Bollywood Stars & Singing

Monday 1 July 2019

Ramai juga yang tanya dekat CuriousCat artis Btown mana yang pandai menyanyi. So dalam entri ni nak sembang artis mana yang berbakat dalam bidang nyanyian dan pernah menyanyi untuk movie diorang berlakon. 

1. Priyanka Chopra

Ramai yang dah pernah dengar suara dia dengan Pitbull dalam lagu Exotic sampai tercalon dalam World Music Award for World’s Best Song. Priyanka ofiicially debut sebagai penyanyi dengan lagu In My City ft Will.I.Am tahun 2012.


Sebelum ni dia pernah je nyanyi dalam movie macam lagu "Ullathai Killathe" dalam movie Tamil, Thamizhan (2002) bila Vijay dengar dia menyanyi dekat set. Tahun 2005, dia tolak tawaran untuk nyanyi dalam movie Karam untuk lagu Tinka Tinka.

Dia ada record lagu untuk movie Bluffmaster tapi sayangnya lagu tu tak release pun. Tahun 2011 dia sign contract under Universal Music Group, ,Tahun 2012, Priyanka, Bollywood star pertama yang sign contract under  Creative Artists Agency & collaborate dengan artis lain.


Julai 2013, dia release full single I Can't Make You Love Me. Lagu ni hits tahun 1991 so Priyanka nyanyikan balik. Lagu ni naik sampai no 28 dalam carta Billboard Hot Dance/Electronic Songs.

Tahun 2014 baru dia debut dekat Btown sebagai penyanyi dalam movie Mary Kom untuk lagu Chaoro. Tahun 2015 dia nyanyi lagu Dil Dhadakne Do. 2016 dia debut dalam movie Marathi. Tahun 2017 dia nyanyi lagu Young & Free dengan Australian DJ, Will Sparks

2. Parineeti Chopra


Dah kalau kakak sepupu boleh nyanyi, adik pun sama lah. Pari debut dalam movie Meri Pyaari Bindu untuk lagu Maana Ke Hum Yaar Nahin. Tahun ni dia nyanyi lagu Teri Mitti movie Kesari.

3. Farhan Akhtar 


This one is quite talented. Dia debut dalam dunia nyanyian tahun 2008 dengan movie Rock On! Ada 6 lagu dalam movie ni Farhan nyanyi dan music album Rock On ke-12 tertinggi jualan untuk tahun 2008.

Sebelum debut sebagai penyanyi, Farhan pernah tulis lirik untuk English version lagu dalam movie Bride & Prejudice tahun 2004.


Since then dia dah aktif as director, scriptwriter, actor, songwriter and singer dekat Btown. Movie sebagai playback singer - Zindagi Na Milegi Dobara, Shaadi Ke Side Effects, Dil Dhadakne Do, Wazir, Rock On 2 dan single yang lain.

4. Hrithik Roshan


Tahun 2011 Hrithik debut sebagai playback singer dalam movie Kites dengan lagu Kites In The Sky. Lepastu, Hrithik nyanyi lagu Senorita dengan Farhan Akhtar & Abhay Deol untuk movie Zindagi Na Milegi Dobara. Dalam movie Guzaarish pun ada.



5. Abhay Deol


Walaupun baru satu lagu tapi dia pandai menyanyi lah jugak bila debut dalam lagu Senorita saing co-star dia yang lain.

6. Amitabh Bachchan 



Big B pun dah lama menyanyi since zaman dia lagi dalam movie Silsila, Mahaan, Toofan, Baghban, Kabhi Khushi Kabhie Gham..., Bhootnath, Mr. Natwarlal, "Bbuddah... Hoga Terra Baap", "Delhi-6", "Aladin", Bol Bachchan, Baabul, Wazir, Thug of Hindustan.

7. Abhishek Bachchan



Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi? Abishek mewarisi talent ayah dia selain berlakon dan debut playback singer/rapper dalam movie Bluffmaster tahun 2005.

