Movie Review : Phir Milenge

Thursday 11 July 2019



Director : Revathi
Writer : Atul Sabharwal
Cast : Shilpa Shetty, Abhishek Bachchan, Kamalinee Mukherjee, Salman Khan, Revathi
Production Company : Percept Picture Company
Distributor : Percept Picture Company
Genre : Romance/Drama
Running Time : 125 minutes
Release Date : 27 August 2004
Trailer :


Dah lama cari movie ni sebab tersenarai dalam kategori Underrated Bollywood Movies Ever. Ada juga yang kata antara performance terbaik Salman Khan. Boleh kata movie ni antara yang wajib tengok untuk peminat Bollywood movies.


Tamanna/Tammy (Shilpa Shetty) bekerja sebagai Head Creative di sebuah syarikat marketing, TJ Company. Tammy ni memang dah lama bekerja dengan Subu sampai lah company ni menang Best Company Award disebabkan bakat Tammy. Impian Tammy untuk career dia, nak muka dia terpampang dalam majalah Business Today.


Satu hari dia dapat panggilan dari Niharkita ajak dia join majlis birthday lecturer dekat Art College. Asalnya Tammy taknak pergi tapi bila dia tahu crush dia, Rohit (Salman Khan) datang dari US lepas 10 tahun, dia terus apply cuti walaupun ada business deal penting dengan BSA.


2 hari dekat sana, reunion dengan kawan kolej, berjumpa dan bercinta dengan Rohit memang weekend yang paling bahagia untuk Tammy. Dia balik siapkan presentation then dapat call adik dia accident.  Since adik dia, Tanya (Kamalinee Mukherjee) hilang banyak darah, Tammy offer diri untuk derma darah sebab blood group diorang sama.


2 hari kemudian, Dr. Raisingh (Revathi) call minta datang ke hospital sebab ada hal penting dia nak bagitahu. Tammy minta colleague dia, Prashant untuk ganti untuk meeting BSA and dia rush ke hospital. Turns out doktor bagitahu dia ada HIV positif.

Bila Subu dapat tahu hal ni, Tammy diberhentikan kerja serta-merta atas alasan kecuaian dan incompetency. Tammy tahu dia dibuang disebabkan HIV so dia cari lawyer untuk bantu dia lawan kes ni. That’s when she met Tarun Anand (Abhishek Bachchan).


Movie Phir Milenge ni dibuat khas untuk beri kesedaran tentang HIV dan mitos negative tentang pesakit HIV macam physical touch dengan pesakit HIV, beza HIV dan AIDS, tempoh masa pesakit HIV bertahan dan banyak lagi. 


Cuma satu benda je tak clear lagi bila director tak bagitahu macam mana Rohit dapat HIV even ada hint tapi belum tentu tentang Rohit dan kalau betul tu hint dia, kenapa Tammy masih sayang Rohit?

There’s nothing much this movie can offer since the dialogue quite cliché dan lakonan masing-masing pun biasa je. Keunikan movie ni sebab berani sentuh isu taboo di kalangan masyarakat setempat. Visual quite average and soundtrack pun tak berapa meninggalkan kesan kepada jalan cerita ataupun ada entertainment vibe.


Was it underrated movie? Yes. Was it Salman’s best performance? No. Movie ni memang sepenuhnya milik Shilpa Shetty. Dari lakonan dia, body language bila dia express kesakitan dan sedih bila dia dapat tahu dia ada HIV. 


Boleh je nak layan untuk tambah ilmu perundangan sebab second half banyak ketengahkan discussion antara Tammy dan lawyer dia untuk tackle kes ni.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8/10

4 comments

  1. agak complicated jugak cerita ni.. tp real life ada friend akk yg dalam situasi ni.. dia drop darah giler2. then transfer darah kat body dia. few month dapt tahu darah yg transfer to hiv.. jeng.. jeng.. long story la..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.