Movie Review | Happy Patel: Khatarnak Jasoos (2026)

Sunday, 5 April 2026


Pengarah: Vir Das, Kavi Shastri
Penulis: Vir Das, Amogh Randive
Pelakon: Vir Das, Mithila Palkar, Mona Singh, Sharib Hashmi, Shrushti Tawade
Syarikat Produksi: Aamir Khan Productions
Pengedar: PVR Inox Pictures, Netflix
Genre: Komedi
Durasi Tayangan: 121 minutes
Tarikh Tayangan: 16 Januari 2026
Trailer:

Berlatarkan Panjor, Goa di mana Jimmy Mario (Aamir Khan) diserang oleh dua orang perisik British bernama Sebastian (Simon Feilder) dan Roger Smith (Andrew Sloman). Jimmy meninggal lalu mewariskan perniagaan haramnya kepada anak bongsu sementara dua orang perisik tersebut pulang ke British bersama anak angkat mereka. 

20 tahun kemudian, Happy (Vir Das) dibesarkan dengan baik dan sihat. Walaupun kedua-dua ayahnya adalah perisik tapi Happy tetap gagal dalam semua ujian fizikal. Nak cantumkan M16 pun gagal apatah lagi berlawan dengan orang. Tapi anak mereka hebat dalam bidang kulinari dan tarian balet. 

Mama (Mona Singh) sudah lama menyimpan dendam dengan Sebastian dan Kenneth hingga mengatur rencana untuk bawa Happy pulang ke India untuk dibunuh. Hutang darah perlu dibayar dengan darah walaupun Happy bukan darah daging dua perisik tersebut. 3 bulan menjalani latihan intensif sebagai perisik M17, Happy dihantar ke Panjor dan bekerja dengan Geet (Sharib Hashmi) dan Roxy (Srushti Tawade) yang pakar dengan teknologi IT. 

Belum sehari di sana Happy sudah jatuh cinta dengan Rupa (Mithila Palkar), penari no 1 di Panjor. Walaupun tertarik dengan Rupa, dia tetap tak lupa dengan misi untuk mencari kehilangan saintis wanita bernama Beatrice Faufferbaum (Maya Rachel McManus) yang dipercayai diculik oleh Mama untuk hasilkan krim mencerahkan kulit. 

Naskhah brain-rot comedy yang ditulis dan diarahkan oleh Vir Das mempunyai plot utama yang ringkas dan straight-forward. Memang mudah sangat nak hadirkan banyak elemen komedi dalam perjalanan Happy yang membesar di United Kingdom kemudiannya pulang ke negara asalnya, India. Dah tentu lah salah satu komedi yang muncul adalah kesilapan sebutan dalam bahasa Hindi macam dost (kawan) jadi dast (cirit-birit) ataupun chiriya (burung) jadi chutiya (F****r) dan banyak lagi. 

Masa tengok opening credits nampak ada banyak producers dan pelakon yang muncul rupanya Amir Khan Productions guna footage dari filem-filem Bollywood untuk babak klimaks. Menghiburkan juga lah babak klimaks, pertarungan antara Happy Patel dengan Mama. Dari pertarungan kulinari hingga ke tarian. 

Geleng kepala tengok simbol BC untuk singkatan Best Chef padahal dekat India tu makian tahap tinggi. And yes, filem Happy Patel: Khatarnak Jasoos tak sesuai ditonton dengan keluarga sebab tak kids-friendly langsung. 

Sinematografi dari Himman Dhamija paparkan sisi lain di Goa sebab sebelum ni kalau Goa masuk dalam filem Bollywood, kebanyakannya akan guna kawasan pantai. Kali ni dalam Happy Patel: Khatarnak Jasoos kebanyakan lokasi di kawasan bandar tapi budaya masyarakat Goa yang berasimilasi dengan British tetap terserlah. 

Musik Happy Patel: Khatarnak Jasoos digubah sendiri oleh Vir Das yang menghimpunkan 15 buah lagu dan theme track untuk menguatkan lagi screenplay. My personal favourite – Banda Tere Liye dari Ash King. Lagu Chaanta Tera pula comel dengan pamerkan kekuatan chemistry antara Vir Das dan Mithila. Lagu Alpha Male dari Shalom Benjamin sebagai satira kepada trend Bollywood yang naikkan watak toxic male.  


Kelemahan Happy Patel: Khatarnak Jasoos mungkin pada komedi yang berulang macam watak Tom yang sentiasa muncul. Kalau dia muncul masa watak utama sebut Tom tu kira okay lah, tapi bila tak sebut pun muncul rasa jelak lah juga. Nak sembang pasal babak tak logik tapi macam tak perlu sebab genre pun brain-rot comedy, filem komedi yang tak payah pakai otak pun. Layan sebagai hiburan waktu weekend sebelum masuk kerja. 

Cuma geram lah kenapa Imran Khan muncul sebagai Milind Morea tu sekejap sangat. Patutnya screentime dia panjang lah sikit, tambah je lah babak dia terserempak dengan Happy dekat airport masa landing dekat India. 

Filem Happy Patel: Khatarnak Jasoos boleh jadi naskhah lebih menarik kalau Vir Das tak stuck dengan satira yang berlebihan dan komedi berulang-ulang sebab dia ada barisan kru teknikal dan pelakon yang bagus. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.7 = 7.8/10


Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.