Filem Lupa Daratan atau Lost In Spotlight mengisahkan tentang kehidupan Vino Agustian (Vino G. Bastian), pelakon ternama di Indonesia. Semakin dia menginjak ke puncak kariernya, semakin dia lupa diri dan menganggap kejayaan tersebut terhasil dari usahanya sendiri. Ucapan ketika after party Anugerah Filem Indonesia menjengkelkan ramai rakan yang hadir.
Abang kandung Vino, Iksan (Agus Kuncoro) juga telah lama tidak dihubungi sejak bertukar pengurus kepada talent agency yang ternama dalam industri perfileman Indonesia milik Hasto (Emil Kusumo) sedangkan Iksan yang banyak berkorban untuk pastikan adik kesayangannya berjaya capai Impian sebagai pelakon.
Dek kejayaannya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Vino ditawarkan membintangi filem biografi Sudibyo (Arswendy Beningswara), bekas Presiden Indonesia, salah satu figura penting negara. Hasto menjangkakan filem tersebut akan membawa keuntungan yang banyak kepada syarikat malah akan menjadi watak yang mengukuhkan lagi nama Vino.
Malangnya ketika sesi script reading bersama pelakon wanita, Sheila (Sheila Dara Aisha) yang melakonkan watak si isteri, Vino hilang keupayaan untuk berlakon malah dijadikan meme oleh para netizen.
Malu dengan situasi berkenaan, Vino dan pembantu peribadinya, Dimi (Dea Panendra) segera menyelesaikan misteri yang menimpanya sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Ernest Prakasa kembali dengan naskhah komedi yang berlatarkan dunia perfileman Indonesia setelah berada di kerusi produser untuk filem-filem Imajinari sejak 2023. Bukan sesuatu yang baru bila pelakon popular lupa daratan dan menganggap bakatnya punca kejayaan semata. Namun olahan yang diadun dalam template komedi menjadikan naskhah Lupa Daratan terlihat menghiburkan.
Cameo dari barisan pelakon Indonesia juga menghidupkan lagi dunia superstar seperti Lukman Sardi, Indra Jegel, Ardit Erwandha, Indah Permatasari, Kristo Immanuel dan ramai lagi. Penulis masukkan juga babak pelakon wanita yang diganggu ketika melakukan penggambaran dan seperti mana yang dialami oleh sesetengah pelakon, perkara tersebut hanya dibiarkan sepi oleh agensi atau pihak produser.
Penceritaan Lupa Daratan bermula dengan masalah yang dihadapi Vino dan menghadirkan elemen komedi lalu berpindah ke genre drama di second half movie. Babak drama hadir apabila Vino bertemu kembali dengan Iksan dan dalam masa yang sama perbaiki hubungan bersama Andi (Sadha Triyudha).
Babak komedi yang dimasukkan boleh kata segar dan tak boleh dijangka macam transisi penjual sate yang berpindah latar masa, babak Vino berlatih dengan Sheila atau babak Iksan yang serius dan moody tapi situasi buatkan dia terlihat kelakar. Ada babak yang buatkan kita sakit perut gelak.
Sinematografi dari Bella Panggabean menghidupkan dunia masyarakat biasa dan dunia glamor yang menyebabkan Vino lupa diri lantas menjadi ego. Pencahayaan agak sedikit gelap untuk mewujudkan visual yang lebih seiring dengan vibe misteri dan kusut yang dialami oleh beberapa watak. Music album yang digunakan sesuai dengan situasi tapi passable lepas tamat cerita.
Dinamik dan chemistry antara Vino G. Bastian bersama Agus Kuncoro menjadi kekuatan elemen drama yang dipamerkan sekaligus menarik perhatian untuk lihat dua beradik ini berbaik semula dan mulakan hidup baru seperti yang sepatutnya. Cuma macam pelik lah kenapa masa muda remaja, Iksan tu segak tapi bila masuk alam dewasa, berubah penampilan kepada bapak-bapak. Nasib baik lah age gap Iksan dengan Vino agak besar jadi mudah lah terbeli dengan visi pengarah.
‘Gua pengen bisa rasain jadi apa saja. Bukan cuma jadi Vino yang hidupnya pas-pasan terus kayak begini. Gua pengen bisa jadi karakter apa pun di dalam skenario. Itu seru sekali, Bang. Bikin gue senang. Itu mimpi gue dari kecil.’ - Vino
Kelemahan dalam filem Lupa Daratan terletak pada second half yang mula draggy dan komedi yang agak hambar setelah klimaks. Vibe lebih kurang macam filem Agak Laen (2024) di second half tapi mungkin I yang tak faham reference dekat babak tu. Apapun, Lupa Daratan menghiburkan sambil paparkan mesej kekeluargaan dan persahabatan yang kuat.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.6/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.