Malaysia Coffee Fest 2019, One Utama

Tuesday 30 July 2019


Ahad lepas jalan-jalan dekat OU sebab nak lepak dekat Seoul Garden, kebetulan termenapak dekat Malaysia Coffee Fest ni sebab terbau kopi free kuat sangat. Dari jauh lagi dah bau wangi. 


Dekat booth pertama tu tak perasan lagi ada coffee festival ni sebab booth tu agak jauh dari tapak main event. Lepas bergerak ke depan sikit baru jumpa main entrance yang sesak gila dengan orang. Memang meriah la sebab booth Aristo tengah kejar customer. 


Festival ni berlangsung dari 25 Julai sampai 28 Julai tapi dalam FB masa check event near me tu tak ada pulak keluar pasal festival ni.




Macam biasa lah dekat coffee festival ni ada pelbagai jenis produk kopi dari dalam Malaysia ataupun import dari luar negara tapi kopi dari Ipoh yang I beli haritu tak ada pulak buka booth dekat sini. Kalau tak, boleh memborong lagi sebab sedap hihi





Selain dari kopi, coffee machine pun banyak dijual either untuk kegunaan cafe/restoran ataupun untuk kegunaan di rumah dan office. Harga yang kebanyakan booth offer memang murah la dari harga dekat luar. Untung la siapa yang memang tengah mencari coffee machine. 








Untuk product Nescafe, diorang promote produk kopi premium dari Arab dan juga machine coffee yang agak simple dan mudah la untuk diguna di rumah ataupun pejabat. Machine ni self-washable, just tekan je button dekat bahagian atas untuk bersihkan lepas dah habis guna. 


Pengunjung yang beli produk Nescafe sebanyak RM50 in single purchase boleh la dapat flask free warna coklat dekat sebelah machine tu. Tapi untuk tarikh sepanjang festival tu je lah, dekat luar memang tak dapat dah. 


Banyak jugak brand dekat festival ni, mostly memang tak kenal lah jenama ni semua. Mungkin sebab tak familiar kot since I bukan peminat kopi tegar. Kenal pun Nescafe, Wonda dengan Old Town Coffee je. 

Ada juga product dari buah-buahan dijual dekat sini selain kopi dan teh. Tak try rasa sebab terlampau ramai yang beratur untuk tester. 








Booth Starbucks pun ada dekat festival ni tapi tak berapa menarik sangat lah. Diorang just join untuk promote exclusive items macam tumbler, mug and jug. Design agak cantik lah, tertarik dengan mug tapi belum gaji kan, mampu pandang je lah. 


Kitorang tertarik dengan Aristo sebab coffee machine dia tak ada contract pun. Dia bagi tempoh masa sebulan untuk try produk kopi dia then kalau tak suka boleh je stop menyewa. Deposit RM100 pun refundable kalau nak stop produk Aristo ni. 


Dekat booth Aristo ni bukan setakat kopi je boleh try, product teh dengan coklat pun ada untuk customer try sedap ataupun tak. 


Everytime Aristo dapat customer diorang akan chant and tepuk tangan tanda terima kasih sebab beli kopi dengan Aristo, sebab tu meriah. 



Based on apa yang dirasa haritu memang sedap lah tapi tak tahu lah bila balik rumah nanti rasa macam mana. Kita tunggu dulu machine Aristo sampai rumah nanti. Dah rasa macam mana, kita sembang dekat next entry. 

2 comments

  1. wah seronok dapat minum kopi =)

    ReplyDelete
  2. wah.. kopi.. best sangat nie.. boleh rasa macam-macam..
    Nanti Farhana explain ye pasal machine Aristo tu.. Kak Sha nak try tapi sebab tak jumpa explaination pasal machine dan penyewaannya, terus simpan je niat tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.