Book Review : Cincang - Dendam Terbalas

Wednesday 15 May 2019



Penulis : Shield Sahran
Penerbit : Lejen Press
Helaian : mukasurat/ cerita
Genre : Thriller/Drama/Psiko
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama April 2016
Harga : RM20
Sinopsis :



Review:
Buku keempat untuk bulan ni so yeahhhh makin semangat nak baca novel yang lain. Nampak gaya boleh cecah 10 buah kalau semangat ni bertahan lama. This novel wasn’t mine, it’s my sister’s. Pulun jugak baca habiskan sebelum balik ke Subang. Tak jadi hal nak habiskan cepat sebenarnya sebab jalan cerita dia addictive dan menarik!

Di kampung Pekan Lama ni menyimpan berbagai rahsia dan cerita tapi penulis fokus pada kisah Masirat yang tinggalkan bandar lepas ditipu oleh cinta hatinya, Hayati. Akibat percaya dengan cinta, Masirat ditipu sampai tergadai habis harta dia bila dia dijadikan penjamin untuk bayar segala hutang Hayati lepas bisnes gagal. Kecewa dengan berita tu, ibu Masirat meninggal dunia. Makin walang hati Masirat lepas satu persatu petaka menimpa.

Lepas berjaya langsaikan hutang dengan ah long, Masirat berhijrah ke kampung Pekan Lama cari ketenangan. Nasib dia baik bila dibantu oleh Pak Aji dan diambil bekerja di kebun pisang dia. Di kampung tu dia bertemu gadis bernama Sari. Asalnya Sari lahir di kampung tu tapi bila masuk sekolah rendah, keluarga Sari terpaksa berpindah keluar disebabkan masalah kewangan dan masalah peribadi. Bila ibu bapa Sari meninggal dan patah hati lepas ditipu kekasih yang juga suami orang, Sari pulang ke kampung sebab tinggalan harta arwah ibu bapa dia ada di situ.


Makin malang nasib Sari bila dia ditipu oleh Mak Siti dan Pak Mustakim, jiran rumah sebelah bila mereka pujuk Sari untuk pajak tanah rumah pusaka untuk bantu langsaikan hutang anak di bandar. Sari setuju tapi tak sangka Mak Siti jual dia kepada Pak Aji, duda umur 65 tahun yang sebaya dengan ayah dia. Anak Pak Aji, Laila makin bertambah benci dengan Sari bila ibu dia mati disebabkan Sari, kini dia terpaksa terima Sari sebagai mak.

Misteri mula menjengah ke kampung Pekan Lama bila Nora yang suka mengutuk Sari hilang dari kampung. Katanya lari ikut kekasih hati ke bandar. Tak lama lepas tu Mamat berumur 12 tahun pula hilang lepas dihalau keluar oleh ayahnya lepas kantoi mencuri. Makin lama makin ramai yang mati dan hilang. Sari pula makin rancak berniaga sate hasil resipi rahsia dan tunjuk ajar Pak Mustakim dan Mak Siti.


Sate Sari jadi kegilaan satu kampung kecuali Masirat. Walaupun dia bercinta dengan Sari, tak pernah pula dia teringin nak makan sate buatan tunang dia. Terdetik juga rasa ingin tahu apa ramuan rahsia sate Sari bila kawan baik sendiri boleh sasau teringatkan sate Sari. Dalam masa yang sama, Hayati datang jumpa Masirat nasihatkan supaya selamatkan diri dari kampung tu sebab kampung tu tak selamat.

Jalan cerita novel Cincang ni dah boleh agak dah dari awal bila Nora mula hilang dari kampung tambah pula dah terbiasa dengan cerita daging manusia ni. Penulis tak cuba nak buat plot twist ataupun cuba gagalkan tekaan pembaca. Walaupun dah tahu tapi still nak tahu apa motif Sari dan cara dia membunuh.


Watak Sari ni boleh tahan menarik sebab cara dia memanipulasi orang kampung, cara dia berlakon menahan sabar dan strategi dia untuk membunuh tanpa dihidu orang lain. Cuma geram sebab dia tak pandai nak kawal nafsu membunuh dia tambah pula bila stok daging cincang dia dah habis.

Nampak je macam cerita ni straightforward tapi penulis pandai simpan rahsia kehidupan Sari sampai hujung cerita. Lagi satu hal bila penceritaan penulis disulam dengan perspektif Sari dan reality kebenaran kejadian pada masa tu. Di hujung cerita baru you guys akan oohhh bila baca scene luahan hati Masirat dan Sari.


Published under Lejen Press so dah boleh agak penulisan yang santai tapi masih cantik penggunaan diksi dalam penceritaan Cincang ni. Lepas baca novel ni mual jugak bila tengok sate nak pulak dengan cover buku yang agak ngeri. Kembang tekak.

Rating yang agak tinggi di Goodreads tapi sekali je cetakan novel ni. Tak tahu dekat mana kurangnya tapi novel ni memang best nak baca untuk peminat genre thriller psiko. Worth it!
1. Author +1, 2.Plot +0.7, 3. Genre +1, 4.Editing +0.7, Social Message +1 = 4.4/5

8 comments

  1. Ika tak pernah baca lagi buku ni. Tapi pernah tgk ada jual dkt boostore hehe. Thanks for review Farhanna ✨

    ReplyDelete
  2. Ala.. dah terbaca review best Farhana nie, kenalah cari juga.. huhuhu.. suka nie cincang cincang..

    ReplyDelete
  3. Bersungguh kak ana baca review FJ. Dr review pun dah dpt rasa best citer dia.

    ReplyDelete
  4. ngeri plak baca jalan cerita dia

    ReplyDelete
  5. Bersungguh kita baca review FJ. Rasa macam best je walaupun seram

    ReplyDelete
  6. Makasih sebab sudi baca dan review 😊

    ReplyDelete
  7. Makasih sebab sudi baca dan review 😊

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.