Movie Review : 5cm

Sunday 28 July 2019


Pengarah : Rizal Mantovani
Penulis Skrip : Rizal Mantovani
Pelakon : Herjunot Ali, Fedi Nuril, Pevita Pearce, Saykoji, Denny Sumargo, Raline Shah
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 100 minit
Tarikh Tayangan : 12 Disember, 2012
Syarikat Produksi : Soraya Intercine Films
Trailer :


Suggestion dari Twitter bila ramai yang cakap movie ni best. Jarang nak tengok movie dari negara seberang ni sebab English subs tak ada. Luckily this one ada Malay sub walaupun dia campur Indo sub sekali hshshs sabar je lah. Movie 5cm ni adaptasi novel karya Donny Dhirgantoro.


Kisah tentang 5 orang sahabat yang berkawan sejak sekolah menengah lagi sampai dah masak benar dengan perangai masing-masing. Satu hari masa lepak di Garden, Genta (Fedi Nuril) suggest untuk diorang berlima berpisah selama 3 bulan dan jumpa balik pada 14 Ogos.


Actually plan asal selama 6 bulan tapi disebabkan Riani menangis cakap tempoh tu lama sangat, so diorang setuju untuk pendekkan tempoh. Riani tu suka dengan Genta sebab tu dia cakap lama since dia tak boleh nak jumpa crush dia dah.


Dalam masa 3 bulan tu tak boleh berjumpa ataupun contact langsung walaupun ada happy or bad news. Bagus jugak lah Genta come up dengan plan macam tu sebab nampak la juga ruang untuk masing-masing jumpa dan interact dengan orang lain dan fokus dengan impian masing-masing.


Tapi Zhafran (Herjunot Ali) yang suka dengan Dinda (Pevita Perace), adik Arial (Denny Sumargo) tetap berusaha keras contact sampai dapat masuk line. 3 bulan tu jugak lah dia tak kena layan langsung sampai dah boleh hafal skrip Dinda setiap malam. Ian (Igor Saykoji ) pula busy dengan thesis degree dia untuk grad macam kawan dia yang lain.


Bila dah cukup 3 bulan, diorang berlima berjumpa balik di Malang untuk daki puncak Mahameru sebab kata Genta dia nak diorang jadi manusia yang hebat dan takkan lupakan kenangan persahabatan diorang.


Kalau first half you guys enjoy tengok friendship diorang berlima dengan scene kelakar, second half enjoy dengan view Gunung Mahameru, yang tertinggi di Puncak Jawa. Second half lebih serious dan mode dari kelakar masuk air berubah jadi motivational habis tengok diorang semangat mendaki.


At first macam geram jugak dengan Genta sebab buat plan hiking bila dia serious habis cakap part final stage pendakian tu paling bahaya sebab I tak suka hiking and I know how hard bila stamina tak cantik pastu nak daki gunung paling tinggi. Mana maunye yeop.


Dah la final scene dekat puncak tu tiba-tiba makin ramai pulak yang mendaki padahal director fokus dekat diorang je. Bila tengok movie ni baru tahu kenapa masing-masing jadi patriotic lepas pacak bendera Indonesia, rupanya tarikh 17 Ogos tu Hari Kemerdekaan Indonesia.


Walaupun nampak tak real part final stage pendakian tu tapi quite enjoy and emotional jugak lah bila batu dari atas jatuh. Masa daki Bukit Saga dulu tanah agak lembut sampai batu besar jatuh. Bila tengok scene batu dalam movie ni rasa trauma jugak lah. Menangis tengok bila Dinda dengan Ian injured kena batu dengan scene Arial putus asa nak daki puncak.


Nampak je macam plot movie ni straightforward kan tapi sebenarnya ada twist dekat hujung cerita and I was like whatttt?! Pandai gila director simpan sampai hujung rahsia 5 sekawan ni. But no worries sebab happy ending cuma nak kata rahsia Tuhan tu lagi cantik dari hajat kita haa gittew.


Bukan setakat visual je cantik, music score pun quite nice lah from Nidji. I perasan movie Indonesia yang hit mesti ada soundtrack dari Nidji. No wonder lah fanbase dia strong.


I really recommend this movie sebab entertaining, breathtaking visuals, nice soundtrack, lakonan bagus and of course direction skills dan dialog dia jugak best especially quotes memasing sebelum daki ke puncak Mahameru.





"Cuma kaki yang akan berjalan lebih jauh dari biasanya, tangan yang akan berbuat lebih banyak berbuat dari biasanya, mata yang akan menatap lebih banyak dari biasanya, leher yang akan lebih sering melihat ke atas. Serta mulut yang akan selalu berdoa...."


