Showing posts with label movie Korea. Show all posts
Showing posts with label movie Korea. Show all posts

Movie Review | Salmokji: Whispering Water (2026)

Saturday, 17 October 2026

Pengarah: Lee Sang-min  
Penulis Skrip: Lee Sang-min  
Pelakon: Kim Hye-yoon, Lee Jong-won, Kim Jun-han, Kim Young-sung, Oh Dong-min, Yoon Jae-chan, Jang Da-ah   
Syarikat Produksi: The Lamp   
Pengedar: Showbox  
Genre: Seram  
Durasi Tayangan: 95 minit
Tarikh Tayangan: 08 April 2026   
Trailer:


Sekumpulan staf Road Media dihantar ke Empangan Salmokji kerana gambar yang diambil sebelum ini ada penampakan kepala perempuan di dalam air. Su-in (Kim Hye-yoon) ditugaskan untuk mengetuai misi tersebut kerana senior dia, Woo Gyo-sil (Kim Jun-han) masih terlantar di hospital setelah pulang dari Salmokji. 

Sepatutnya misi tersebut akan siap dalam beberapa jam sahaja namun disebabkan ada masalah teknikal, mereka terpaksa bermalam di situ sementara menunggu bantuan sampai. Moon Se-jeong (Jang Da-ah) dengan Jang Seong-bin (Yoon Jae-chan) sepatutnya tak bekerja tapi saja nak ikut sekali untuk buat content seram. Banyak peralatan menjejak hantu dibawa bersama. 


Sebaik saja sampai di sana, mereka disapa oleh seorang nenek tua dan bantu dia bina menara batu. Nenek tersebut minta mereka buat hajat kerana menara batu di Salmokji mempunyai keramat tersendiri. Su-in berhajat untuk berjumpa dengan seniornya sementara Se-jeong berhajat untuk jumpa dengan hantu di Salmokji supaya vlog channel dia dapat views tinggi. 


Setelah berhajat, mereka mulakan kerja dengan mengambil gambar jalan dan kawasan sekitarnya. Ketika Song Gyeong-tae (Kim Young-sung) berjalan melepasi hutan, Su-in ternampak bayang lembaga hitam di balik pokok menerusi monitornya. Tak lama kemudian, Gyeong-tae terjatuh ke dalam air gara-gara tengkorak kepala jatuh dari atas. Sejak itu, satu demi satu perkara aneh berlaku hingga mereka bertekad untuk keluar dari kawasan Salmokji. 


Filem Salmokji: Whispering Water arahan dan penulisan Lee Sang-min mengangkat kisah seram legenda Empangan Salmokji yang dibina pada tahun 1980 di atas kawasan perkuburan. Filem Salmokji: Whispering Water merupakan filem debut untuk pengarah Lee Sang-min. 

Kebanyakan kisah seram yang berkait dengan Empangan Salmokji dipaparkan dalam filem Salmokji: Whispering Water macam GPS yang bawa mereka ke jalan utama tapi sebenarnya hampir tenggelam masuk ke dalam air, penampakan lembaga di kawasan empangan atau kejadian lemas secara misteri walaupun individu tu pandai berenang. 


I enjoy tengok filem Salmokji: Whispering Water sebab babak seram dia memang berpunca dari hantu air dan bukannya faktor lain atau bersifat gore. Dah lama tak tengok filem seram sebab hantu and yes, of course dalam filem ni ada babak jumpscare. Dah tahu akan muncul tapi tetap terkejut jugak. 

Penceritaan Salmokji: Whispering Water bersifat non-linear dan perlu untuk diasingkan mana ilusi dan realiti yang dialami oleh beberapa watak. Kalau tak fokus tengok mungkin akan pening apa yang tengah terjadi dan kenapa ending dia nampak tergantung walhal tak pun. Wujudnya ilusi ni pun penting juga sebab itu permainan hantu air supaya mangsa akan masuk ke dalam air. Bila terpijak air, confirm akan dibunuh. 


BGM yang dimasukkan memang minimal untuk menghidupkan lagi suasana seram dan ngeri. Kita memang akan fokus dengan bunyi dalam beberapa babak dari fokus kepada visual dan pergerakan yang berlaku pada waktu malam. Macam babak baling batu dalam air ataupun babak pasangan di awal filem. 

Walaupun alur cerita Salmokji: Whispering Water menarik dan mengerikan tapi ada juga lah timbul persoalan macam keperluan untuk Road Media kemaskini gambar jalan di Empangan Salmokji. Gambar jalan tu untuk siapa kalau kawasan tu sebenarnya dijaga oleh pihak empangan? Macam dalam filem ni orang luar bebas beraktiviti padahal empangan yang sebenar tak dibenarkan masuk pun.

 
Tapi Empangan Salmokji ni lebih kurang macam Empangan Semenyih lah, tak dibenarkan beraktiviti pun orang tetap masuk secara haram.  

Dalam filem ni semua watak macam clueless tentang Empangan Salmokji kecuali dua orang vlogger yang memang nak sangat views untuk channel mereka. Tak puas hati juga lah kenapa Su-in tak bertegas supaya semua perlu siap sebelum malam. Kalau dah gerak lambat kenapa perlu berlengah, siap pertikaikan lagi arahan ketua? Tak faham kenapa semua nak bitter dengan Su-in padahal dia pun tak nak ada dekat situ. 


