Movie Review | Rahu Ketu (2026)

Sunday, 26 April 2026

 

Pengarah: Vipul Vig  
Penulis Skrip: Vipul Vig     
Pelakon: Pulkit Samrat, Varun Sharma, Shalini Pandey, Chunky Panday   
Syarikat Produksi: Zee Studios, BLive Productions   
Pengedar: Zee Studios
Genre: Komedi 
Durasi Tayangan: 139 minit
Tarikh Tayangan: 16 Januari 2026   
Trailer:


Rahu (Varun Sharma) dan Ketu (Pulkit Samrat) adalah dua watak yang ditulis oleh Churu Lal Sharma (Manu Rishi Chadda) dalam buku ajaib. Buku tersebut dihadiahkan oleh Foofa (Piyush Mishra), orang tua yang sentiasa mengembara dan bercerita tentang kisah hikayat, mitos dan lagenda kepada kanak-kanak. 

Rahu dan Ketu tinggal di sebuah kampung dan tidak disukai oleh penduduk di situ. Setiap kali mereka berdua pergi atau berjumpa dengan orang, pasti ada musibah yang terjadi. Pergi minum di restoran, habis restoran dilanggar lori. Bila berbual dengan orang, enjin motor pun tak boleh hidup. Pergi melawat rumah orang, tuan rumah terduduk sebab rumah boleh roboh. Sampai orang kampung tak tahan dan minta mereka diusir keluar. 


Tapi Rahu dan Ketu bela diri dengan maklumkan orang kampung mereka tak pernah ada niat jahat langsung. Mungkin apa yang berlaku adalah karma individu tersebut. Dan itu lah juga yang sebenarnya terjadi sebab ilham mencipta watak Rahu dan Ketu terhasil dari mitos agama Hindu bila dewa dan asuras bergaduh berebutkan nektar ajaib. 


Pertama kali juga tahu pasal Rahu dan Ketu walaupun ada terlibat dengan dewa-dewi dalam dunia astrologi India. Dah banyak layan filem Bollywood tapi tak pernah pula tahu pasal dua makhluk ni. Rahu dengan Ketu ibarat Yin dan Yang juga lah sebab tu kemana-mana sentiasa berdua. Tugas mereka berdua bukan menghukum tapi lebih kepada bongkarkan dosa manusia dan nasihatkan supaya bertaubat. 


Macam babak Deepak Sharma (Amit Sial) yang dapat amaran beberapa kali dari Rahu dan Ketu untuk bertaubat tapi dia tetap ego sebab dah terbiasa hidup mewah dan terima rasuah. 

Naskhah komedi arahan dan penulisan Vipul Vig ni kalau ikutkan ada konsep yang menarik tapi kebanyakan masanya I tak faham pun komedi yang dimasukkan. Mungkin sebab tak tahu kisah mitos Rahu dan Ketu atau mungkin juga sebab komedi dia memang tak kelakar. 


Sayang lah masukkan Chunky Panday sebagai Mordechai tapi tak ada punchline dan screentime yang banyak untuk dia. Patutnya kurangkan screentime Varun Sharma sebab dia tak kelakar pun dan bagi pada Mordechai. Dia watak antagonis tapi lemah betul, lagi lemah dari Meenu Taxi (Shalini Pandey) yang baru berjinak dalam dunia haram. 

Second half terasa panjang dan lambat bergerak sebab pengarah fokus pada watak Meenu Taxi yang cuba nak ubah jalan cerita Churu Lal Sharma. Watak Bansi (Sumit Gulati) pun tak membantu penceritaan Rahu dan Ketu selain menjadi miang tergilakan Meenu. 


Visual Rahu Ketu menggunakan khidmat AI untuk kemunculan watak Rahu dan Ketu dalam kostum mitos. Babak Rahu berenang dekat sungai tu ketara betul CGI dia tapi tak boleh nak cakap banyak lah sebab terbitan syarikat produksi kecil. Nasib baik Rahu Ketu ni berlatarkan kawasan perkampungan di Himanchal dan Manali jadi banyak lah babak berlatarkan landskap yang cantik dan memukau di kawasan tu. Baru tahu juga ada ladang epal dekat sana. 


Kostum setiap watak pun ikut budaya masyarakat dekat sana yang lebih selesa berpakaian bertutup dan tebal sebab kawasan situ sejuk. Memandangkan tak banyak watak wanita dalam filem Rahu Ketu jadi boleh tengok budaya pemakaian tu pada watak ibu Meenu atau watak tambahan. Watak Meenu pakai seksi walaupun sejuk sebab dipaparkan sebagai watak yang vulgar dalam filem ni. Macam Meenu kata lah, kalau penulis lelaki mesti otak sempit bila gambarkan watak wanita. I suka top dia dalam gambar tu sebab cantik sangat motif corak dia. 



Tak pasti kenapa produser belanja lebih dekat bahagian musik sampai ambil 7 orang komposer tapi tak ada satu lagu pun yang menarik. I mean, vibe dia catchy dan energetic tapi lepas habis filem Rahu Ketu ni, habis lah. Tak ada rasa nak repeat pun. Mungkin kena dengar banyak kali kot baru melekat sebab chorus lagu Madira not bad lah. 

Kali ketiga tengok lakonan Shalini Pandey lepas filem Maharaj (2024), Jayeshbhai Jordaar (2022) dan drama Dabba Cartel (2025). Dalam filem Rahu Ketu ni macam tengok Alia Bhatt berlakon sebab muka seiras tapi Alia Bhatt zaman muda dulu sebab energy sama. Alia yang sekarang dah tone down dan more to feminine vibe. 


Filem Rahu Ketu tak mendapat sambutan di pawagam dan boleh faham juga lah kenapa. Kesian lah siapa yang tengok dekat pawagam masa filem ni keluar. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.