8. Aamir Khan


Jangan cakap you guys fans Aamir kalau tak pernah dengar lagu famous Aati Kya Khandala dari movie Ghulam. Dalam movie Taare Zameen Par, Delhi Belly dengan Dangal pun dia ada nyanyi.

9. Faissal Khan


Fun fact, adik kepada Aamir Khan, Faisal Khan yang pernah berlakon dalam movie Qayamat Se Qayamat Tak, Madhosh & Mela pun menyanyi jugak. Sekarang ni dia tengah focus nak keluarkan album sendiri lepas bertahun bertarung dengan depression. 

10. SRK


Yang mana layan movie Josh, mesti dapat tangkap tu suara SRK walaupun ramai yang ingat suara Udit Narayan tu suara SRK. Well tssskk it wasn't him. Satu lagu ni je dia nyanyi pastu taknak nyanyi dah sebab susah. Dia kena record 100 kali dengan tone yang berbeza sampai terhasil satu lagu. 

11. Salman Khan


Tahun 1999, Salman debut sebagai playback singer untuk lagu Chandi Ke Daal Par dengan Alka Yagnik dalam movie Hello Brother. 

Lepastu buat comeback dalam movie Kick (2014), nyanyi 3 lagu. 2015 dalam movie Hero & 2019 movie Notebook.

12. Shraddha Kapoor


Talent nyanyian Shraddha ni dapat dari keturunan dia since dia cucu saudara Lata Mangeshkar & Asha Bosle.

Debut sebagai playback singer dengan lagu Galliyaan dalam movie Ek Villain (2014) then menyanyi dalam movie Haider, ABCD 2, Baaghi, Rock On 2 & Half Girlfriend.


Walaupun Shraddha ni dari kecil lagi dah berlatih classical songs tapi dalam movie musical-drama, Aashiqui 2 even dia dengan Aditya Roy Kapoor boleh menyanyi, director taknak guna talent diorang untuk soundtrack. Not even one song!

Memang dah jadi impian Shraddha untuk berlakon, menyanyi dan menari bila dia debut nanti. Rasanya dia dah tonjolkan bakat dia dalam 3 bidang ni.

Yang dah tengok movie ABCD 2, dah nampak dancing skills Shraddha especially dalam lagu Sun Sathiya. Soon dalam Street Dancer.

13. Alia Bhatt


Taknak kalah dalam carta, Alia serlahkan bakat nyanyian dia dalam movie Highway menerusi lagu Sooha Saaha. Tahun 2014 Alia nyanyi lagu Samjhawaan untuk HSKD, Ikki Kudi untuk Udta Punjab & Love you Zindagi untuk movie Dear Zindagi.

14. Bebo 


Sepanjang career dia di Btown, Bebo pernah nyanyi lagu Jab Nahi Aaye The Tum untuk movie Dev.

15. Sid Malhotra 


Idea yang datang dari Sachin-Jigar supaya Sid rap dalam lagu Bandook Meri Laila sebab Sid suka layan lagu rap. Untuk lagu ni Sid just record line dia untuk 3 jam je.

 16. Varun Dhawan


Sama macam Sid, Varun pun debut dengan rap dalam lagu Lucky Tu Lucky Me dalam movie Humpty Sharma Ki Dulhania (2014) lepas Alia ajak join menyanyi sekali untuk promote movie.

Tapi Varun kata dia bukannya pandai nyanyi macam Shraddha & Alia so dia tak rasa nak pursue singing career dia ke tahap lebih jauh lagi. Kalau ada lagu yang dia kena rap, dia buat je lah. Bukan untuk movie je, dalam iklan Panasonic pun Varun ada rap jugak.

17. Sonakshi Sinha


Tahun 2016, Sona debut sebagai penyanyi dengan lagu Ishqoholic, collab dengan komposer Meet Bros. Sona ada menyanyi dalam movie Akira, Noor, Happy Phir Bhaag Jayegi & Yamla Pagla Deewana Phir Se.