Lakonan Kim Hye-yoon cemerlang sebagai Su-in yang terjerat dalam konflik emosi tapi watak sampingan yang lain memang wujud sebagai makanan hantu air. Kalau I jadi Su-in, I resign terus daripada kena pergi buat kerja dekat tempat berhantu macam tu. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.6 = 6.6/10

Movie Review | The Informant (2025)

Sunday, 11 October 2026

 

Pengarah: Kim Suk  
Penulis Skrip: Kim Suk  
Pelakon: Heo Sung-tae, Jo Bok-rae, Seo Min-joo , Cha Soon-bae, Jang Hyuk-jin, Bae Yoo-ram, Jin Seon-kyu 
Syarikat Produksi: Popcorn Films   
Pengedar: Popcorn Films 
Genre: Aksi / Komedi / Drama 
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 23 Oktober 2025 (Korean Film Festival Frankfurt), 03 Disember 2025  
Trailer:


Filem bermula dengan babak seorang wanita ditangkap oleh gangster ketika sedang laporkan intel yang dia dapat di lubuk judi. Detektif Oh Nam-hyuk (Heo Sung-tae) baran dengan keadaan dia di balai bila semua orang memandang rendah terhadapnya. Dia bercadang untuk merompak sarang gangster di sebuah apartment. Rancangan dia diceritakan kepada ‘tikus’ bernama Tae-bong (Jo Bok-rae) yang sudah lama menjadi mata-mata di kawasan tersebut. 


Tae-bong tidak setuju dengan rancangan melulu Detektik Oh kerana dia sedang berusaha mengumpul lebih banyak emas dari tempat tu. Ketika dia cuba lari sebelum kawasan tersebut diserang oleh Detektif Oh, ketua besar gangster sampai di situ dan bawa dia bersama seorang lagi pekerja ke kawasan yang sunyi. 

Dalam perjalanan, rahsia dia sebagai informant terbongkar walaupun mereka tersalah orang kerana dia bukan lah polis elit yang dicari. Perkara tersebut dimaklumkan kepada Hwang Sang-gil (Cha Soon-bae) yang juga dikenali sebagai Hell Sang-gil, pemaju tanah yang kaya dan menggerunkan. Kerana tidak mahu rahsia dia terbongkar yang disimpan dalam sebuah buku lejar, pegawai atasan polis Kang Yong-gu (Jang Hyuk-jin) ditugaskan untuk menutup mulut. 


Kang dan seluruh jabatan polis jenayah tahu yang Detektif Oh Nam-hyuk ada hati dengan Detektif Lee So-yeong (Seo Min-joo) jadi dia tawarkan sekiranya Detektif Lee berjaya selesaikan kes ni, dia akan dinaikkan pangkat sebagai ketua pasukan. 

Filem The Informant arahan dan penulisan Kim Suk menggunakan kerjaya informant kepada pihak polis sebagai fokus dalam cerita. Karier sebagai informer bukanlah sesuatu yang baru sebab dah banyak filem yang masukkan watak sebegini dalam filem berlatarkan dunia polis. Filem The Informant lebih kurang sama dengan filem Yadang: The Snitch (2025) bila si tikus boleh jadi kaya-raya dan hidup jauh lebih mewah dari pegawai. 


Sama macam Tae-bong dan Hwang Sang-gil, dalam setiap sarang judi atau lubuk voice phishing, ada habuan yang hanya mereka saja tahu di mana tempatnya. Polis perlukan intel untuk sita jenayah supaya dapat naik pangkat, informant pula perlukan habuan yang lumayan, setara dengan risiko yang mereka hadapi. 

Filem The Informant dalam template komedi jadi kekecohan yang dimasukkan ada banyak malah watak sampingan juga ramai. Sudah tentulah ada watak yang tak dapat screentime banyak dan mudah sangat dilupakan. Watak pasukan Detektif Lee pun cuma serve face card setiap kali muncul. 


Watak antagonis Hell Sang-gil menggerunkan setiap kali muncul tapi kenapa dia cakap perlahan sangat? Bukan perlahan pada lontaran suara tapi perlahan pada kelajuan percakapan. It drags a bit lah for me. Semakin filem bergerak semakin dia terlihat dangkal supaya pihak protagonis ada kelebihan. 

Kelemahan The Informant bila letak dua pelakon yang hampir seiras sampai ada masanya terkeliru. Nasib baik lah watak Detektif Oh dalam The Informant ni digambarkan sebagai si tua yang pervert, ada lah sikit beza yang ketara. Dinamik Heo sung-tae dengan Jo Bok-rae terlihat bertenaga dan menghiburkan bila bekerja bersama cuma masing-masing ada trust issue padahal dah bertahun kerja sama-sama. 


Walaupun The Informant ada genre aksi tapi tak lah banyak sangat pun stunt yang dimasukkan. Dia lebih kepada aksi komedi yang gocoh asal boleh tu, yang pukul tak sakit, tembak tak kena macam tu lah. Kerja sebagai gangster tapi clumsy sampai target boleh terlepas. Polis pun sama naik je. 

Seronok juga lah perjalanan filem The Informant sebab ada babak yang menghiburkan dan kelakar walaupun ada beberapa babak yang boleh dijangka. Sinematografi yang dimasukkan mengukuhkan lagi visual The Informant bersama musik latar yang sesuai. Cumanya rimas tengok banyak sangat sub-plot dan watak yang dimasukkan sampai tersasar dari plot utama. 


