Movie Review : Krasue : Inhuman Kiss

Sunday 14 July 2019


Director : Sittisiri Mongkolsiri
Writer : Chookiat Sakweerakul
Cast : Phantira Pipityakorn, Oabnithi Wiwattanawarang, Sapol Assawamunkong, Makorn Supinacharoen, Makhasiri Thepsittha, Surasak Wongthai
Production Company : Nakid, CJ Major Entertainment, M Pictures, Transformation Films
Distributor : Netflix
Genre : Horror/Romance
Running Time : minutes
Release Date : 14 March 2019 (Thailand)
Trailer :


Based on trailer, movie Krasue ni nampak macam wow gitu tapi sebenarnya tak. Bosan!

Movie bergenre seram romantik ni mengisahkan tentang Sai (Phantira Pipityakorn) yang berubah menjadi Krasue ataupun hantu famous kita penanggal atau balan-balan lepas dia dicium oleh Krasue di rumah usang masa main aci sembunyi dengan kawan-kawan dia. 

  
Sementara Sai seorang nurse di kampung tu, Noi (Oabnithi Wiwattanawarang) pula doktor yang keluar ke Bangkok untuk belajar tapi balik semula dengan sekumpulan pemburu Krasue yang diketuai Tad (Surasak Wongthai). Makanya movie ni berkisar kisah cinta tiga segi antara Noi, Sai dan Jerd (Sapol Assawamunkong) .


Kalau ikutkan cerita orang tua, penanggal ni terhasil dari ilmu hitam yang diamalkan tak kira berapa pun umur dia dan akan makan janin dan uri bayi. Tapi dalam mitos orang Thai sesiapa yang terkena air liur Krasue akan berubah menjadi Krasue. Tak semestinya perempuan je, yang lelaki pun boleh jadi penanggal dengan nama Krahang. 


Persamaan Krasue dengan penanggal kita ialah ilmu hitam juga tapi founder Krasue je amalkan. Yang terkena air liur dan berubah kepada Krasue tu tak payah amalkan. Just live as they wish cumanya dia akan makan binatang dan tak ganggu manusia. 


Krahang dan Krasue ni dulu suami isteri tapi Krasue curang dengan lelaki lain sampai Krahang mengamuk dan buat pemujaan. Untuk bunuh Krasue dia akan hancurkan jantung Krasue. Dalam movie ni boleh je stop transformation Krasue tu bila makan Krasue herbs tapi agak susah nak tanam pokok ni. 


Movie ni tak seram mahupun kelakar macam movie seram Thai yang biasa kita tengok. Slow pace, flat momentum dan loopholes bersepah. 


Kalau first half kita nampak Sai jadi mangsa Krasue tapi dia berubah tak drastik macam Kaew (Makhasiri Thepsittha). Lepas dia period dia akan berubah tapi berbeza dengan Kaew, berubah serta merta lepas minum bekas cawan Sai. 


Tak faham kenapa tok sami (Makorn Supinacharoen) berdiam kalau dia punca utama kampung tu huru-hara sedangkan berdiam diri tu bukan punca penyelesaian masalah. Bertafakur 1000 tahun pun kalau punca masalah tak dibaiki, rosak macam tu la jugak. Hujung cerita baru nak keluar. 


Kalau Krasue tu penanggal tapi Jerd dengan Tad pula bila berubah jadi Krahang which more like kelawar. Vampire Thai mungkin. I think the team dah habiskan banyak bajet dekat VFX Krasue sampai tak cukup bajet nak tempek tisu dekat badan Jerd. Even darah dekat first half yang merah cantik dah bertukar warna pink dekat second half. Second half is crap, lousy and messy.


Have worst experience watching this one padahal trailer nampak bagus. Kecewa terlampau sebab expectation hancur teruk. There is nothing I can applaud for this movie. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.9/10

6 comments

  1. Trailer dia nampak menarik tapi filem sebenar tak sebagus trailer ye Farhana..

    ReplyDelete
  2. Ok Krasue perempuan. Krahang lelaki. 😂😂 conculsion : cerita dia tak best 😂😂

    ReplyDelete
  3. Ingat nak tengok. Lepas baca ni,tak jadi nak tengok. Ahaha

    ReplyDelete
  4. Cikbunga tunggu CD blue Ray keluar🌹🌹

    ReplyDelete
  5. alaa.. tak ok ye cerita dia.. sayangnya sebab jalan cerita dah ok dah

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.