Thursday, 25 July 2019

Restoran Nasi Kandar south Indian Kerala, Subang Bestari


Dekat area Subang Bestari ni jarang nak jumpa kedai makanan India kecuali mamak lah tapi mamak pun kebanyakannya Bangla bukannya hidang Indian cuisine pun. 

Semalam burung berak berjemaah so nak taknak kena bergegas juga cuci kereta sebelum berkerak dekat kereta. Sebelah kedai carwash tu ada restoran Indian cuisine dari Kerala baru buka. 


Bezanya dekat sini semua staff dan tukang masa dari Kerala so resipi tu original dari sana lah. For sure spices dan curry dia power kan. My expectation average je sebab kedai dia macam sunyi tak ada orang sangat. 



Plus bila tengok menu macam biasa je so I just order je la ikut tekak sebab dah lapar sangat. I order Keema Dosa dengan Teh Ais biasa je. My sister choose Nasi Goreng Ayam Nenas dengan Sirap Bandung Chocolate. 


Masa Keema Dosa ni sampai macam nak marah jugak sebab bagi satu je since dalam gambar ada dua. Tengah lapar kan semua benda rasa nak maghoh je. Dah la nampak macam nipis, I syak tak kenyang ni. 

Tapi bila selak belah dalam fuhhh isi dia penuh kot. Bila makan rasa ayam dia memang kaya dengan rempah. Cicah pulak dengan kuah kari dia yang pekat kemain tu. Happy terus jadinya. Memang patut lah dia bagi satu keping je sebab satu pun dah boleh kenyang dengan bahagia. 


Teh dia kata dia guna susu segar so teh ais dia tak lah semanis teh dekat luar, just nice lah rasa dia. Lepasni kalau datang nak order chai masala dia pulak. Mesti umpph sebab dia kata semua drinks yang ada susu memang dia guna fresh milk je.


Nasi goreng ni agak lama lah tunggu mungkin sebab dia nak korek nenas tu kot hshshshs okay just kidding. Entah kenapa lama tapi not bad lah, kaya dengan bahan cuma tak pedas sangat. 


Sirap Bandung Chocolate ni a big no actually sebab rasa dia macam tak boleh masuk je. Since dia guna susu segar, lagi la tak berapa nak menjadi bandung tu. Rasa chocolate je yang strong. Dia siap letak cincau sekali. Katanya ni favorite drinks diorang. Orang Kerala je la kot, tekak Melayu tak berapa nak masuk. 


Restoran dia tak besar mana pun tapi bersih dan kemas lah. Lepak makan dekat sini best la untuk kaki nustan macam I sebab dia pasang lagu Hindi yang latest.


Choice lauk untuk nasi kandar dia pun banyak, next time I datang I try pulak nasi kandar. Dekat sini ada naan tandoori sekali, dia suruh try, I cakap next time lah. Penat lah semua benda nak makan dalam satu malam. 


Makanan dekat sini semua halal, staff dia pun baik boleh dibawak menyembang cuma kena sembang dalam Hindi lah hahaha kidding, speak in English la sebab diorang baru sebulan datang Malaysia. 

For me puas hati la makan dekat sini sebab sedap dan original dari Kerala walaupun menu Indian dia tak banyak sangat. Next time mesti datang menyinggah lagi. 

7 comments:

  1. Baca entri nih jam 12 tengah malam, terliur la tengok Keema Dosa tuhh.. kemas je susunan dalam kedai tuh hek.

    ReplyDelete
  2. First time dengar Kerala cuisine..bole cuba ni kalo ke area sana

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap makanannya. Susun atur kedai pun nampak kemas je.

    ReplyDelete
  4. Nasi Goreng pun ada my fav food tu

    ReplyDelete
  5. adehhh dah mlm ni... sy jd lapar blk😬😬

    ReplyDelete
  6. halah.. halah.. tertengok gambar makanan pula.. nampak menarik pilihan menu yang Farhana pilih tu.. terutama sekali Dosa tu.. cam best je..

    ReplyDelete
  7. macam sunyi jerr kedai dia ni .. tapi foods temptingnyaa

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.