‘MALAIKAT MALAM’ CECAH KUTIPAN RM14 JUTA DI PAWAGAM | Terus Raih Sokongan Penonton, Perkukuh Momentum Filem Tempatan
Kuala Lumpur, 14 April 2026 – Filem Malaikat Malam mengukuhkan statusnya sebagai naskhah fenomena tahun 2026 dengan meraih kutipan RM14 juta di seluruh negara sejak mula ditayangkan. Seiring dengan pencapaian tersebut, Malaikat Malam terus merancakkan industri filem tempatan dengan harapan menjadi pembakar semangat untuk karya-karya lain selepas ini.
Menurut Penerbit Syafiq Yusof dari Viper Studios, pencapaian ini merupakan satu penghargaan besar buat seluruh tenaga kerja di belakang tabir yang bertungkus-lumus menjayakan filem ini.
“Kami amat bersyukur dengan sambutan luar biasa yang terus diberikan oleh penonton. Pencapaian kutipan RM14 juta ini bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan kepercayaan dan sokongan padu terhadap karya tempatan. Kami berharap Malaikat Malam akan terus menambat hati penonton, kekal menjadi pilihan di pawagam, dan terus relevan sepanjang tempoh tayangannya,” katanya.
Filem arahan Nazifdin Nasrudin ini diterbitkan oleh Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions, Astro Shaw, dan Primeworks Studios.
Mengangkat elemen cinta, persahabatan dan pengorbanan dalam latar dunia jalanan, Malaikat Malam membawa kisah tentang perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna dan menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.
Malaikat Malam membariskan pelakon Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Que Haidar, Riezman Khuzaimi, Akmal Asyraf.



Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.