Filem ni tak sesuai ditonton dengan keluarga dan kanak-kanak bawah umur sebab ada babak yang ganas melampau. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.5 = 6/10

Movie Review | Colony (2026)

Monday, 5 October 2026

Pengarah: Yeon Sang-ho  
Penulis Skrip: Yeon Sang-ho, Choi Gyu-seok   
Pelakon: Jun Ji-hyun, Koo Kyo-hwan, Ji Chang-wook, Kim Shin-rok, Shin Hyun-been, Go Soo   
Syarikat Produksi: Wow Point, Smilegate   
Pengedar: Showbox  
Genre: Seram / Aksi 
Durasi Tayangan: 123 minit
Tarikh Tayangan: 15 Mei 2026 (Cannes), 21 Mei 2026 (Korea Selatan)   
Trailer:


Saintis bernama Seo Young-chul (Koo Kyo-hwan) mempunyai rencana ingin melancarkan bio-terrorist attack di bangunan Dongwoo-ri yang menggabungkan syarikat juga pusat beli-belah. Young-chul suntik badannya dengan vaksin dan menuju ke seminar di bangunan tersebut. Dia kemudiannya bertemu dengan CEO Kang Woo-chul (Kim Jong-tae) untuk cucuk serum vaksin yang dihasilkan dalam makmalnya. 

Dalam seminar tersebut, Kwon Se-jeong ditemani oleh bekas suaminya, Han Gyu-sung (Go Soo). Mereka ingin bertemu dengan CEO Kang kerana mendapat jemputan secara peribadi. Han cuba dapatkan kerja untuk Se-jeong sebelum berpindah ke Amerika Syarikat dan bekerja di sana. Namun mereka berdua gagal bertemu dengan CEO Kang lalu pergi makan di tingkat bawah. 


Baru saja ingin pulang, pusat membeli-belah tersebut diserang oleh sekumpulan zombie yang ganas. Mereka bersembunyi di dalam sebuah kedai peralatan sukan bersama pengawal keselamatan bernama Choi Hyun-seok (Ji Chang-wook) dan kakaknya, Choi Hyun-hee (Kim shin-rok) yang lumpuh di bahagian kaki. 

Kwon Se-jeong teringat pembentangan CEO Kang yang menceritakan projek mereka untuk hasilkan serum menggunakan kelebihan yang dimiliki oleh semut. Dia cadangkan supaya mereka cuba keluar dari situ dengan memperdayakan zombie semut menggunakan info yang salah. 


Ketua unit pengganas, Lee Bong-seok (Lee Joong-ok) juga terperangkap di dalam kedai tersebut dan cuba minta bantuan dari jabatan lain. Tapi mereka pula diarahkan untuk mencari Seo Young-chul kerana dia memiliki vaksin kepada virus yang melanda. Dalam masa yang sama, Gong Seol-hee (Shin Hyun-been) bersama professor yang lain pergi ke makmal Seo Young-chul untuk melihat eksperimen yang dijalankan sebelum dia mengganas. 

Pengarah filem Train to Busan (2016) kembali mengarahkan filem bertemakan zombie setelah 10 tahun. Kali ni zombie yang menyerang manusia lebih ganas dan lebih bijak kerana menggunakan kelebihan yang ada pada kawanan semut. Mereka akan sentiasa berkongsi maklumat dan berevolusi dengan cepat. Bezanya, semut mempunyai kelebihan untuk mencari makanan kepada Ratu tapi zombie cuma menambahkan bilangan anggota dan mengikut arahan Seo Young-chul sebagai Ketua. 


Walaupun geng yang terselamat mempunyai Se-jeong yang bijak dan menghadiri seminar Chains Bio tapi tak bermaksud rancangan juga strategi dia berjaya dilaksanakan. Kelemahan pada filem Colony bila penulis terlampau bagi kelebihan kepada pihak antagonis hingga melemahkan pihak protagonis. Menyampah bila watak pelajar perempuan sengaja melengahkan cerita dengan jadi penakut yang melampau sedangkan zombie dah lari ke arah lain. 

Watak Gong Seol-hee dan kumpulan professor yang lain pun agak lemah bila tak mampu nak bertikam lidah dengan Menteri. Entah apa yang mereka takut sangat untuk lawan sedangkan ancaman dekat dalam bangunan tu lagi menakutkan dan lebih berbahaya kalau merebak keluar. I expect Seol-hee akan lebih agresif sebab suami dia antara mangsa bio-terrorist attack tapi dia nampak lemau sejak muncul.


Pendek kata penceritaan dan percubaan penulis untuk wujudkan suasana yang menakutkan tu gagal malah melemahkan idea asal yang terlihat menarik pada awalnya. Semakin cerita bergerak ke second half, momentum mula hilang dan semakin ramai juga protagonis yang mati. 

Of course lah predictable bila survivor di awal akan mati di second half tapi bosannya kalau penulis cuma fokus pada watak utama. Baik tak payah wujudkan watak sampingan kalau tak mampu dukung watak utama. Wujud untuk menambahkan masalah dan halangan pada watak utama. Baik join group zombie dari awal. 


Motif utama Seo Young-chul untuk wujudkan komuniti zombie pun lemah. Banyak sangat agaknya makan semut sampai tercetusnya idea merepek. Dia nampak berkuasa lah bila boleh kawal semua zombie semut ni tapi untuk apa? Mencipta dunia yang lebih bagus sedangkan zombie semut ni tak ada otak dan akal level Einstein pun. Semua setara je IQ masing-masing. Entahlah tak boleh lah bayangkan dunia yang dia idamkan ni. 

Filem Colony agak menggelikan lah sebab dia ada darah dan slimy pada badan zombie. I tak faham kenapa zombie semut ni ada slime sedangkan semut bersih je. Tak ada pun tinggalkan slime sepanjang laluan dia. 


