Book Review : Aku Lelakimu

Thursday 9 May 2019



Penulis : Sara Aisha
Penerbit : Karya Seni
Helaian : 743 mukasurat/ 48 bab
Genre : Misteri / Thriller / Drama
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – September 2017
Harga : RM 29.00

SINOPSIS


REVIEW
Sebelum ni pernah terbaca review dekat blog Tiara pasal novel Aku Lelakimu ni. This is my first time baca karya penulisan Sara Aisha. A lil bit about Sara, she was graduated from Uni Malaya in Bioteknologi. Ada Sarjana Pengurusan Perniagaan dari UTM. Selain jadi penulis, dia ada buat business jugak.

Okay back to the track, novel Aku Lelakimu mengisahkan tentang Tihani Rose, seorang wartawan jenayah yang busy dengan kes The White Killer. Modus operandi TWK menculik kemudian patahkan leher mangsa dan korek biji mata untuk disimpan sebagai koleksi. Semua mangsa dia akan dipotong rambut pendek dan dipakaikan gaun putih. TWK akan buang mayat mangsa di kawasan yang sama dia jumpa.

Tihani Rose antara peminat tegar penulisan Alexander Aryan, penulis novel yang menetap di New York bersama ibu dan sepupu dia, Benjamin yang juga merangkap pembantu peribadi dia. Kerosakan otak di bahagian bilateral amygdala di mana individu tak akan merasa takut langsung terhadap bahaya yang dihadapi. Disebabkan keadaan ni Alex cuba menyelami dunia psikopat, sociopath dan pembunuh bersiri untuk dia faham keadaan diri sendiri. Sebelum menjadi penulis, Alex bekerja sebagai polis di NYPD tapi dia berhenti disebabkan partner dia hampir mati semasa bertugas.


Alex kembali ke Malaysia untuk book tour dia dan di MPH Nu Sentral adalah detik pertemuan pertama antara dia dan Tihani Rose. Tanpa pengetahuan Tihani, Alex juga terlibat dalam kes TWK bila khidmat dia diperlukan untuk bantu Inspektor Edric selesaikan kes. Makin dirungkai misteri ni, makin saling berkait antara TWK, Tihani dan Alex. Kisah lampau Tihani punca kenapa TWK mengganas, Alex pula rupanya dah 12 tahun melindungi Tihani tanpa Tihani sedar.

Nak tahu misteri apa, siapa TWK dan kenapa Alex jaga Tihani dari jauh, tu kena baca dalam novel tulisan Sara Aisha ni.

Novel ni agak tebal sampai 700 mukasurat so it tooks me around 1 month untuk habiskan. Bila masuk bab yang best tu best lah nak baca especially bila TWK mengganas. Bila masuk bab yang meleweh macam Tihani salahkan diri, Alex salahkan diri, Tihani dengan Alex jatuh cinta tapi tak mengaku tu haaa mula lah tertidur nyenyak sampai esok pagi.


Walaupun draggy tapi banyak input boleh dapat lepas baca novel ni macam karakter dan personaliti psikopat dan pembunuh bersiri. Kajian ni Sara Aisha ambil dari kes-kes yang famous di negara luar especially di New York. Karakter Tihani sebagai wartawan jenayah pula hasil temu ramah dengan Encik Syahril A. Kadir tapi tak banyak input special yang boleh ambil pun but still the character feels alive because it was perfectly described.

'Having zero empathy makes you a psycopath, having too much empathy makes you a victim'

'Everyone comes with a baggage. And that baggage comes with two options. Pertama, untuk kita tukar beban tu jadi pendukung. Memaksa kita untuk jadi lebih kuat dan akhirnya beban itu jadi hikmah. Kedua, untuk terus gantung beban itu di bahu. Terus-terusan memasing setiap pergerakan kita, sampaikan kita tak boleh bergerak. Tak boleh move on. Dan akhirnya kita jadi orang kalah yang menyalahkan takdir.'

'Love is a happiness. But love that cannot be spoken is a punishment'

Tahun lepas masa pergi PBAKL di PWTC ada jumpa Shahrul Ridzwan. Dia tanya nak dia berlakon drama adaptasi novel mana so ada budak suggest Aku Lelakimu. Since I dah lupa jalan cerita lepas baca dekat blog Tiara, I diam je lah bila Shahrul tanya jalan cerita dia macam mana. 


Tapi kalau buat drama ambik le pelakon lain. Zul Ariffin lah paling sesuai setakat ni. Dengan senyum senget dia tu awwww kbai.

1. Author +0.8, 2. Accuracy +1, 3. Writing Style +0.7, 4.Plot +0.8, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought  +0.7 = 8.9/10

5 comments

  1. mama suka cerita macam ni

    ReplyDelete
  2. Part jadi drama tu, tak pastilah pelakon mana yang sesuai.. Tak boleh bayangkan.. hehehe..
    Tapi buku nie memang best.. Buku baru dia tak jumpa pula masa gi Popular aritu..

    ReplyDelete
  3. tak nampak pelakon mana yg best kalau jadi drama..hehe

    ReplyDelete
  4. wahh,, thriller gitu ekk..karya seni jarang2 ada cerita macam ni..

    ReplyDelete
  5. memang best buku ni. dah baca. habis baca dalam beberapa hari je sebab masa tu memang tgh mood baca novel kan haha. lagipun jalan cerita Sara Aisha tak boring. tu laju je hee.

    kalau pelakon yang sesuai utk novel ni.. maybe Azrel Ismail/Nazim Othman/Ammar Alfian? haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.