Cannes 2019 Fashion File : Hina Khan

Friday 24 May 2019

Previous post dah sembang tentang Festival Filem Cannes dan kenapa ramai actress Bollywood pergi Cannes setiap tahun. Kali ni nak sembang santai dan tengok koleksi wardrobe semua actress. Tahun lepas dah buat my fav looks for Cannes 2018 tapi tahun ni nak tambah sikit entri sebab ada banyak masa nak update. 

So first fashion file for Cannes 2019 is Hina Khan sebab dia yang pertama sampai ke Cannes untuk promote movie pendek dia bertajuk Lines. So jom tengok wardrobe Hina Khan untuk tahun ni. 

1. Interview pertama di Cannes

Hari pertama di Cannes, untuk first appearance pun Hina dah tampil cantik dengan blouse berwana pink pucat dipadankan dengan seluar berwarna pink dan juga blazer dari koleksi Shail Kochar dihiasi set aksesori dari Sapna Mehta Jewellery dan juga sepasang kasut berwarna kuning air. 


Untuk makeup, Hina going for a subtle look dan memilih gaya rambut ikal berombak. Looking great for a summer and vintage look!

2. Red Carpet Film Screening - Bacurau

Untuk penampilan pertama kali di karpet merah Cannes, Hina memilih untuk menggayakan gaun 'Orion' berwarna kelabu cerah yang dihiasi dengan manik dari koleksi Spring Summer 2019 Ziad Nakad. 


Kecantikan gaun Orion ni bila lengan dibelah di bahagian siku dan dibiarkan labuh berjuntai sehingga ke lantai sarat dengan manik hiasan berkilauan. Gaya Hina dilengkapkan dengan gaya rambut sanggul dan sepasang anting-anting berlian Azotiique yang direka khas oleh Varun Raheja. 

3. Photoshoot


Hari ketiga di Cannes, Hina memilih dress berkolar warna ungu lavender dengan corak geometri dari koleksi 'Deep Harmony' oleh butik Armine Ohanyan Paris . Dipadankan bersama strap heels dari Truffle Collection. Gaya Hina dihiasi dengan subtle makeup dan anting-anting berbentuk geometri dari koleksi Aquamarine Jewellery. Bersanggul kemas dan makeup look yang minimal buat gaya Hina nampak ringkas dan elegan.

4. Interview bersama Anupama Chopra

Fesyen hari keempat pula Hina mengenakan kemeja berkolar bersaiz besar bercorak potongan berwarna biru langit cerah dipadankan bersama palazo high waist dengan corak garisan hitam dan corak berpotong. Dilengkapi heels bertutup berwarna silver metallic dari Christian Louboutin dan juga sepasang anting-anting biru. 


Gaya rambut ikal diikat rendah dan juga makeup nude nampak selesa untuk dipakai pada waktu petang sambil menikmati bayu di pantai Riviera. I personally love this look!

5. Majlis Pelancaran Poster Filem Pendek 'Lines'

Berpakaian ringkas dan selesa dengan dress bergaya labuh tanpa lengan berwarna hijau rekaan Rami Al ali Midi untuk majlis pelancaran poster filem pendek lakonannya di India Pavillion Cannes. 


Dipadankan bersama gaya rambut ikal dibiarkan lepas bebas dan juga sepasang kasut tumit tinggi bertutup berwarna hitam yang dihiasi dengan manik berwarna perak.

6. Red Carpet Short Film Screening Lines

Sama dengan kemunculan di karpet merah kali pertama, Hina tampil catik dengan strapless gown berwarna perak gelap metalik rekaan Allin Le'Kal dengan belahan di paras peha dan . Masih lagi mengekalkan gaya makeup yang ringkas dan dilengkapi bersama sepasang subang berlian dari Azotiique. 

Menyerlahkan lagi penampilan Hina Khan di karpet merah, sepasang heels bertutup dari koleksi Dech Barrouci dan juga gaya rambut ikat lepas hasil dandanan Sayed Saba. 

7. Chopard Party

Penampilan terakhir Hina Khan di Cannes diserikan dengan pant suit berwarna hitam dengan jalur emas di bahagian tepi rekaan Alin Le Kal. 


Dandanan rambut ikat rendah, sepasang subang berlian dan dipadankan bersama heels hitam emas buat Hina nampak bergaya dan glam. 

For me, Cannes look Hina agak ringkas dan santai sesuai dengan musim panas dekat sana. Overall Hina nampak cantik dan berjaya buat fans dia happy dan curi tumpuan dengan summer chic look di kota Paris.

3 comments

  1. Akak suka tengok dia dengan dress berkolar warna ungu lavender tu.. nampak sweet.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.