Cannes 2019 Fashion File : Huma Qureshi

Wednesday 10 July 2019

Bulan lepas stop sampai Diana Penty padahal ada lagi Bollywood actress yang pergi Cannes. Try nak siapkan minggu ni.

So Huma Qureshi pun ambassador under arak Grey Goose jugak tapi dah tahun ketiga datang Cannes unlike Kangana & Diana.

 

Kalau Huma ni memang tak berapa berkenan sangat dengan style dia bukan sebab dia berisi tapi sebab pilihan dia selalunya tak berapa cantik. Sama juga dengan tahun ni. Ada yang cantik, ada yang mehhh

1. Grey Goose Photoshoot


Outfit hari pertama nampak chic dan bergaya untuk vibe musim panas di Cannes! Huma mengenakan blazer hitam dari koleksi Balmain dengan hiasan butan berwarna emas dipadankan bersama stiletto runcing berwarna emas koleksi Stella McCartney.

Tampak ringkas dengan nude makeup dan gaya rambut diikat longgar dan juntaian rambut di bahagian tepi. 

2. Chopard Party


Huma ni memang terkenal dengan gaya blazer tapi tak semua padanan blazer dengan maxi dress tu nampak cantik. Percubaan yang gagal untuk padanan blazer merah hati dan skirt kosong berona merah hati panjang meleret dari koleksi Nauman Piyarji. 

But excellent work untuk gaya rambut dan makeup yang cantik. Mencuri perhatian ialah sepasang anting-anting berlian yang bersaiz besar dan aksesori tangan berlian dari koleksi David Morris Jewellery.

3. Grey Goose Photoshoot


Mencuba sesuatu yang baru, Huma menghidupkan vibe 70-an dengan dress korset tanpa lengan berwarna putih dengan lapisan tambahan yang jarang dengan hiasan rambu feathers halus di bahagian bawah dari koleksi Angus Kirkby.

Gaya rambut lurus dan lepas bebas, makeup nude, aksesori dari Faberge dan sepasang strap heels dari Sophia Webster melengkapkan gaya elegan Huma.

4. Photoshoot Grey Goose


Going vintage with this oversized dress! Tampil klasik bila Huma menggayakan gaun korset berwarna hitam dari Mae Paris. Walaupun di bahagian bahu ada kain tambahan beropol besar, tak nampak Huma tenggelam pun dalam gown tu. Just nice je. 

Sanggul dan juntaian rambut di bahagian hadapan buat Huma nampak muda dan menyerlah bergaya. 

5. Chopard x Priyanka Chopra & Nick Jonas Party


Huma nampak bergaya dengan halter neck jumpsuit satin hitam bercorak bunga dari koleksi Ralph Lauren dan digayakan bersama selendang satin dengan corak yang sama. 

Huma nampak bergaya dengan natural makeup dan gaya rambut curl dan lepas bebas dipadankan bersama aksesori dari koleksi David Morris Jeweller. 

6. Red Carpet 


Agak mengecewakan dress Huma untuk red carpet tahun ni bila dia pilih untuk menggayakan gaun kelabu rekaan Gaurav Gupta. Kalau corak beropol tu bersaiz kecil and terletak dekat bahagian bawah pinggang mungkin cantik sebab Huma nampak tenggelam dalam ropol. 


Hairstyle sanggul dan sedikit wave di bahagian depan tak membantu sangat sebab muka dia nampak bulat. Earrings bersaiz besar berwarna biru dari koleksi Chopard nampak tak masuk dengan gaun ropol ni. 

7. Grey Goose Event


This one is my fav sebab Huma nampak berseri sangat dalam gabungan sari dan cape putih rekaan Gaurav Gupta. High ponytail, natural makeup, earrings dan cincin dari koleksi Faberge dipadankan dengan heels Sophea Webster tapi tenggelam dalam sari.

8. Women In Film & Television Event


Untuk event terakhir Huma pilih tema ala chic boho dengan kaftan oversized brwarna krim cair dengan corak boho dan jalur halus di bahagian bawah. Dipadankan dengan top bercorak dan seluar kosong berwarna hitam.

Dengan hairstyle rambut ponytail diikat tinggi dan makeup natural nampak Huma berseri cantik tapi spoil dekat kasut rekaan Sophia Webster. Kalau strap heels kosong mungkin cantik sebab bahagian bawah kaftan tu dah sarat.

Overall Huma nampak average je untuk Cannes 2019 ni. Baru belek IG dia haritu nampak macam dia dah tukar stylist. Kalau betul, mungkin nampak penampilan yang lebih cantik dan meyakinkan di karpet merah Cannes 2020.

1 comment

  1. Ada yang okay gaya dia dan ada yang kelakar.. Tapi yang sari putih dan cape tu emmang nampak cantik sangat..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.