Movie Review | La Tahzan: Cinta, Dosa, Luka... (2025)

Monday, 27 April 2026

 

Pengarah: Hanung Bramantyo
Penulis Skrip: Hanan Novianti, Eliza Sifa
Pelakon: Marshanda, Deva Mahenra, Ariel Tatum, Rachel Mikhayla, Asri Welas, Benidictus Siregar, Rukman Rosadi, Aditya Elmand, Elma Theana, Patricia Gouw
Syarikat Produksi: MD Pictures, Dapur Film, Baraka Pictures
Pengedar: MD Pictures (Indonesia), Antenna Entertainment (Malaysia, Singapura, Brunei), Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 139 minit
Tarikh Tayangan: 14 Ogos 2025  
Trailer:


Hanung Bramantyo bersama MD Pictures membawakan sebuah lagi kisah curang yang viral di TikTok  selepas kejayaan filem Ipar adalah Maut (2024). Filem La Tahzan: Cinta, Dosa, Luka... bermula dengan babak Alina (Marshanda) yang hidup bahagia bersama suaminya, Reza Elvando Wirawan (Deva Mahendran) yang bekerja sebagai ejen hartanah. 

Mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan bernama Rere (Rachel Mikhayla) dan bayi lelaki bernama Malik. Kerana kesibukan Alina yang sering mencari barang klien di luar negara buatkan perhatian dia terhadap anak-anak mula berkurang. Mbak Kar (Asri Welas) sudah sibuk dengan kerja-kerja menjaga rumah dan memasak sementara Kang Karyo (Benidictus Siregar) sebagai pemandu. Jadi Alina dan Reza sepakat untuk mengupah Asih (Ariel Tatum) sebagai pengasuh anak-anak. 


Kehadiran Asih tidak disukai oleh Mbak Kar kerana gaya dia tak seperti pengasuh biasa. Tekaan dia tepat bila Asih cuba untuk menggoda Reza. Belum sempat dia ceritakan pada Alina, Asih terlebih dahulu mencederakan Mbak Kar hingga dia terpaksa berehat di kampung selama 3 bulan. 

Walaupun La Tahzan: Cinta, Dosa, Luka... menggunakan tema perselingkuhan yang sama dengan Ipar Adalah Maut (2024) atau Norma: Antara Mertua dan Menantu (2025), tapi penulis masukkan elemen mistik untuk kuatkan drama alam rumahtangga antara Alina dan Reza. Personally, I rasa better tak payah masukkan elemen mistik sebab watak Asih sendiri dah kuat bila dia boleh jaga anak-anak dengan baik dan sentiasa ada untuk Reza berbanding Alina. Bonus point bila dia cantik. 


Bila penulis Hanan Novianti dan Eliza Sifa masukkan elemen mistik, penceritaan La Tahzan: Cinta, Dosa, Luka... mula longgar kemudian hilang fokus dari konflik dan genre asal. Meleret pula tu babak Alina mencari tangkal yang Asih letak dalam rumah tu. 

Pengarah tak kembangkan beberapa plot dengan sama banyak jadi ada babak yang tak sempat nak beremosi, cerita dah beralih ke tempat lain. Adegan ranjang tak sepatutnya dimasukkan dan tayang berlebihan pun. Ariel Tatum dengan Deva Mahendran dah bawa imej negatif sejak dua-menjak ni padahal bakat lakonan bagus. Sayang lah sebab I suka tengok dua pelakon ni tapi pengarah dan produser terhadkan pada babak macam ni. 


Boleh nampak lah watak Asih tak lah jahat sangat pun cuma dia tersilap langkah. Terdesak nak jadi kaya sampai sanggup jadi penyondol. Silapnya bila kekayaan tu bukan milik Reza tapi milik Alina yang berkerja keras untuk keluarga hidup selesa. 

Pengarah masukkan Asri Welas dan Benidictus Siregar untuk elemen komedi tapi ruang untuk watak mereka tersangatlah terhad. Nak buat kelakar pun tak sempat, tahu-tahu dah habis dah screentime. Tiba-tiba jiran depan rumah pula yang dapat screentime jadi kelakar tapi melebih-lebih pula.

 
Mesej yang dibawakan dari filem La Tahzan: Cinta, Dosa, Luka... adalah sabar dengan ujian yang diberi oleh Allah s.w.t sebab tu team production pilih tajuk La Tahzan. Sayangnya, penceritaan tak kemas dan gagal menghadirkan emosi yang tepat dalam durasi 139 minit tayangannya. 


Mungkin juga sebab idea asal diambil dari filem The Hand That Rocks the Craddle (1992) jadi tak mampu nak kembangkan lebih baik secara kreatif dan menarik sedangkan ada dua sumber rujukan. Hopefully MD Pictures dan Hanung Bramantyo berhenti buat filem berunsurkan curang dan masukkan adegan-adegan panas untuk jual cerita lepas ni dan fokus dengan filem yang lebih menarik penceritaannya lepas kutipan panggung tak seperti yang diharapkan. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 5.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.