Pengakhiran filem Colony ni pun merepek sampai I rasa filem ni tak patut wujud pun. Dia macam nak buat ending yang seram dan menakutkan manusia tapi tak apa lah, kalau I jumpa zombie semut I bakar je macam Usop Wilcha sarankan. I guess filem Colony ni wujud cuma untuk kuatkan hujah Se-jeong yang dia tak perlu pun berkawan dengan orang lain sebab kebanyakannya memang brainless. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10

Movie Review | My Heart Puppy (2023)

Sunday, 5 July 2026

 

Pengarah: Jason Kim  
Penulis Skrip: Jason Kim  
Pelakon:  Yoo Yeon-seok, Cha Tae-hyun, Jung In-sun, Park Jin-joo, Tae Won-Seok, Jung Ji-hoon, Ryu Soo-young, Kim Ji-young, Jung Eui-soon, Kang shin-il, Lee Ho-jung, Kim You-jung, Ahn Hyeon-jeong
Syarikat Produksi: Yworks Entertainment, Don Quixote Entertainment, 7OSIX
Pengedar: Little Big Pictures, Kidari Studio
Genre: Komedi / Drama
Durasi Tayangan: 113 minit
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2022 (Seoul Animal Film Festival), 01 Mac 2023 (South Korea)   
Trailer:


Filem yang ditayangkan secara perdana di Seoul Animal Film Festival, My Heart Puppy mengisahkan tentang Min-soo (Yoo Yeon-seok) yang terpaksa berpisah dengan Rooney atas permintaan tunangnya. Mereka bakal berkahwin dan Seong-gyeong (Jung In-sun) alahan kepada anjing. Dilema nak pilih mana satu kerana dua-dua pun dia sayang. 

Rooney dijaga sejak dia kecil lagi dan sentiasa ada dengan dia sementara tunang dia pun strong support system bila dia dewasa. Sepupu dia, Jin-guk (Cha Tae-hyun) cadangkan untuk jual Rooney kepada penjaga luar. 


Awalnya Min-soo tak setuju kerana dia sudah berjanji dengan Seong-gyeong akan berikan Rooney kepada saudara-mara. Tapi disebabkan tiada siapa yang sesuai untuk menjaga Rooney, Min-soo terpaksa bersetuju dengan cadangan Jin guk. Dari situ bermulalah pengembaraan mereka mencari penjaga baru yang sesuai untuk anjing kesayangannya. 

Filem My Heart Puppy arahan dan penulisan Jason Kim yang terkenal dengan filem Midnight Runners (2017), The Divine Fury (2019), siri Bloodhounds (2023) dan Officer Black Belt (2024) menggunakan anjing peliharaan sebagai premis utama untuk menggerakkan jalan cerita. 


“I also wanted to shed light on the topic of the need to embrace abandoned dogs.” – Jason Kim

Penceritaan My Heart Puppy mempunyai alur penceritaan yang ringkas dan menghiburkan lalu bergerak sederhana, sesuai dengan genre yang dimasukkan iaitu drama komedi. Pelbagai ragam penjaga baru yang ditemui oleh Min-soo dan Jin guk. Tapi babak yang sedih bila Min-soo berjumpa dengan Sang-ho (Jung Ji-hoon) yang baru saja kehilangan anjing kesayangannya, Jung-ho. 


Jason Kim bagitahu bukan mudah untuk mengarah 8 ekor anjing berlakon dalam filem My Heart Puppy. Penggambaran dilakukan pada musim panas dan kebanyakan anjing tak selesa berlakon semasa panas. Rooney yang dipilih juga mempunyai limitasi tersendiri kerana mempunyai masalah kesihatan. Mungkin sebab itu juga dekat dalam filem ni tak banyak kemunculan Roonie dan lebih terarah pada babak Min-soo bersama Jin-guk. 


Selain dari pencarian penjaga baru, pengembaraan ni seolah-olah sesi suai kenal antara dua orang sepupu yang sudah lama tak berhubung. Min-soo sendiri terkejut Jin-guk ada pengikut Instagram seramai 30,000 dan mesra dengan semua pelanggan di restoran dia. Nampak macam kosong tapi sebenarnya Jin-guk ada reputasi tersendiri. 


Dalam perjalanan tu pun Min-soo dapat jumpa banyak jenis baka anjing dan masalah-masalah yang melanda rumah peliharaan dan anjing yang dibuang oleh tuan mereka. 

‘When we found him abandoned, we noticed that he had been declawed. Some people who live in apartments declaw their dogs because of the noise they hear when their dogs scratch the floor.’ – Sun Mi (Kim Ji-young)


Lakonan Cha Tae-hyun menjadi sangat untuk karakter yang kelakar dan kebanyakan masanya dia ekspresikan melaui mimik muka yang jelas. Kelakar tengok dia nak minta maaf dengan ikhlas dekat Min-soo ataupun babak dia berjumpa dengan Thor. Geram betul tengok Thor dalam filem ni, muncul kejap je tapi pandai betul berlakon dengan muka comel dia. 


Yoo Yeon-seok sebagai watak utama lebih kepada menggambarkan perasaan Jason Kim yang terpaksa berpisah dengan anjing kesayangannya. Elemen drama lebih banyak datang dari Min-soo yang berbicara soal kehilangan dan rasa sunyi bila Roonie tak ada. Baru berpisah sekejap pun dia dah emosi, tak boleh imagine macam mana dia nak adapt hidup tanpa anjing dia. 


Sinematografi My Heart Puppy menggunakan keindahan landskap Jeju ketika musim panas lantas menjadikan road trip Min-soo dan Jin-guk terlihat indah dan santai. Tenang sangat tengok mereka berdua cuba selesaikan masalah yang agak besar. Seronok lah boleh makan tembikai manis sambil baring tengok bintang dekat laman rumah. 

