Berlatarkan tahun 1980-an di Allahabad, Uttar Pradesh mengisahkan pemuda bernama Deepak (Rajkummar Rao) yang membesar dalam keluarga petani. Deepak menyanjungi Menteri Shankar Singh (Saurabh Shukla) atau dikenali sebagai Dadda. Dia merasakan Dadda sentiasa berbesar hati dan membantu belia dan membantu bangunkan pekan kecil tersebut.
Satu hari, ayahnya (Rajesh Gupta) diserang oleh Langda kerana tidak mampu membayar wang perlindungan. Deepak jatuhkan Langda dan raih sokongan dari petani di pekan tersebut. Sekaligus, Deepak diangkat sebagai Maalik (Ketua) dan bermulalah pemerintahannya di situ lalu khabar tersebut mencabar kedudukan MLA Balhar Singh (Swanand Kirkire) yang juga merupakan anak murid Dadda.
MLA Balhar Singh kemudiannya diapi-apikan oleh Chandrashekhar (Saurabh Sachdeva) untuk serang keluarga Maalik supaya dia batalkan niat untuk bertanding dalam pilihanraya. Makin dihalang, makin sokongan kepada Maalik menjadi kuat kerana penduduk di situ dah jelak dengan peras ugut dari MLA Balhar Singh.
Sementara Maalik cuba pertahankan kedudukan di bandar tersebut, isterinya, Shalini (Manushi Chillar) pujuk supaya dia serah diri. Makin Maalik cuba lari, makin kerap pihak polis mengawasi pergerakan mereka sekeluarga. Bukan tak mahu serah diri tapi pihak polis pun dah makan rasuah dari MLA Balhar Singh. Maalik cuma tahan diri dari masalah menjadi besar kerana hormat dengan Dadda tapi makin lama, ancaman dari pihak lawan semakin melampau.
Naskhah Maalik yang bertemakan dunia gangster mempunyai jalan cerita yang tak lari dari naskhah lain yang menggunakan tema sama sebagai dasar utama. Pengarah dan penulis, Pulkit paparkan watak Deepak yang tertindas dengan penindasan orang atas.
Kalau personaliti Deepak lebih murni mungkin seronok nak tengok macam mana dia naik ke atas dan buat Dadda atau pihak lawan rasa gerun. Mungkin juga penulis bentuk watak Deepak macam tu untuk paparkan hidup sebagai kasta bawahan macam mana tapi hasil dia jadi lain pula.
Sepanjang filem Maalik berjalan tak ada pun rasa kasihan dengan jalan yang dipilih sebab tak nampak apa beza pembangunan dekat situ sebelum dan selepas Maalik memerintah. Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Macam tu lah hidup penduduk di kawasan tu. Mungkin ada beza tapi penulis tak masukkan pun sebab terlalu fokus dengan perbalahan antara Maalik, Dadda dan MLA Balhar Singh.
Pertarungan masing-masing pun tak ada lah seronok mana sebab dua-dua pihak pun bergaduh guna senapang. Masing-masing pakai ego dan baran je bila memerintah. Masuk second half pun dah boleh agak yang Maalik akan kalah sebab dekat awal filem pun dah tunjuk dia dikepung oleh pihak polis dalam gudang lama. Cuma kita tak diberitahu macam mana dia boleh berakhir ke situ.
Makin lama makin kesian dengan Rajkummar Rao sebab asyik salah pilih skrip walaupun bakat dia besar. Lakonan Raj sebagai Maalik menggerakkan cerita tapi apa sangat lah yang dia boleh buat kalau skrip filem sendiri dah lemah. Digandingkan pula dengan Manushi Chillar yang tak pandai berlakon sangat. Screentime dia pun terhad untuk beraksi sebagai isteri kepada ketua kawasan.
Nasib baik ada lagu romantik Naamumkin untuk dia serlahkan sisi feminin dan anggun sebagai isteri yang setia pada suami. Rasa tertarik nak tengok filem ni sebab music album Maalik best. Huma Qureshi cantik dalam item song Dil Thaam Ke, tapi Manushi biasa je lah dalam lagu Raaj Karega Maalik. Lagu tu pergi jauh pun sebab lirik dan beat dia fun. Dah berapa tahun Manushi dalam industri, I boleh nampak yang dia tak ada screen presence kuat untuk jadi heroin. Maybe dia boleh berlakon dalam web series.
Sinematografi dari Anuj Rakesh Dhawan lebih selesa dalam palette dan grading tone yang kelam. Ada kebanyakan babak tersorok kerana visual tapi ada masanya terlihat cantik untuk mengangkat keindahan babak antara Maalik dan Shalini.
Secara keseluruhannya, Maalik gagal sebagai naskhah gangster dan sebagaimana Maalik dilupakan di kawasan tu, sama lah juga nasib filem ni yang akan dilupakan lepas habis tayangan.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.3 = 5.2/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.