Movie Review | Kalank (2019)

Thursday 4 July 2019


Director : Abhishek Varman
Writer : Hussain Dalal
Cast : Alia Bhatt, Varun Dhawan, Aditya Roy Kapur, Madhuri Dixit, Sonakshi Sinha, Sanjay Dutt
Production Company : Fox Star Studios, Dharma Productions, Nadiadwala Grandson Entertainment
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Drama/Romance
Running Time : 166 minutes
Release Date : 17 April 2019
Trailer :


Bertemakan tahun di mana Ghandi dan Jinnah ambil keputusan untuk pisahkan India-Pakistan, cinta terhalang antara Muslim dan Hindu but to be specific, cinta isteri orang dengan anak luar nikah.


Zafar (Varun Dhawan), tukang besi di Hira Mandi, Husnabad, Lahore merupakan anak luar nikah kepada ketua pelacur, Bahaar Begum (Madhuri Dixit) dan Balraj Choudary (Sanjay Dutt) tapi disebabkan ego, Balraj tinggalkan Bahaar Begum walaupun isteri dia terima kesilapan dia dan nak terima Zafar masuk dalam keluarga.


Disebabkan dendam hidup dihina dan terbuang, Zafar gunakan Roop (Alia Bhatt), isteri kedua Dev (Aditya Roy Kapoor) untuk jatuhkan Balraj walaupun dia tahu Roop ikhlas cintakan dia. Zafar hasut Abdul Khan (Kunal Khemmu) supaya semarakkan api kebencian antara Hindu dan Muslim.


Dev , ketua editor di Daily Times bertegas dengan keputusan dia untuk benarkan kilang besi dibina di Husnabad tapi niat dia disalah anggap oleh Abdul Khan. Tukang besi yang kebanyakannya Muslim takut hilang kerja bila kilang besi mula beroperasi dan enggan jadi hamba kepada orang putih. Dalam masa yang sama, Dev fokus jaga isteri dia, Satya (Sonakshi Sinha) yang sakit kanser.  


Jalan cerita Kalank yang diinspirasikan wataknya dari novel What The Body Remembers karya Shauna Singh pada tahun 1999 agak lemah untuk dijadikan sebuah cinta saga. Projek Kalank ni dah lama even sebelum Yash Johar meninggal tapi jalan cerita mungkin tak berubah ataupun improvise dari perspektif Karan Johar ataupun Abhishek Varman.


First half dah nampak ada permainan politik antara Abdul Khan tapi tak nampak penglibatan Zafar dalam menghasut atau semarakkan api kebencian kepada Hindu. Masa dia banyak dihabiskan dengan membuat pedang, tidur dengan pelacur, menari, bullfighting dan bercinta dengan Roop.

Tertanya juga apa budi Satya kepada keluarga Roop sampai Roop sanggup kahwin dengan Dev untuk pastikan keturunan Choudary ada waris. Bila Satya bagi pilihan untuk tinggal setahun sebelum decide untuk kahwin, Roop paksa untuk kahwin. 


Bila dah kahwin Roop cuba untuk bunuh diri sebab taknak hidp dalam sangkar. Watak Roop digambarkan sebagai watak yang bijak dan degil tapi lebih kepada mempamerkan kebodohan sebab jalan cerita ni terbentuk dari kesilapan pilihan Roop. Sama macam Zafar. Dalam trailer nampak satu kesilapan, bila tengok full movie, bersepah sampai hilang rasa kesian. 

Chemistry Varun dengan Alia memang tak dinafikan tapi kelemahan karakter watak tu buat hilang rasa nak tengok cinta diorang bertahan tak macam dalam Badrinath Ki Dulhania ataupun Humpty Sharma Ki Dulhania.


I wish director bagi screentime lebih untuk Satya dengan Dev. Tak perlu banyak dialog pun untuk hidupkan watak diorang berdua, cukup dengan body language. Scene bertukar fail dengan ubat, scene Dev tengok Satya, scene Dev pandang Satya masa terpaksa kahwin dengan Roop. Kalau tengok Satya teringat watak Pakhi dalam Lootera & watak Aditya dalam Aashiqui 2 ataupun Fitoor.




Genre movie ni melankolik drama tapi kisah cinta masing-masing tak mampu nak tinggalkan impak besar pun lepas hampir 3 jam. Bukan sebab lakonan sebab masing-masing pelakon A-list yang memang ada bakat tapi disebabkan garapan watak dan jalan cerita Kalank tu sendiri.

Walaupun jalan cerita macam tak kuat sangat tapi visual dia terbaik bila costume, set, decorations, sinematografi, kemeriahan warna nampak cantik sangat. 







Except VFX especially scene bullfighting. Kalau dah tahu VFX lemah, patutnya tak perlu close up shot dan fokus terlampau lama pun untuk scene tu. Sama dengan scene hujung movie bila hasil editing nampak tak kemas macam di awal movie.


