sy ingat, tapi nak sgt2 tengok cerita tu semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi lelaki tu nak kahwin sebab dia nak harta ayah dia ke? Ada Sushmita dengan SRK ke dalam movie tu? Kalau yang tu, Dulha Mil Gaya

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.