Pengarah: Vivek Daschaudary
Penulis Skrip: Parveez Shaikh, Akshat Ghildial, Anagh Mukherjee
Pelakon: Rajkummar Rao, Sanya Malhotra, Archana Puran Singh, Upendra Limaye, Farah Khan, Abhishek Banerjee, Jitendra Joshi
Syarikat Produksi: Kampa Films
Pengedar: Netflix
Genre: Komedi
Durasi Tayangan: 126 minit
Tarikh Tayangan: 15 April 2026
Trailer:
Toaster mengisahkan tentang Ramakant (Rajkummar Rao) yang kedekut dan cuba berjimat sehabis mungkin. Dah banyak kali percubaan isterinya, Shilpa (Sanya Malhotra) gagal untuk pujuk Ramakant berpindah dari kompleks yang dipenuhi oleh warga emas.
Selalunya Ramakant akan makan pagi di rumah Mrs. D’Souza (Seema Pahwa), tuan rumah kepada unit yang disewa oleh Ramakant dan Shilpa. Dia cuba untuk ambil hati Mrs D’Souza supaya kurangkan sewa rumah namun anaknya, Glen (Abishek Banerjee) menyampah dengan perangai Ramakant.
Setelah pulang dari kerja, Ramakant dan Shilpa pergi ke kedai barangan elektrik untuk membeli toaster sebagai hadiah perkahwinan anak perempuan Guruji. Malangnya, perkahwinan tersebut dibatalkan dan Ramakant dapat tahu keesokan paginya. Dia segera bergegas ke rumah Guruji untuk meminta kembali toaster yang dihadiahkan. Guruji maklumkan mereka sudah hadiahkan kesemua hadiah kepada rumah anak yatim yang dijaga oleh Nandini (Farah Khan).
Pada waktu malam, Ramakant masuk secara curi-curi untuk mengambil toaster tapi dia tak mahu disyaki oleh orang lain terutamanya Shilpa, maka dia letak toaster buat sementara waktu di rumah Mrs D’Souza. Glen yang terkeliru toaster kepunyaan ibunya, simpan bahan bukti untuk mengugut Menteri Amre (Jitendra Joshi) di situ. Orang upahan Menteri, Inspektor Balagode (Upendra Limaye) beri amaran supaya Glen berhati-hati dengan perbuatan dia dan pertemuan mereka berdua disaksikan oleh Ramakant.
Perjalanan filem Toaster sangat rancak dengan penambahan watak bersama agenda yang dibawa lalu berkait dengan toaster milik Ramakant. Pace penceritaan Toaster arahan Vivek Daschaudary bergerak laju supaya semua watak dan plot dikembangkan dengan baik.
Dekat first half, Ramakant resah mencari toaster mahal supaya dapat pulangkan kembali dan terima refund dari pihak kedai. Masuk second half dia terjerat dan terperangkap dalam sarang cinta Malini Pherwani (Archana Puran Singh) atau nama manjanya, Maal. Kelakar tengok Ramakant melayan Malini yang dia anggap sebagai mak cik tapi tak sangka betul dia selama ni ada admirer dan stalker. No wonder lah dari awal lagi semacam sangat cara Mrs Pherwani pandang Ramakant.
Kedekut punya pasal, tak semena-mena terperangkap dalam jenayah lebih besar. Kalau dia reda dan ikhlaskan toaster tu diguna oleh anak-anak yatim, mungkin hidup dia tak serabut. Mungkin juga tu karma dia lah sebab menyusahkan hidup Nandini dan buat anak-anak yatim dekat situ kempunan nak breakfast dengan roti bakar.
Lakonan Rajkummar Rao sebagai seorang yang kedekut tu kelakar. Tapi kedekut dia tak lah teruk sangat sebab dia sendiri bagitahu yang dia tak seteruk bapa dia. Kehidupan Shilpa pun selesa cuma panas sikit lah bila Ramakant tutup air-cond waktu siang padahal masa tu yang diperlukan. Bila tengok filem Toaster ni teringat Kunal Khemu dalam filem Kanjoos Makhichoos (2023). Yang tu lagi teruk sampai satu keluarga kena hidup macam peminta sedekah sebab Jamuna kedekut sangat.
Screentime dan punchline Rajkummar Rao sebagai haji bakhil menjadi lah ditambah pula dengan watak Malini yang mengerikan. Tak sangka betul Archana Puran Singh boleh jadi seram macam tu. Selalunya bila tengok dia teringat watak Mrs Briganza dalam filem Kuch Kuch Hota Hai (1998). Upendra Limaye menambahkan lagi rencah komedi dalam filem Toaster. Pratik Gandhi tak mengecewakan sebagai Guddu. Berdekah bila dia sembang pasal Guddhu AM dan Guddu PM.
Malangnya, Sanya Malhotra tak ada function sangat sebagai isteri Ramakant. Ingatkan dia akan guna instinct isteri dan info jenayah untuk menjejak Ramakant rupanya tak pun. Sama juga dengan Abhishek Banerjee yang terkenal dengan filem-filem komedi tapi hambar.
Anyway, Patralekha, isteri sebenar Rajkummar Rao ada buat kemunculan istimewa dalam Toaster. Comel betul tengok Raj dengan Patralekha sebab both of them tak berlakon bersama lepas filem CityLights (2014) dan Bose: Dead/Alive (2017).
Sinematografi dari Jishnu Bhattacharjee dan musik dari Aman Pant okayish. Not bad for a one-time watch on Netflix.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.