Even dah masuk 7 tahun pembikinan but still nice nak layan and really great for those yang nak layan movie about friendship dan motivational genre. Percaya pada 5cm impian dari keningmu.

1. Team Production +0.9, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 0.8 = 8.8/10

26 comments

  1. mana nak tengok ni? macam best lak baca...scenery dia pun cantik2

    ReplyDelete
  2. dia punya cinematography lawa la. gonna watch it soon!

    ReplyDelete
  3. woww sinopsis je dah best.. nak tengokkkk

    ReplyDelete
  4. Kalau Malaysia agak-agak ada ke nak buat cerita macam ni? hihiihih

    ReplyDelete
  5. cinematic cantik la. ada pula raline shah. ok boleh cari ni. mesti tengok

    ReplyDelete
  6. I am so touchhhhhhhhedddd! I nak cari movie ni nanti tengok. I suka cerit2 macam ni. I wish I got this kind of friendship tapi dok pindah2 so tak ada friendship like this. haihhh sebak nyaaaaa.

    ReplyDelete
  7. menarik.
    friendship.
    hiking.
    nice. tgk pelakon nye pun mcm best.
    tq for sharing.
    now dah takde idea nak tonton movie.
    so, ada ni, boleh la search :)
    moreover, sesuai citer ni tgk dgn anak2 aida.

    ReplyDelete
  8. Minggu ni jer nak gi tgk movie ni.
    Kawan kata mmg bes ceritanya.

    ReplyDelete
  9. ingat ke cerita seram. haha nampak menarik jalan ceritanya. okay, lepas ni terus nak bukak netfilx, layan movie ni. nice review! teratur susunan :)

    ReplyDelete
  10. baru tau pasl movie ni..banyak sangt movie ya, haishh ketinggalan betul..nampak best cerita ni..hiking, friendship semua..

    ReplyDelete
  11. Filem lama ni hehehe dari negara seberang lak tu kita pun tak berapa tengok sangat kalau citer hantu kita tengok wakakaka yang ni macam menarik jer jalan cerita sebab adaptasi novel kan hurmmmm mana nak tengok ni...

    ReplyDelete
  12. alamak nampak cerita biasa..tapi bila u ulas terus teruja nak tonton apatah lagi ada aktor feveret dalam movie ni..cerita macam ni best sebab ianya banyak memberi pengajaran dan motivasi dalam hidup

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Macam menarik pulak cerita ni bila baca review kat sini, ni yang buat sis nak tengok jugak ni. Tapi nak kena tengok dgn anak kalau bab2 ada pengajaran ni

    ReplyDelete
  15. Terbaiklah review ni...terus cari dalam torrent hopefully can get 1080p. Pelakon sorang tu macam bekas pelakun utama movie arahan habibur rahman la..lupa da tajuk..

    ReplyDelete
  16. Ulasan yang menarik. Bila terbaca part dorang mendaki tu, macam pernah tengok cerita ni. tapi lupa bila. Nampaknya kena tengok baliklah.

    Cantikkan kawasan yang dorang shoot tu.

    ReplyDelete
  17. Baru terfikir, cuti sekolah nanti nak spent time ngan anak bujang nonton movie, one after another hihi

    Boleh Ke Buat Duit Dengan Menulis DiBlog?

    ReplyDelete
  18. Nampak menariklah jalan cerita 5CM nie. Tengok trailer pon dah best. Rasa teruja nak tengok. Nanti nak cari lah kot2 boleh downlod or tengok online ke sementara tgh cuti sem nie. Free skit

    ReplyDelete
  19. Ok. Boleh masuk dalam To Watch Movies nie. Rawlins suka layan movie online bila memalam dan weekend so kita layan yang nie la. TQ share

    ReplyDelete
  20. Wah cm best je ni. Cerita indonesia pun mmg layan cerita indonesia. Boleh download ni. Thanks for share yer.

    ReplyDelete
  21. Jalan cerita macam best je. Tengoklah nanti kalau free nak try tengok jugak movie ni.

    ReplyDelete
  22. First time hearing about this movie, thanks for sharing sounds like a great one will download and watch it soon.

    ReplyDelete
  23. I have not watch this movie yet but looks like its a great combination of interesting storyline, scenic view and friendship values.

    ReplyDelete
  24. Sumpah best gile, aku jumpa filem ni dekat rekomendasi filem kat twitter jugak. Storyline dia best pastu cinematografi pon keren banget. Plot twist dia pon lain macam wei. Lepas tengok movie ni, aku terus jadi patriotik sayangkan Malaysia gittew. Agak-agak bila laa Malaysia boleh keluarkan filem setaraf ini.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.