Pemilihan musik latar dari Koo Ja-wan menguatkan lagi atmosfera My Heart Puppy dan tak hairan lah kalau ada yang menonton berulang kali filem yang comel ni. It just that good. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Only God Knows Everything (2025)

Sunday, 19 April 2026

 

 
Pengarah: Paek Seung-hwan 
Penulis Skrip: Ko Jun-seok, Kim Sung-jin, Paek Seung-hwan  
Pelakon: Shin Seung-ho, Han Ji-eun, Park Myung-hoon, Jeon So-min   
Syarikat Produksi: Vac.grimm   
Pengedar: Triple Pictures, kth, iQiyi 
Genre: Misteri / Thriller 
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2025  
Trailer:



Bertemakan cult yang membahayakan penganutnya, naskhah Only God Knows Everything mengisahkan paderi muda bernama Do-woon (Shin Seung-ho) menjejak kehilangan ibunya setelah 13 tahun. 

Do-woon dibesarkan oleh Father John setelah insiden tersebut dan jejak yang paling realistik untuk manusia seeprtinya adalah menjadi paderi gereja yang sama. Walaupun karakter dan personalitinya dipertikai oleh paderi senior lain namun Father John yakin Do-woon mampu meneruskan dakwah mereka. 


Sebaik sahaja ditabalkan sebagai paderi di gereja tersebut, Do-woon bertemu dengan Lee Ho-joon yang membuat pengakuan dipaksa membunuh pelbagai jenis binatang untuk digunakan dalam ritual. Lee Ho-joon juga bertanyakan tentang Oh Jin-sook, ibu kepada Do-woon sebelum berlalu pergi dari gereja dalam keadaan tergesa-gesa. 

Keesokan paginya Dowoon pergi ke rumah Lee Ho-joon untuk bertanya lebih lanjut tentang aktiviti yang dikatakan namun sebaik saja sampai, dia mendapati lelaki tersebut dibunuh oleh dua orang lelaki memakai sut hitam. 


Laporan polis yang dilakukan menemukan Do-woon dengan Detektif Yoon Joo-young (Han Ji-eun) dan juga adik perempuan Lee Ho-joon. Dari penyiasatan Detektif Yoon, Lee Ho-joon terlibat dengan cult yang sama dalam kes siasatannya di mana seorang remaja, Kim Jin-ho (Nam Joong-gyu) dilaporkan hilang oleh ibunya (Jung Eun-kyung) setelah bank akaunnya kosong untuk diberikan kepada Paek Su-yeon (Jeon So-min). 

Naskhah misteri thriller Only God Knows Everything arahan Baek Sung-hwan menggunakan kes jenayah cult yang mempunyai modus operandi yang sama di mana mengumpan pengikutnya untuk serahkan wang atau lebih ekstrem, serahkan nyawa sebagai simbol pengorbanan. 


Konflik yang dimasukkan terlihat menarik dan menyeramkan namun olahan Baek Seung-hwan menghampakan. Perjalanan misteri kes jenayah cult yang dimasukkan tidak dikembangkan dengan baik dalam ruang masa sepanjang 115 minit. 

Kebanyakan mangsa yang terjebak dengan cult adalah mangsa yang putus asa dengan alternatif sains dan perubatan. Tapi tak diceritakan pun macam mana Lee Ho-joon buat kerja sampai dia menggigil datang ke gereja minta pengampunan Tuhan. Terlampau banyak pertanyaan yang timbul untuk naskhah Only God Knows Everything sampai rasa murung dengan mesej yang dibawakan. 


Tak ada pertanyaan yang provokatif menerusi dialog atau perbalahan antara dua pihak dimasukkan pun sebab pengarah lebih fokus pada kes jenayah walaupun ada watak bomoh Sim Gwang-un (Park Myung-hoon) yang boleh menilik nasib orang. Watak dia lebih menarik berbanding watak-watak protagonis tapi screentime dia tak banyak pun. 

Ada juga beberapa babak yang tunjuk dosa-dosa paderi seperti merokok dan minum arak setiap hari lantas menimbulkan persoalan adakah ajaran yang diajar oleh paderi adalah ajaran yang betul berbanding ajaran cult yang menggunakan mesej dakwah yang sama? Tapi persoalan ni terlampau lemah untuk dimasukkan. 


Sinematografi Shin Hyun-kyu menjadikan naskhah Only God Knows Everything terlihat stylish dan mempunyai aesthetic yang tersendiri. Beberapa babak menggunakan pencahayaan dan warna tertentu untuk mewujudkan atmosfera serta menguatkan mood misteri dan menyeramkan. Ketegangan yang dipaparkan juga berhasil melalui close-up shots dan musik latar yang dimasukkan. 

Filem Only God Knows Everything ditayangkan di Bucheon International Fantastic Film Festival ke-29 dan mungkin sebab itu lah agaknya, pace filem sangat perlahan walaupun ubah speed kepada 2x. Sayang lah ada foundation yang kuat untuk genre misteri thriller dan barisan pelakon yang bagus tapi tersia dengan skrip yang lemah. Mungkin on paper Only God Knows Everything terlihat menarik tapi bila ada banyak kelompongan, rasa murung bila tak dapat jawapan. 


Kalau boleh elakkan lah layan filem ni sebab hanya Tuhan yang ada jawapan pada misteri yang berlaku dalam filem ni. Pengarah dah bagitahu dari awal tapi tak sangka pula dia serius sampai ke tahap ini. I tengok sebab Shin Seung-ho just in case anyone is wondering :’)

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5.6/10

Movie Review | Omniscient Reader: The Prophecy (2025)

Monday, 13 April 2026


Pengarah: Kim Byung-woo
Penulis Skrip: Kim Byung-woo, Lee Jeong-min
Pelakon: Ahn Hyo-seop, Lee Min-ho, Chae Soo-bin, Shin Seung-ho, Nana, Kwon Eun-seong, Jisoo
Syarikat Produksi: Realies Pictures, Smilegate, MYM Entertainment, The Present Company
Pengedar: Lotte Entertainment
Genre: Aksi / Fantasi
Durasi Tayangan: 117 minit
Tarikh Tayangan: 23 Julai 2025
Trailer:

Pada hari terakhir dia bekerja di Minosoft, Kim Dok-ja (Ahn Hyo-seop) teruja menghabiskan episode terakhir web novel Three Ways to Survive the Apocalypse di mana watak utama bernama Yoo Joong-hyuk (Lee Min-ho) selamat namun keseorangan kerana rakannya dan semua manusia telah pun mati. Kecewa dengan penamat novel tersebut, Kim Dok-ja menghantar ulasannya kepada penulis. 