Apart than that, music score gandingan Pritam dan Amitabh Bhattacharya agak bagus bila kebanyakan lagu dapat sambutan antaranya Ghar More Pardesiya, First Class, Tabaah Ho Gaye & Kalank title track. Choreography pun cantik especially bila ada Madhuri.


Dari awal movie sampai habis suka sangat dengan dialog dari setiap watak, nampak puitis tapi ada beberapa scene yang macam tak perlu ada dialog tu pun tak apa sebab tak kena dengan situasi.

'Is this why you raised me with an education? So that you could sell me at a fair price one day?'

‘When someone else’s destruction seems like our victory.. then we are the greatest failures in the world’

The colour of love and hatred both are red..but the difference is that in hatred the world get destroyed. In love you have to destroy yourself but still love is the one that gets defamed’

Movie Kalank mungkin boleh jadi lebih baik kalau jalan cerita dia bagus but what’s done is done so jadi pengajaran je lah untuk Dharma.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

18 comments

  1. lagu dia best.. Layan lagu jelah..
    Kurang minat cerita yang ada isteri curang nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Macam tau2 je sedang mencari kerja ncari movie Hindustan. Haha terima kasih reviews cerita ni. Saya suka betul cerita genre macam ni. Lebih2 lagi cerita dua negara dan religion lain2. Kena pulak dengan pakaian yang tradisional. Tq tau. Nak cari

    ReplyDelete
  3. Kalau filem Hindustan memang Qiss suka sangat. Best je time lagu dia. Lepas tu dorang punya penari ramai. Kadang untuk lagu memang warna warni sangat. Biasalah kalau cinta dua negara macam ni. Ada je terhalang. Boleh la tengok untuk isi masa lapang kan

    ReplyDelete
  4. tengok trailer pun best giler terutama lagu ost tu. wow menarik ni.. suka baca bloh farhana banyak story pasal cerita hindustan terutamanya. ni kalu ada premier movie hindustan jangan lupa invite BBL join sekali ye

    ReplyDelete
  5. Wow jalan cerita macam best, hero and heroin pun hensem and cantik, hihi nanti nak tengok jugak

    ReplyDelete
  6. Menarik pulak jalan cerita ni walaupun nampak kompleks. Dulu melayan jugak hindustan ni. Sejak dua menjak ni dah kurang sebab kekangan masa. Pasni boleh cari cerita ni. Nak layan movie heheh

    ReplyDelete
  7. Cerita macam ni kita memang suka tengok sebab pelakon hensem dan cantik hehehe tapi pelakon baru kita tak kenal sangat dan memang susah nak agak adakah mereke seperti mana pelakon lama...

    ReplyDelete
  8. dah lama sebenarnya tak tengok cerita hindustan terbaru. sebab jarang ada masa. macam menarik filem ni. satu lagi suka baca review movie yang macam ni, sangat jelas dan berkualiti. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  9. Macam menarik pulak cerita ni. Tapi dia tambah menarik bila tengok pelakon dia cantik cantik dan handsome handsome hahahahaha

    ReplyDelete
  10. Ermm..macam kurang menarik sikit jalan cerita dia. Mungkin akan tunggu dia tayang di tv je kot ahaks

    ReplyDelete
  11. Serius tak pernah dengar cerita ni. Iza mmg tak follow sangat cerita hindustan macam ni. Especially filem. Kalau setakat tengok dekat tv tu pernah la. Tapi kalau tgk dekat panggung wayang mmg tak pernah. Bila baca jalan cerita dia nmpak mcam menarik pulak. Iza kalau tengok cerita hindustan kat tv tu tak prefer sangat yang banyak bab cinta. Maybe boleh layan kot cerita ni.

    ReplyDelete
  12. yes, jalan cerita dia xberapa strong tp cinematography dia sangat terbaik. Cantik dan sharp. Nanti nak tengok full movie. Hari tu sempat tengok trailer je

    ReplyDelete
  13. Me like your rates. 🥰

    I tgok gambar2 dah lawa then tgok bull itu pun agak keciwa. And do i want to watch this based on your review? Ues but not so soon tggu rasa nak tgok bolly.

    ReplyDelete
  14. Best je tengok entri ni. Tengok gambar yang gerak gerak tu, terus rasa teruja nak tengok movie ni. Dah lama tak tengok Hollywood, macam best je citer ni. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  15. Wow a very nice review of the hindi film. The fact that you have used so much GIF makes the whole review more enjoyable. Thanks for sharing this. Will check it out. :)

    ReplyDelete
  16. dulu-dulu selalu tengok Hindi walaupun 2, 3 jam dan 1 jam tu bergolek-golek dipadang nan hijau untuk menari haha ^^ beberapa tahun ni saya tak tengok Hindi Movie da

    ReplyDelete
  17. Wah lama tak tengok movie macam ni. Kena masuk dalam wishlist ni movie Kalank. Suka sangat tengok outfit dia n pemandangan cantik kat movie ni.

    ReplyDelete
  18. Dah lama x tengok cite hindustan yang best2 ni. Bolelah sis tgok cite ni, tgok best ke idok..kalau tertido stgh jalan..makna tak best le tu..hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.