Friday, 10 May 2019

Book Review : Gelap



Penulis : Ariff Adly
Penerbit : FIXI
Helaian : 263 mukasurat/ 30 bab
Genre : Misteri / Thriller
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Ogos 2014
Cetakan Kedua – September 2014
Cetakan Ketiga – November 2014
Cetakan Keempat – Januari 2015
Cetakan Kelima – Mac 2015
Harga : RM 19.90
Sinopsis :


Review :
Minggu ni memang minggu thriller agaknya, dari movie membawa ke novel semuanya genre thriller misteri. Tapi memang berbaloi sebab dah lama tak crack code bila layan karya orang ni. Sambil baca sambil berteka-teki siapa pembunuh dalam novel Gelap ni.

Dari sinopsis pun dah boleh nampak novel ni ada permainan dalam pembunuhan bersiri dia cuma tak tahu siapa pembunuh sebenar. Kisah 6 sekawan – Adi, Anip, Ed, Eva, Syeqa dan Atirah dari satu sekolah menengah yang sama bercuti di dalam hutan untuk berseronok luangkan masa dan berehat dari kerja masing-masing.

Rules private party ni, semua handphone simpan dalam satu peti besi supaya tak ada yang antisocial dan betul-betul luangkan masa dekat dalam hutan tu. Kod peti besi tu pula cuma Adi seorang sahaja yang tahu. 1km dari rumah rehat mereka semua, ada air terjun yang sangat cantik. Bila semua dah sampai, Adi dan Maya bawa mereka semua pergi ke kawasan air terjun dengan berjalan kaki.


Aktiviti malam pula bila semua berehat dalam jakuzi, Adi dengan Maya pergi ke kawasan air terjun tapi Adi diserang oleh stranger. Kaki Adi ditikam dengan kaca, tangan Maya pula kena toreh panjang. Sementara Adi bergelut dengan penyerang, Maya pulang minta bantuan tapi sayangnya bila Anip dengan Ed sampai, Adi dah mati lemas. Cara pembunuhan yang agak kejam sebab Adi diikat di pokok dalam keadaan terbalik. Kepala pula diikat dengan tuala basah, air tadahan hujan pula tak berhenti turun.

Keadaan di rumah pula makin huru-hara bila Eva nampak hantu budak perempuan berbaju sekolah tergantung di pokok. Bekalan elektrik pula putus jadi agak sukar untuk mereka bergerak. Bila Anip dengan Ed balik dengan mayat Adi, Anip mengamuk minta peti besi untuk minta bantuan tapi lagi buntu bila semua handphone dah rosak dipecahkan. 

Dalam peti besi tu ada nota ‘Teman Aku Dalam Mati..Aku Masih Menanti’. Masing-masing dah mula takut, sudahnya Anip buat keputusan untuk keluar dari hutan tu pagi esok. Esok yang dinanti berubah jadi malam bila mereka terjaga dari tidur jam 9.30 malam.

Lagi panik bila Atirah pula hilang. Anip tetap putuskan untuk keluar dari situ tapi hampa bila kereta mereka dirosakkan sama seperti handphone. Tayar pancit, pintu kereta remuk, wayar bateri putus. Apa lagi jalan supaya dapat keluar dari situ? Anip cuba minta bantuan sementara yang lain tunggu dalam rumah dan cari Atirah. Tapi tak jauh dari situ, Anip pula dibunuh lepas mengetahui siapa dalang sebenar. Eva cuba untuk tolong Anip tapi dia dah terlambat, tak ada apa dia mampu buat kecuali tengok kekasih gelap dia diseksa sebelum mati.

Seorang demi seorang hilang kemudian diseksa sehingga mati disebabkan pembunuh ada dendam besar. 9 tahun dia tunggu untuk balas dendam, disebabkan perbuatan 6 sekawan ni. Maya dan Dawi pula berada di tempat yang salah pada masa yang salah.

Masa Adi meninggal tu pun dah tahu siapa yang bunuh dia cuma nak kepastian je dari hint pembunuhan yang lain. Even dah tahu dekat pertengahan cerita bila penulis reveal siapa still lagi semangat nak baca sebab nak tahu apa dendam yang disimpan tu. Apa yang 6 sekawan ni dah buat sampai mereka semua mati disiksa dengan cara yang kejam sangat.



Kalau yang lemah semangat memang tak boleh baca novel ni sebab ngeri betul cara dia seksa dan bunuh semua yang ada. Memang tak ada rasa kesian dah dalam diri. Tapi dekat hujung cerita ada plot twist yang agak sukar nak kita tafsirkan sebagai polis moral. Tapi setiap cerita ada keajaiban dia yang tersendiri antara kita mampu terima sebagai manusia ataupun tak.

Since buku ni under publisher FIXI memang laju je khatam dalam masa 5 jam dah habis sebab jalan cerita best dan bahasa yang santai. Cuma stop kejap sebab ngilu bila imagine cara dia membunuh tu. Sama macam dalam watak novel ni yang maki bila kena seksa, sama jugak lah yang baca rasa nak maki berbakul.



Garapan cerita yang menarik dari Ariff Adly, so lepas ni boleh baca karya dia yang lain. Recommended!

1. Author +1, 2.Plot +0.8, 3. Genre +1,4. Editing +1, 5. Social Message +0.7  = 4.5/5

6 comments:

  1. buku ni memang best tapi saya lagi suka first buku penulis ni, Kacau..

    ReplyDelete
  2. Akak dah lama tak review buku. Tengah cari mood nak membaca sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. Dasyat zmn2 skrg boleh baca buku dlm masa 5jam..akak skrg ni bercinta btul nak baca buku cerita sebab nnt buku tu yg akan baca akak pulak😂
    Tpi cerita yg awk baca ni menarik n agak horror.

    ReplyDelete
  4. Macam best buku ni. Saya pernah dengar nama publisher Fixi tapi tak pernah lagi beli mana-mana buku terbitan mereka.

    ReplyDelete
  5. uik 5 jam da habis baca?? serius la...dahsyatt! selama ni tak minat fixi, tapi baca review fj ni, rasa nak beli 1 lak!

    ReplyDelete
  6. ohh novel ni dah baca. memang besttt. mantopp! boleh terbayang macma mana cara dia seksa tu aduiii

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)