Cannes 2019 Fashion File : Kangana Ranaut

Saturday 25 May 2019

Tahun ni merupakan tahun kedua Kangana datang ke Cannes sebagai duta jenama arak Grey Goose. Kalau tahun lepas ada several outfit yang I fell in love with, jom tengok tahun ni pula macam mana.



1. Forum di India Pavillion


Untuk kemunculan pertama di Cannes, Kangana memilih sari sutera Kanjeevaram dari Madhurya Creations yang dipakai bersama korset blouse tanpa bahu berwarna emas dari dan diserikan dengan tali pinggang peplum rekaan khas Falguni Shane Peacock. 


Tambah unik bila Kangana campurkan elemen vintage dengan sarung tangan panjang berwarna merah burgandy dan cincin berlian hasil inspirasi gaya Audrey Hepburn. Gaya rambut sanggul dan sedikit wave di bahagian depan yang dibiarkan berjuntai buatkan gaya Kangana nampak klasik dan diraja.

Kangana dah bincang selama beberapa minggu dengan team Falguni Shane Peacock untuk hasilkan outfit yang tradisional yang unik untuk tonjolkan kecantikan budaya pakaian tradisional negara India. 

2. Grey Goose Party



Sama seperti Hina Khan, Kangana pun pilih untuk pakai pant suit hitam dengan corak ringkas berwarna krim di bahagian kolar dan hujung lengan blazer dari koleksi Nedret Taciroglu. Bold makeup look dan nude lipstick serlahkan gaya ranggi dan seksi untuk have fun dekat party. 

3. Red carpet 


Potongan gaun gaya fish-cut berwarna putih ivory tanpa bahu yang dihiasi manik dan kain berjela dengan sulaman gaya Baroque dari koleksi Michael Cino buat Kangana nampak bergaya dan dreamy. 


Gaya rambut kerinting halus dan separuh braid untuk lengkapkan lagi gaya ala princess dan dipadankan bersama anting-anting berwarna ungu lilac dari koleksi Chopard. Penampilan ni agak kurang menarik disebabkan solekan lembut yang dikenakan bila kulit Kangana pucat so its better for her team guna solekan yang lebih pekat. 

4. Chopard Party


Berbeza dengan penampilan awal, kali ni Kangana memilih one-shoulder gown berwarna putih rekaan Toni Maticevski buat Kangana nampak ideal dan bergaya. Yang mencuri perhatian ialah sepasang anting-anting berlian berwarna emerald dari Sweta Mehta dan juga solekan mata berwarna biru elektrik dan nude lipstick. 

5. Photoshoot Elle



Hari terakhir Kangana di Cannes agak padat dengan jadual photoshoot which she opted to chose a casual and chic look perfect for summer. Padanan top dan skirt putih dari Alexis, strap heels berwarna oren dari koleksi Jimmy Choo dan sunnies dari Tom Ford dengan gaya rambut kerinting lepas bebas. 

6. Photoshoot 


Tak lengkap photoshoot di perairan Riviera, kalau tak pakai flowy dress untuk nampak lebih drama dalam gambar thence Kangana pilih floral dress dari Ralph & Russo berwarna biru dengan gaya rambut kerinting yang dibiar lepas bebas.

Gaya solek yang tumpu pada bahagian mata dengan gaya winged eyeliner di bahagian bawah mata serlahkan gaya santai yang menarik. Brownie points untuk strap heels berwarna-warni!

7. Airport Look


Bonus untuk fashion file Cannes 2019 ni bila Kangana tampil cantik sebelum balik ke India dengan gaya sofistikated hasil padanan blazer dan skirt bercorak plaid berwarna kelabu pekat dan kemeja pink dengan garisan menegak. Kasut tumit tinggi dan strap di bahagian atas buku lali berwarna pink dan handbag melengkapkan gaya Kangana.

Overall eksperimen fesyen Kangana nampak stylish dan bergaya di Cannes. Walaupun gaya sari Kanjeevaram tak berjaya masuk dalam Cannes Best Look tapi cukup unik dalam usaha menggabungkan gaya vintage dan moden. I hope next year ada lagi gabungan unik dari Kangana dan team dia. 

2 comments

  1. cantik2 fesyen mereka ini


    salam kenalan dari blog oohsenyum.com

    nak tanya ini, sudi ke tukar link dengan blog oohsenyum? (bloglist) tingkatkan lagi views blog ini insy Allah. Kalau sudi beritahu ye di comment www.oohsenyum.com saya tunggu.terima kasih

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.