Satu hari ketika menaiki subway dan terjumpa rakan sekerjanya, Yoo Sang-ah (Chae Soo-bin), Dok-ja menerima kiriman mesej dari penulis mencadangkan agar dia menulis penamatnya sendiri. Tak lama kemudian, pada jam 7.00, keretapi berhenti secara mengejut lalu dokkaebi muncul dan memaklumkan setiap orang di dalam gerabak tersebut perlu membunuh sekurang-kurangnya satu hidupan bernyawa untuk selamat dalam tempoh masa yang diberikan. 

Menyedari situasi tersebut adalah permulaan awal Three Ways to Survive the Apocalypse, Kim Dok-ja meminta agar semua bertenang dan bunuh semut kepunyaan kanak-kanak lelaki bernama Lee Gil-young (Kwon Eun-seong) di dalam gerabak yang sama. Dalamn masa yang sama juga Yoo Joong-hyuk berada di gerabak di hadapannya. 

Secara tak langsung Kim Dok-ja mempunyai kelebihan mengetahui jalan cerita dan kebanyakan situasi dalam ‘permainan’ tersebut namun dia tetap tidak dapat menjangka tindakan Yoo Joong-hyuk. Tindakan Dok-ja juga akan mengubah beberapa situasi dalam dunia tersebut. 

Selain Yoo Joong-hyuk, Dok-ja bertemu dengan Jung Hee-won (Nana), Lee Hyun-sung (Shin Seung-ho) yang merupakan salah seorang pembantu Joong-hyuk dalam novel asal dan juga Lee Ji-hye (Jisoo) yang dingin tapi berkemahiran. 

Sebelum layan filem Omniscient Reader: The Prophecy arahan dan penulisan Kim Byung-woo ni pelik juga kenapa tak hype walhal ada Lee Min-ho dan Jisoo. Rupanya sebab pembaca manhwa marah bila banyak yang diubah dari cerita asal, Omniscient Reader's Viewpoint karya ilustrasi sinNsong. 

I faham kenapa fandom marah tapi I faham juga production punya side sebab tak semua dalam manhwa boleh dipaparkan dalam layar perak. Tambah pula bila naskhah berlatarkan dunia fantasi seperti yang dipaparkan dalam Omniscient Reader: The Prophecy sebab memerlukan green screen dan VFX untuk setiap babak. 

Penceritaan Omniscient Reader: The Prophecy mungkin bersilih ganti dengan pelbagai latar masa seperti kisah silam Kim Dok-ja, latar masa penceritaan novel itu sendiri atau masa sekarang. Namun sangat mudah difahami sepanjang 117 minit tayangan. 

Dalam filem Omniscient Reader: The Prophecy ada banyak watak dan dalam beberapa situasi ada watak yang akan tenggelam kecuali watak utama lah. Rasanya kalau nak keluar sekuel nanti kena tengok balik sebab mudah sangat untuk lupa backstory setiap watak. Semuanya ada kekuatan masing-masing tapi bila banyak sangat wataknya, tak hairan pun bila lupa. 

Lakonan semua pelakon yang terlibat membantu menghidupkan dunia fantasi terutamanya Ahn Hyo-seop yang cuba untuk mengurangkan kematian manusia di situ.  Pace penceritaan Omniscient Reader: The Prophecy bergerak laju jadi kalau ada pelakon yang underperformed pun I tak perasan sebab ada banyak benda nak catch up dalam setiap babak. 

Walaupun screentime Jisoo tak banyak dalam instalment pertama Omniscient Reader: The Prophecy, tapi watak dia mencuri perhatian juga. Tak sabar nak tengok Jisoo bekerjasama dengan Nana nanti sebab kedua-dua watak ada dalam pihak yang sama dan mempunyai karakter yang lebih kurang sama. 

I tak faham kenapa ada yang emosi cakap Jisoo try hard nak tiru Katniss hanya disebabkan senjata dia adalah anak panah. Bukan Katniss seorang sahaja yang boleh pakai senjata macam tu. Dekat Korea hampir kebanyakan pelajar sekolah ada kemahiran memanah. Sesuatu yang bagus lah sebab Korea pamerkan kemahiran dan personaliti sistem pendidikan dan sukan dia dalam karya tempatan. 

Patutnya production olah cerita ni dalam series format daripada filem sebab lagi banyak yang boleh dikembangkan. Ada beberapa babak yang laju sangat. Rasa saspens lebih kuat dan yang menonton pun boleh participate sekali dalam permainan di setiap checkpoint. Tapi bak kata pengarah, ada banyak kemungkinan yang boleh terjadi so I guess production consider untuk cipta universe dari manhwa ni. 

