Movie Review : The Hundred-Foot Journey

Wednesday 3 July 2019



Director : Lasse Hallström
Writer : Steven Knight
Cast : Helen Mirren, Om Puri, Manish Dayal, Charlotte Le Bon
Production Company : DreamWorks Pictures, Reliance Entertainment, Participant Media, Image Nation, Amblin Entertainment, Harpo Films
Distributor : Walt Disney Studios Motion Pictures
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 122 minutes
Release Date : August 4, 2014 (Ziegfeld Theatre), August 8, 2014 (United States)
Trailer :



Movie adaptasi dari novel dan menggunakan tajuk yang sama dengan novel  The Hundred-Foot Journey karya Richard C. Morais mengisahkan tentang family Kadam buka restoran makanan India, Maison Mumbai di negara Perancis lepas diserang oleh protesters  di India hingga menyebabkan Akhiya/Mama Kadam (Juhi Chawla) mati dalam kebakaran.


Lepas tragedi tu, satu family berpindah ke Europe untuk cari perlindungan. Dalam perjalanan, van diorang rosak dan terjumpa kawasan yang sesuai untuk tinggal dan wujudkan restoran sendiri. 

Dalam jarak 100meter berhadapan dengan restoran diorang ada restoran mewah Le Saule Pleureur yang dikawalselia oleh Madame Mallory (Helen Mirren) yang cuba untuk dapatkan Michelin Stars kedua. Di Perancis semua chef memang berlumba nak dapatkan Michelin Stars.



Awalnya semua anak Papa Kadam(Om Puri) tak suka dengan keputusan dia untuk wujudkan restoran di depan restoran Le Saule Pleureur sebab saingan sengit. Ada banyak lagi tempat lain yang lebih sesuai tapi Papa Kadam tetap berkeras dengan keputusan dia sebab dia yakin anak dia, Hassan (Manish Dayal)  mampu masak setanding restoran hadapan.


Dalam adik-beradik dia, Hassan yang paling pandai memasak sebab dia selalu ikut mak dia ke pasar dan cari bahan mentah. Semua ilmu masakan diturunkan kepada dia sebab deria dia lebih sensitif dan peka.
‘Savour the souls that are inside each ingredient’
‘Meal and smells are memories’


Lepas beberapa siri pergaduhan antara Papa Kadam dengan Madame Mallory, mereka berdua berbaik dan Hassan cuba belajar dengan Madame masakan Perancis. Disebabkan bakat Hassan dan rahsia rempah Mama Kadam, restoran tu berjaya dapat Michelin Stars kedua.


Jalan cerita movie ni biasa tapi kelakar sebab perang strategy antara restoran India dengan Perancis. Yang jadi mangsanya audience lah sebab terliur tengok masakan sedap dalam movie ni bukan setakat masakan India je tapi masakan Perancis jugak. Tak pernah lagi tengok Charlotte Le Bon yang berlakon sebagai Marguerite, chef pakar dalam penghasilan sos. Dah la cantik, chemistry dia dengan Hassan pun cantik.


Visual movie ni pun cantik since it was produced under Disney, be it their lighting, location or colour tone. Semua berjaya hasilkan pengalaman sinematografi yang cantik. Close up shot untuk tonjolkan chef skills pun buat movie ni nampak hidup. 




Cuma sayangnya lagu Hindi dalam movie ni bukan lagu famous dekat Bollywood sana. But still A.R.Rahman did a great job for this movie dalam menghidupkan suasana India.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 9/10

5 comments

  1. oo..boleh cari ni nanti..macam best je

    ReplyDelete
  2. Alamak filemnya pasal makanan. Sambil tengok mesti asyik lapar je haha..

    ReplyDelete
  3. Ni cerita lama kan, kak pip ada tengok cerita ni ... tak rugi tengok ...

    ReplyDelete
  4. wow.. nampak menarik.. makin bertambah list movie untuk ditonton nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.