Cannes 2019 Fashion File : Priyanka Chopra

Sunday 26 May 2019

Meriahnya tahun 2019 untuk industri Bollywood tahun ni bila bertambah duta brand di Cannes, apa tidaknya bila dua orang Miss World ada di satu festival yang sama. Priyanka Chopra Jonas pun join Cannes tahun ni sebagai duta penaja rasmi Cannes iaitu Chopard.


For debut year Priyanka of course lah excited sebab Priyanka memang dah terkenal dengan wardrobe yang cantik nak pula bila kehangatan Met Gala tempoh hari masih terasa. So jom tengok wardrobe Priyanka di Cannes pulak. 

1. Red Carpet Film Screening - Rocketman


Kemunculan pertama di karpet merah tayangan perdana filem Rocketman, Priyanka tampil dengan gaun hitam tanpa bahu dan belahan tinggi di bahagian tepi untuk serlahkan kaki panjang Priyanka. Gaun dengan kain berjela yang sarat dengan hiasan sequin hitam dan juga merah di bahagian tengah ni merupakan koleksi dari Roberto Cavalli. 

Lepas viral meme penampilan Priyanka di Met Gala, Priyanka pilih untuk playsafe di karpet merah Cannes which quite disappointing lah sebab terlampau simple sangat dan looks ni dah selalu sangat tengok. Nothing much to discuss pun sebab Priyanka sentiasa menggayakan gaun macam ni dengan gaya rambut dan solekan yang sama. 

2. Tayangan Filem 5B



Sebelum datang ke Cannes Priyanka dah bagi hint untuk penampilan dia di Cannes akan cedok inspirasi dari gaya ikonik Princess Diana di karpet merah Cannes thence Priyanka pilih jumpsuit tanpa bahu berwarna putih dan cape separuh yang beralun dari koleksi Honayda. 


Sebagai pelengkap gaya vintaj, Priyanka pilih anting-anting ringkas dan minimal dari Chopard,  handbag mini dari Akris dan gaya rambut lurus separa terikat, separa lagi dibiarkan lepas. Kekecewaan tengok gaya karpet merah Priyanka dah terubat dengan gaya ranggi gabungan klasik moden di Cannes. 

3. Makan Angin di Cannes bersama Nick Jonas


Sebelah petang lepas Nick Jonas sampai ke Cannes untuk temankan Priyanka, both of them pilih untuk memakai something yang ringkas dan santai. Masih lagi mengekalkan tema vintaj bila Priyanka pilih dress kaftan sutera berwarna biru langit yang dipadankan bersama tali pinggang laser-cut bersaiz besar untuk tonjolkan bentuk badan S-curve. Nick pula selesa dengan suit berwarna krim dan sneakers putih. 


Gaya vintaj Priyanka dilengkapkan dengan topi putih, aksesori subang dan rantai dari Chopard dan juga strap heels putih Aquazzura untuk gaya petang mengambil angin di persiaran Riviera, Cannes. Coolest couple in town!

4. Vanity Fair Party


When it comes to party, Priyanka memang akan cari outfit yang agak sexy dan serlahkan bentuk badan dia. Maxi dress berbentuk V yang sangat lebar sehingga menampakkan belahan dada dan belahan aras tinggi sehingga ke peha berwarna kelabu metalik dari koleksi Philosophy di Lorenzo Serafini. 

Dipadankan bersama anting-anting berlian dari Chopard dan kasut tumit tinggi bertutup berwarna hitam. Sementara Nick memakai blazer berwarna caramel dan kemeja beserta seluar hitam, sepadan bersama isteri tersayang.

5. After Vanity Fair x Chopard Party


Tak cukup dengan satu dress, Priyanka tukar kepada maxi dress backless berwarna merah terang rekaan Tommy Hilfiger dari koleksi Spring 2019 TommyXZendaya. Nick masih lagi mengekalkan outfit yang sama di party. 

6. Chopard Party


This is by far the most disappointing look untuk Priyanka di Cannes 2019. Dress mini dari Fendi Couture berwarna lavender dengan hiasan corak bertingkat seperti sisik ular. Bahagian atas agak mengecewakan bila bahagian dada agak melekat dan berbentuk. 


Padanan yang gagal bila Priyanka memilih pump flat berwarna putih dengan garisan jalur hitam seperti dari koleksi Fendi Haute Couture Fall '18. Corak yang unik tapi warna putih gading dengan lavender nampak tak sesuai. Not a fan of bun hairstyle tho.

7. Karpet Merah Tayangan Perdana Filem Les Plus Belles Annees D'Une Vie


Penampilan kali kedua di karpet merah Cannes ditemani Nick Jonas yang datang berpakaian serba putih seperti pengantin baru. Priyanka memilih gaun tulle bertingkat tanpa bahu berwarna putih rekaan Georges Hobeika. Dipandankan bersama kalung berlian dan sepasang anting-anting dari jenama Chopard. 


Nick pula mengenakan suit tuxedo berwarna putih dengan jalur berwarna pink di bahagian seluar, sepadan dengan Priyanka dan kasut berwarna hitam. Gaun putih ni sebenarnya dari koleksi pengantin untuk Spring 2020 dan Priyanka pilih untuk tambah kemeriahan di Cannes buat fans. 

8. Fun time di Cannes


I failed to find who's the designer for this look but I'm totally in love with this dress. Dress strap maxi dihiasi dengan renda hitam buat Priyanka nampak santai dan muda bergaya. Gaya rambut lurus dan shade hitam sesuai sangat untuk gaya pantai. Nick pula selesa berkemeja bercorak abstrak berwarna putih dan coklat gelap. 

9. Airport Looks


Penampilan terakhir Priyanka dan Nick di Cannes, masing-masing mengenakan pakaian kasual. Priyanka memilih suit pants berwarna krim dengan handbag berwarna merah terang dengan gaya rambut lurus dibiar lepas. Nick pula dengan t-shirt longgar berwarna coklat pekat dan seluar berwarna maroon untuk nampak sepadan dengan si isteri. 

Overall untuk kemunculan Priyanka di Cannes meninggalkan impression yang bagus walaupun ada satu atau dua outfit yang biasa dan kurang cantik. Its a great thing Priyanka ditemani Nick di Cannes bila mereka berdua ambil masa untuk berkerja sambil bercuti bersama. Giving us lots of PDA moment. Awwwdorable!

6 comments

  1. berkenan pulak dengan dress dia dekat red carpet tu.. cantikkkkk!

    ReplyDelete
  2. setuju baju warna lavender tu mmg syg sgt, tak berapa kene kot...

    sweet btl tgk couple nih... walaupun berbeza usia, berbeza negara tp ttp bahagia... itulah kan, cinta itu buta

    ReplyDelete
  3. So sweet...sy follow farhana ya

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.