Memandangkan filem Omniscient Reader: The Prophecy ada banyak perbezaan dengan karya asal, ada baiknya kalau tak baca manhwa sebelum layan filem ni. Kalau yang suka genre permainan atau survival macam Alice in Borderland, boleh lah layan filem ni. 

p/s: Tak sesuai ditonton ketika makan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10

Movie Review | Confidential Assignment 2: International (2022)

Sunday, 4 January 2026


Pengarah: Lee Seok-hoon 
Penulis Skrip: Lim Seong-soon  
Pelakon: Hyun Bin, Yoo Hae-jin, Im Yoon-ah, Daniel Henney, Jin Seon-kyu, Jang Young-nam, Park Min-ha, Park Hyung-soo, Lee Min-ji, Park Hoon, Lee Je-yeon, Jeon Bae-soo
Syarikat Produksi: JK Film   
Pengedar: CJ Entertainment, Disney+ Hotstar 
Genre: Aksi / Komedi
Durasi Tayangan: 129 minit
Tarikh Tayangan: 07 September 2022 
Trailer:


Kisah bermula dengan babak Jang Myong-jun (Jin Seon-kyu), ketua pengganas di Korea Utara ditangkap di sebuah gudang di New York City oleh Jack (Daniel Henney), ejen FBI yang tangkas dan kacak. Pengarah FBI (John D. Michaels) berang dengan tindakan Jack yang melulu kerana kes tersebut di bawah kuasa pegawai Korea Utara. Jack pula bertegas dia dapat email mengenai kegiatan jenayah Jang Myung-jun jadi mereka perlu bertindak segera. 

Tak lama kemudian Jack dapat tahu Im Cheol-ryung ambil alih kes tersebut berdasarkan hubungan diplomatik Korea Utara dan Amerika Syarikat lalu memaklumkan bahawa Jang Myong-jun bakal dipindahkan ke Pyongyang.  Namun konvoi ke lapangan terbang tersebut diserang dan Jang Myong-jun terlepas ke Korea Selatan. 


Sama seperti sebelumnya, pegawai NIS (Park Hyung-soo) minta bantuan Detektif Kang Jin-tae untuk mengawasi pergerakan Im Cheol-ryung sepanjang dia berada di Seoul bagi mengelakkan sebarang kekecohan ketika pertemuan diplomasi antara dua negara sedang berlangsung. Mendengarkan tugas sulit tersebut, Jin-tae teragak-agak untuk bersetuju kerana keluarga dia pernah diancam bahaya sebelum ini. 

Isteri dia, Park So-yeon (Jang Young-nam) dah bagi amaran supaya jauhkan diri dari kes tersebut. Dia tak mahu Jin-tae, anak mereka Kang Yeon-ah (Park Min-ha) atau adiknya, Park Min-young (Im Yoon-ah) menjadi mangsa. 


Malagnya Jin-tae terpaksa terima tawaran secara curi-curi tanpa pengetahuan isterinya kerana tak ada mana-mana detektif atau polis yang sanggup lakukan tugas tersebut. Rahsia tersebut hanya diketahui oleh Min-young yang teruja nak berjumpa kembali dengan Cheol-ryung. 

Setelah kejayaan filem Confidential Assignment (2017) dengan kutipan luar biasa, JK Films membawakan sekuel Confidential Assignment 2: International dengan sentuhan pengarah baru iaitu Lee Seok-hoon yang berpengalaman dalam filem genre komedi seperti See You After School (2006), Two Faces of My Girlfriend (2007), Dancing Queen (2012) dan The Pirates (2014). Lee Seok-hoon juga memenangi anugerah Pengarah Terbaik untuk filem The Pirates di 22nd Korea Culture and Entertainment Awards. Penulis skrip untuk filem sekuel juga adalah penulis baru.


Filem Confidential Assignment dah memang popular dan meninggalkan good impression pada penonton, jadi bila sekuel ditayangkan, makin bertambah popular sebab ada pertambahan watak ejen FBI yang kacak dan sasa. Macam mana perasaan Min-young bila tak berkelip tengok Jack, macam tu lah para wanita yang lain. Yoona really represents us, the audience soooo damn great. Nak pula bila Jack buka mulut bercerita pasal misi dia di Russia, makin seronok semua watak wanita kerumun dia sampai Jin-tae geleng kepala. 


Walaupun screentime Daniel Henney tak sebanyak dua watak utama, namun kemunculan dia tetap mencuri perhatian sampai rasa nak cari semua filem dia. Nak pula bila tahu dia pernah berlakon dalam X Men Origins: Wolverine. Boleh kata Hyun Bin tenggelam dengan screen presence Daniel Henney. Tak sangka ada pelakon yang lebih kacak, macho dan suara manly dari Hyun Bin. 

💖💥💖💗

Sama macam sebelumnya, dinamik Yoon Hae-jin dan Hyun Bin menggerakkan screenplay yang berlatarkan dunia jenayah. Kalau sebelum ni, watak antagonis boleh ditangani, kali ni Confidential Assignment 2: International membawakan watak antagonis yang lebih kejam dan sadis. Penulis menggunakan elemen pengkhianatan yang lebih besar dari naskhah sebelumnya dan jenayah yang melibatkan bahan kimia berbahaya. 


Jalan cerita memang boleh dijangka terutamanya di separuh masa kedua tapi tak kisah pun sebab genre aksi sering menggunakan plot yang mudah. Kekuatan filem Confidential Assignment 2: International terletak pada barisan pelakon dengan elemen komedi yang cukup rencah. Yoona pun boleh stay sampai ke hujung filem dengan kemahiran dia sebagai make-up artist. Kalau sebelum ni watak Min-young dengan Cheol-ryung tak ada banyak dialog, kali ni Min-young lebih berani perjuangkan cinta dia. 


Sinematografi dari Hong Jae-sik sekali lagi menghidupkan dunia Confidential Assignment 2: International dengan cemerlang didukung dengan music score yang bertenaga dari Hwang Sang-jun. Wardrobe team did a great job bila semua watak nampak bergaya dan stylish terutamanya Yoo Hae-jin, teringat watak dia dalam filem Luck Key (2016). 

