Saturday, 6 July 2019

Lirik Lagu Lima Aksara - Ezad Exist ft Zamani

Dah lama tak dengar single Ezad lepas single Kuasa cinta. Kalini Ezad muncul dengan single terbaru bersama Zamani yang berkonsepkan ketuhanan. Lagu gabungan suara Ezad dan Zamani membawa genre balada dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya. 


Single 'Lima Aksara' merupakan projek kerjasama tiga buah syarikat iaitu EZ Ventures, Broadway NuMusic dan ZIME Production. Rezeki Ezad tahun ni bila dia dapat berduet dengan Zamani sebab dia dah lama simpan impian ni tapi terbantut dek tuntutan kontrak rakaman.


Lagu: Lima Aksara
Penyanyi: Ezad Lazim & Zamani
Komposer: Mulah
Lirik: Fedtri Yahya
Syarikat Rakaman : Broadway NuMusic     

Terhenti lagi dengan air mata
Segala rasa musnah dalam resah
Mencari apa yang tertinggal
Mencari apa yang terkurang

Mungkinkah kesilapan mengejarku tanpa jemu
Malam dan siang pantas bergantian
Aku di sini masih kehampaan

  
Aksara itu mengikatku
Aksara itu mengunciku
Dan terus membawaku mengenali cinta agung
Dialah
Dialah bait yang terindah
Sebuah cinta yang bermakna
Irama kasih yang bernyawa
Irama hati selamanya

Andainya aku hilang jiwa
Dialah nafas menghidupkan
Lima aksara yang menggetar kalbuku

4 comments:

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.