Tahun 2017, Sona perang dengan Armaan Malik bila Sona dijemput untuk perform dekat konsert Justin Bieber di Mumbai tapi Armaan tak puas hati sebab Sona pelakon bukan penyanyi macam dia.





Pergaduhan ni melarat sampai abang Sona, Luv Sinha berperang pula dengan abang Armaan, Amaal Malik. 

Then Alka Yagnik dengan Ankit Tiwari bagi statement yang tak ada masalah pun pelakon nak menyanyi kalau diorang berbakat dalam bidang nyanyian.

18. Shruti Haasan 


Sama macam ayah dia, Kamaal Haasan, Shruti dah menyanyi dekat Btown dalam beberapa buah lagu. Sekarang ni Shruti tengah busy dekat London sebab nak release album English dekat sana.

Shruti dah lama minat dengan bidang nyanyian & compose music. Dia nak berehat dari dunia lakonan untuk focus dengan bidang nyanyian. Shruti bekerja dengan music producer Dan Lancester yang pernah bekerja dengan Blink 182 & Avril Lavinge.

19. Diljit Dosanjh


Mungkin ramai yang tak kenal pelakon baru ni. Diljit debut dalam movie Udta Punjab tahun 2016 even dah berlakon dalam movie Punjab sejak 2011. 

Debut sebagai penyanyi di Btown pada 2012 dalam movie Tere Naal Love Ho Gaya & aktif dekat Btown & Punjab.

20. Akshay Kumar


Akshay menyanyi 2 buah lagu so far, dalam Special 26 dengan Its Entertainment. Selain berlakon, Akshay menyanyi untuk kembangkan skills dia. Tak salah pun untuk dia menyanyi sambil berlakon since its fun thing to do.

21. Ayushmann Khurrana


Dari zaman kolej lagi Aayushmann dah start menyanyi bila dia dengan kawan2 ke nyanyi dalam train Delhi-Mumbai sebab perlukan duit. Memang impian dia nak debut dekat Btown sebagai penyanyi & pelakon.

Ayushmann aktif dengan bidang lakonan & now dah tersenarai dalam A-list Btown actor dan dalam masa yang sama aktif juga dalam bidang nyanyian. Setiap tahun dia akan release single then tour dengan band dia.

22. Tara Sutaria


Walaupun Tara baru je debut tahun ni tapi ramai yang tak tahu dia dah lama aktif dalam industri sejak 2010 sebagai VJ under Disney. Tara dah mula menyanyi sejak dia berumur 7 tahun especially opera.

Bukan setakat berlakon dan menyanyi je tapi Tara dari kecil lagi dah masuk dancing class  untuk belajar ballet, tarian Latin dll di School of Classical Ballet & Western Dance, Royal Academy of Dance, United Kingdom & Imperial Society for Teachers of Dancing, United Kingdom.

Untuk upcoming movie dia dengan Ahaan Shetty, movie RX100, Tara nak officially debut dalam bidang nyanyian sebagai playback singer. Katanya Tara akan menyanyi dalam lagu romantic.

23. Aditya Roy Kapur


Adi dah lama minat dengan music & sekarang tengah mantapkan lagi vocal dia dengan join singing class. Sebelum debut dia dah pernah jadi DJ di beberapa club dan join kelas tarian. 

Okay done with this entri. Have a nice day ahead!

19 comments

  1. wah baru tahu rupanya dorang ni ada yang boleh menyanyi, haha dah tebiasa tengok lip sync macam sama je suara dorang kan? good info. tq for sharing!

    ReplyDelete
  2. Serius sebelum ni ingat dieorang tak reti nyanyi. Pandai berlakon je. Sebab kalau scene nyanyi dalam filem tu dieorang kan jenis miming je kan. Tak sangka

    ReplyDelete
  3. Tak sangka pulak yang pelakon2 Bollywood ada menyanyikan sendiri lagu-lagu dalam filem. Biasanya memang tahu Alka Yagnik dan Lata Mangeshkar aje.Hehe. Rajin ek awak cari info ni. Memang Bollywood fans sungguh ya.

