Movie Review : Judgementall Hai Kya

Tuesday 30 July 2019



Director : Prakash Kovelamudi
Writer : Kanika Dhillon
Cast : Rajkummar Rao, Kangana Ranaut, Amyra Dastur, Amrita Puri, Lalit Behl, Jimmy Shergill,
Production Company : Balaji Motion Pictures, Karma Media and Entertainment, ALT Entertainment
Distributor : Pen Marudhar Entertainment
Genre : Drama/Mystery
Running Time : 116 minutes
Release Date : 26 July 2019
Trailer :



Since the trailer was so damn great, lagu pun best, tengok critics ramai yang puji best, I tak mampu nak tunggu lagi 2 bulan so menapak la ke cinema walaupun harga tiket agak mahal sebab showtimes tak banyak.

The movie starts with childhood life Bobby (Kangana Ranaut) bila dia stuck dengan pergaduhan parents dia siang malam. But things get ugly bila Bobby tertolak ayah dia jatuh dari balkoni and at the same time mak dia terjatuh jugak sebab ayah dia tengah pegang tangan mak dia. Both of them died.


Since then Bobby memang jadi regular patient dekat hospital sakit jiwa dan bekerja sebagai dubbing artist untuk movie Telugu yang masuk ke market Bollywood dengan bantuan agen Varun.


Reema (Amyra Dastur) terpaksa menyewa di rumah Bobby buat sementara waktu bila rumah lama dia tengah renovate. Bobby yang dapat job untuk dubbing movie seram thriller terbawa-bawa dengan karakter dalam movie bila dia nampak husband Reema, Keshav (Rajkumar Rao) agak mencurigakan dan ada niat untuk bunuh Reema.


Makin kuat sangkaan Bobby bila dia sendiri nampak Keshav sengaja bawa Reema ke tengah jalan supaya dilanggar kereta. Sudahnya Reema hilang percaya dengan Bobby nak pula bila dia tahu Bobby sakit mental. Datuk Bobby (Lalit Behl) nasihatkan supaya makan ubat sebab taknak Reema dan Keshav terganggu.


Balik dari rumah datuk dia, Bobby nampak bilik Reema dan Keshav terbakar dan Reema mati disebabkan melecur teruk. Bobby buat police report dakwa Keshav sebenarnya pembunuh tapi sudahnya Bobby yang dimasukkan ke dalam wad sakit jiwa bila dia tanpa sengaja cederakan Keshav sebab dia berhalusinasi.

Lepas 2 tahun jalani rawatan, Bobby dihantar ke London untuk tinggal dengan sepupu dia, Megha (Amrita Puri) tapi tak sangka suami Megha adalah Keshav. Dalam dia cuba bongkar siapa sebenarnya Keshav, dia terpaksa lawan sakit mental supaya tak dihantar balik ke rumah sakit jiwa.


First half movie ni memang kelakar especially scene Bobby dengan Keshav dalam satu screen. Masuk second half watak Keshav agak dull sebab director lebih fokus dengan watak Bobby sampai ada scene yang agak drag. Lagi kecewa bila ending dia nampak rush dan watak Keshav habis macam tu je.


Second half agak disappointed lah sebab tak ada intense moment macam dalam first half sampai Bobby stress. Tak faham jugak kenapa Megha beria nak defend Bobby padahal dia yang menyampah dengan Bobby sebab majlis kahwin dia tak menjadi sebelum dia jumpa Keshav. Watak Shridhar (Jimmy Shergill) pun agak dull sebab tak diolah dengan baik. Such a waste.


Visual movie ni agak cantik tambah dengan transition dan camera tricks yang unik especially scene Bobby sebab dia berhalusinasi dengan watak –watak imaginasi lain. Bab soundtrack quite average lah sebab The Wakhra Song je yang best itupun untuk promote movie JHK ni.


Sebelum movie ni release, sepatutnya the movie goes with Mental Hai Kya title tapi disebabkan rivalry Kangana-Deepika, kononnya movie ni tak sensitive dengan pesakit mental terpaksa la tukar kepada Judgementall Hai Kya padahal jalan cerita movie ni ceritakan tentang kehidupan pesakit mental which brought justice actually supaya lebih banyak kesedaran kepada masyarakat yang pesakit mental pun boleh hidup macam biasa and there is tiny line between mental disorder and psychopath.


Overall I have fun with this movie and Raj being so charming dalam movie ni damnnn! Kangana macam biasa lah menghiburkan dengan talent dia, Raj pun sama. I just wish Raj dapat screentime lebih untuk nampak licik and playful. Mungkin lagi menarik kalau audience dengan Bobby je tahu siapa Keshav dan buang part Rama-Sita 2.0 crap. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.