Saturday, 20 July 2019

Movie Review : Door Lock


Director : Lee Kwon
Writer : Lee Kwon, Park Jung-Hee
Cast : Kong Hyo-Jin, Kim Ye-Won, Kim Sung-Oh, Jo Bok-Rae, Lee Chun-Hee, Lee Ga-Sub, Kim Kwang-Kyu
Production Company : Fiona Films
Distributor : Megabox Plus M
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 102 minutes
Release Date : December 5, 2018
Trailer :


Dua kali dah nampak blogger review movie Door Lock ni so I should give it a try lagipun dah lama tak tengok genre thriller Korea.

Mengisahkan tentang Kyu-min (Kong Hyo-Jin) yang buat aduan polis disebabkan door lock rumah dia rosak tapi disebabkan tiada sebarang tanda pecah masuk ataupun serangan fizikal, polis malas nak ambil serious.


But still Kyu-min dapat rasa ada yang dah pecah masuk rumah dia sebab ada certain barang yang berubah tempat since dia seorang yang sangat teliti orangnya. Awalnya dia tak ambil pusing sebab dia busy dengan kerja tapi bila ada customer lelaki yang mula kacau sampai ikut balik ke rumah, dia jadi makin takut. Nak pula bila setiap pagi bila bangun, badan dia akan rasa lemah sangat.


Kyu-min yang pendiam jadi makin takut bila kawan sekerja dia, Kim Sung-Ho (Lee Chun-Hee) datang ke rumah hantarkan purse padahal dia tak pernah share dengan sesiapa alamat rumah dia. Kyu-min call polis tapi bila polis sampai, kawan sekerja dah mati dibunuh dan Kyu-min ditahan untuk siasatan tapi polis bebaskan sebab tak ada bukti.


Bila Kyu-min balik, dia cuba untuk kemas rumah sebab nak berpindah keluar dari situ tapi dia terjumpa access card rumah di tingkat atas. Dari situ dia team up dengan kawan baik dia, Oh Hyo-Joo (Kim Ye-Won) cari siapa pembunuh sebenar yang ceroboh masuk ke rumah dia.


First half jalan cerita movie ni agak cantik dan saspen sebab director pandai olah cerita tapi bila masuk second half dah nampak longgar sampai jadi serabut dan tak logik. Mungkin ada yang tak perasan disebabkan takut sangat bila jumpa lelaki misteri tu.


For me, watak Kyu-min agak cuai dan annoying bila dia taknak keluar dari bandar tu padahal nyawa dia dalam bahaya. Dia tak dapat protection dari polis padahal polis tahu dia diburu lelaki yang agak agresif dan dia tinggalkan kunci rumah.


Second half penuh dengan kebodohan dua pihak. Lagi kelakar bila Detektif Lee (Kim Sung-Oh) cuba berlagak hero datang ke tempat lelaki misteri tu seorang diri tanpa protection sedangkan dia sedia maklum lelaki ni bukan sebarang manusia. More like to psychopath dan cara dia sorok bukti agak rapi tapi ada masa dia tersilap langkah juga.


Tak tahu kenapa Kyu-min ni obsess sangat dengan rumah dia sampai dia rasa selamat sangat ada dalam rumah walhal rumah dia punca jalan cerita genre thriller ni dikarang.

Dekat Korea memang banyak kes lelaki ganggu sampai ikut perempuan balik rumah dan try untuk pecah masuk. But this one agak mehh la sebab you guys boleh nampak betapa cuainya Kyu-min ni. Betul, bukan salah dia tapi apa guna ambil langkah berjaga kalau tak gunakan sehabis baik?


Lagi satu hal yang geram sangat bila dia tak ambil gambar bukti bila dia ada peluang besar untuk buat macam tu dan tunjuk kepada Detektif Lee bila polis tak percaya cerita dia. Annoying jugak la bila watak Kyu-min ni dilakonkan oleh Kong Hyo-Jin sebab dia suka cari karakter yang pasif. Rasanya dah boleh stop tengok movie atau drama dia dah lepasni. Not sure for you guys but this one definitely a mehhhh for me.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 6/10

3 comments:

  1. Mcm menarik..bole try tengok

    ReplyDelete
  2. Bikin geram tinguk movie yg kasi tunjuk kelemahan sendiri ... mcm kes ni la, part bil gmbar bukti tu, boleh ambil tp knapa ndak ambil..

    ReplyDelete
  3. Some of these locks are easy to use and operate which are highly essential in homes where there are children.Colorado Springs Locksmith

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)