    ReplyDelete
  4. sebab terlalu byk makluman yg diorang ni miming mulut jer, so, tak tau yg diorang boleh nyanyi.
    aida sgt adore suara alka yagnik & lata mangeshkar. omg. sedap yg amat...
    filem hindi yg meletops, mostly lagu2 nyer aida suka dgr dan ada yg aida hafal :)
    yg lama2 la, farhana. yg latest latest ni, tak sgt terpikat di jiwa.

    ReplyDelete
  5. rasanya tak sampai separuh daripada mereka yang dalam senarai ni yang saya kenal. dah lama rasnaya tak ikut bollywood ni. haha. nampak macam nk kena ambil tahu balik pasal dunia bollywood. :) apa2 pun terima kasih share ya

    ReplyDelete
  6. Priyanka can sing?! Seriously? I must go google her now lolx

    ReplyDelete
  7. betul ke ade guna suara sendiri..sellau fikir suara ornag lain tau..hahaa..pergh hebatla kalau guna suara sendiri..banyak info yang kita tak tau ni

    ReplyDelete
  8. betul ker semua pelakon bollywood ni pandai menyanyi bukan selalu mereka hanya menari dan memek mulut jer tapi yang nyanyi orang lain hehehehe mungkin sekarang dah kena nyanyi sendiri kot dalam filem sebab penyanyi asal dah meninggalkan tiada yang suara sedap lagi hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Ingatkan pelakon ni kurang pandai nyanyi. Macam srk nyanyi..bukannya sedap..hehehe. Sis paling suka kalau Lata Mangeskar nyanyi..merdu sungguh suara dia

    ReplyDelete
  10. Tak sangka shah rukh khan pandai menyanyi. Ingat selama ni dia miming. Tapi amir khan memang pndai menyanyi suara di sedap giler hehehhehe.

    ReplyDelete
  11. Mat Drat minat juga bollywood ni, tapi lebih kepada movie la... Lagu pun layan jugak kalau sedap tapi selama ni tak pernah ambik tahu pun pasal penyanyi.Rupanya dia orang pelakon ni ramai juga yg boleh nyanyi rupanya

    ReplyDelete
  12. Na tak kenal sangat artis-artis Bollywood ni, rasa macam muka diorang semua sama je haha. Suara pun sama, takleh nak bezakan. Tengok Alia tu macam comel pulak :p

    ReplyDelete
  13. Ramai jugak artis bollywood yg pandai menyanyi ye. Tapi emi tak biasa sangat tahu pasal artis bollywood ni. Yang dulu2 punya tahu la

    ReplyDelete
  14. Rupanya dorang berbakat juga dalam bidang nyanyian ye.
    Tak sangka pulak..
    Hebat tu..
    Pandai dalam lakonan..
    Ada bakat dalam nyanyian..
    Memang bonus la..

    ReplyDelete
  15. saya tak sangka ya mereka semua dalam list ni boleh menyanyi. dulu ingat semua tu suara orang lain.

    ReplyDelete
  16. tu diaa aihhh ....ada beberapa yg tahu memang boleh menyanyi dan ada yg memang tak tahu langsung .....pasni nak tengok balik srk nyanyi

    ReplyDelete
  17. Ramai Bollywood stars yang boleh sing and act also, my favourite are Priyanka Chopra and Bebo. They are really beautiful and talented.

    ReplyDelete
  18. Hi rasanya tak sampai separuh daripada mereka yang dalam senarai ni yang saya kenal. dah lama rasnaya tak ikut bollywood ni. haha. nampak macam nk kena ambil tahu balik pasal dunia bollywood. :) apa2 pun terima kasih share ya
    promise day wishes
    hug day quotes

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.