Kalau ada instalment ketiga, harapnya produser kekalkan team yang sama dan juga Daniel Henney hiks!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

Pengarah: Kim Sung-hoon
Penulis Skrip: Yoon Hyun-ho  
Pelakon: Hyun Bin, Yoo Hae-jin, Kim Joo-hyuk, Jang Young-nam, Im Yoon-ah, Jeon Kuk-hwan, Park Min-ha, Lee Yi-kyung
Syarikat Produksi: JK Film   
Pengedar: CJ Entertainment
Genre: Aksi / Komedi 
Durasi Tayangan: 125 minit
Tarikh Tayangan: 18 Januari 2017  
Trailer:


Im Cheol-ryung (Hyun Bin), seorang tentera khas sedang merisik kegiatan gudang yang menghasilkan duit haram menggunakan master plates. Usahanya dikhianati oleh pegawai senior, Cha Ki-seong (Kim Joo-hyuk) yang mencuri kesemua plat tersebut dan bunuh semua pegawai khas termasuklah isteri Cheol-ryung iaitu Hwa-ryung (Shin Hyun-bin). Cheol-ryung pula cedera parah dalam misi tersebut. 

Dia kemudiannya ditugaskan ke Korea Selatan untuk bawa pulang kesemua plat duit kerana Cha Ki-seong akan menjual dengan harga yang tinggi di sana. Pegawai atasan minta Cheol-ryung selesaikan misi dengan cepat supaya Korea Selatan tidak tahu tentang penggubahan wang haram. Dia diberi masa hanya 3 hari untuk menjejaki Cha Ki-seong dan pulang semula ke Korea Utara bersama plat tersebut.


Pegawai National Intelligence Service (NIS) (Park Hyung-soo) mendapat intel tentang Chang Ki-seong melarikan diri setelah memberontak dan arahkan Detektif Kang Jin-tae (Yoo Hae-jin) untuk menjaga Cheol-ryung sepanjang di Seoul kerana tidak mahu mencetuskan sebarang konflik di antara Korea Selatan dan juga Korea Utara. 

Detektif Kang tidak mengesyaki apa-apa ketika mendapat tugasan tersebut walaupun dia dipilih selepas digantung kerja. Kerana upah yang lumayan dia bersetuju untuk menjaga Cheol-ryung selama 3 hari tersebut namun satu persatu rahsia tentang misi tersebut mula terbongkar dan membahayakan keselamatan diri dia dan keluarga. 


Naskhah aksi komedi Confidential Assignment arahan Kim sung-hoon menggunakan konflik dua negara sebagai idea utama di mana Cheol-ryung sebagai pegawai khas dari Korea Utara yang kacak, sasa dan pandai bertarung walaupun cuma menggunakan tisu tandas sementara Detektif Kang Jin-tae dari Korea Selatan lebih selesa dengan pendekatan diplomatik. 

Walaupun Cheol-ryung menekan, dia tetap kekal tenang dan sentiasa berjenaka, sesuai lah dengan karakter dia yang berusia dan menjaga tiga orang perempuan di rumah. Makin menghiburkan bila Cheol-ryung pulang ke rumah Jin-tae dan bertemu dengan Park Min-young (Im Yoon-ah), adik ipar Jin-tae yang masih lagi belajar di universiti tapi tinggal bersama mereka. 


Bila tengok lakonan Yoona dalam Confidential Assignment, nampak dia selesa dan bersahaja dalam watak yang kelakar. I tengok filem Exit (2019) dulu baru filem Confidential Assignment padahal ada gap 2 tahun antara dua filem ni dan Exit adalah filem komedi kedua Yoona. Rupanya dalam filem ni dia dah improve banyak dah. 


Menjadi betul watak dia sebagai adik Park So-yeon (Jang Young-nam) yang garang. Faham lah kenapa kakak dia stress setiap hari melayan perangai dia. Cuma kenapa watak Park Min-young boleh hilang dekat babak klimaks? At least buat lah phone call dari dia bagitahu ada exam ke apa daripada hilang terus dari radar. 


Gandingan Yoo Hae-jin dan Hyun-bin tersangatlah kontra baik pada fizikal ataupun perwatakan kedua-dua watak. Pada pada permulaan cerita, watak Detektif Jin-tae kendengaran bingit tapi lama-kelamaan dia dah mula ngam dengan Cheol-ryung dan bekerja bersama walaupun kedua-duanya berpura-pura percaya. Mungkin Yoo Hae-jin in charge untuk elemen komedi tapi Hyun-Bin pun wujudkan elemen komedi dengan reaksi muka dia. Subtle yet impactful. Berdekah masa Jin-tae gebang pasal tag kena pakai dekat kaki. 


Lee Yi-kyung ada screentime yang terhad sebagai pembantu Detektif Kang Jin-tae tapi watak dia tak membantu sangat pun pada penceritaan. Mungkin sebab watak utama kurang berada di balai sebaliknya di luar untuk menjejak penjenayah yang terlibat. 

Penceritaan Confidential Assignment yang diterbitkan oleh JK Films berentak laju dan mudah difahami walaupun melibatkan banyak pihak. Sinematografi dari Lee Sung-jae membantu visual untuk babak-babak aksi yang kemas tanpa gegaran dan jelas. Dalam Confidential Assignments, watak Cheol-ryung perlu bertarung tanpa senjata api jadi banyak lah hand combat dan one-to-one dengan phak lawan.


Filem Confidential Assignment adalah filem Korea yang kedua tertinggi kutipan di panggung pada separa awal tahun 2017 kemudiannya ditenggelamkan oleh filem A Taxi Driver (2017) yang juga dibintangi oleh Yoo Hae-jin. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10