RAHSIA TERSEMBUNYI, CINTA KEDUA BUKA LEMBARAN ASMARA RADEN ZAHARATUL YANG TAK TERDUGA!

Friday, 17 April 2026

Kuala Lumpur, 15 April 2026 – Dalam dunia yang penuh dengan luka lama dan rahsia yang belum terungkai, peluang untuk mencintai kali kedua bukan sekadar harapan tetapi satu risiko yang mampu mengubah segalanya. Cinta Kedua, drama Tonton Eksklusif terbaharu bakal menyentuh hati penonton dengan kisah cinta, pengorbanan dan konflik keluarga yang mendalam bermula 20 April 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah malam, hanya di Tonton.

Dengan sentuhan pengarah oleh Idora serta nukilan skrip daripada Siti Solehah, Ramlah Rashid dan Eja Lorena serta diterajui barisan pelakon hebat seperti Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi dan Syarul Ezani. Cinta Kedua menjanjikan penceritaan yang sarat dengan konflik emosi, dilema moral dan kejutan yang bakal membuat penonton terus terpaku di setiap episod.

Drama ini mengisahkan perjalanan hidup Bella Ammara (Raden Zaharatul) yang dipaksa menghadapi perceraian dengan talak tiga akibat fitnah ibu mertuanya sendiri. Dalam keadaan hati yang remuk, Ammara bangkit membina semula kehidupannya. Namun, suratan menemukan dia dengan Daniel Rizki (Hafidz Roshdi), seorang lelaki yang hampir menjadi cinta sejatinya.

Meskipun begitu, seperti takdir yang sering menguji hubungan mereka tidak kekal lama. Perpisahan selama dua tahun memisahkan mereka, sebelum akhirnya nasib menemukan kembali dua hati yang masih menyimpan rasa yang sama. Cinta yang berputik semula menjadi asas kepada perkahwinan mereka, tetapi Ammara tidak mengetahui satu hakikat yang mampu meruntuhkan segala-galanya, bahawa Rizki sebenarnya adalah sepupu kepada Afiq Adam (Syarul Ezani) dan juga ‘cina buta’ yang diatur untuknya.

Bagi menguatkan lagi emosi drama ini, lagu atau runut bunyi (OST) “Renjana” nyanyian Kechik Hyper Act, melengkapkan setiap babak dengan rasa yang mendalam dan menyentuh jiwa.

Sepanjang 28 episod, penonton akan dibawa menyelami perjalanan seorang wanita yang diuji dengan pengkhianatan, dipertemukan dengan cinta dan akhirnya terperangkap dalam rahsia yang mampu menghancurkan segalanya. Adakah cinta cukup kuat untuk mengatasi kebenaran yang pahit?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Cinta Kedua, bermula 20 April hingga 27 Mei 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah malam, secara eksklusif di Tonton. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram @tontonmy

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.