Movie Review | Omniscient Reader: The Prophecy (2025)

Monday, 13 April 2026


Pengarah: Kim Byung-woo
Penulis Skrip: Kim Byung-woo, Lee Jeong-min
Pelakon: Ahn Hyo-seop, Lee Min-ho, Chae Soo-bin, Shin Seung-ho, Nana, Kwon Eun-seong, Jisoo
Syarikat Produksi: Realies Pictures, Smilegate, MYM Entertainment, The Present Company
Pengedar: Lotte Entertainment
Genre: Aksi / Fantasi
Durasi Tayangan: 117 minit
Tarikh Tayangan: 23 Julai 2025
Trailer:

Pada hari terakhir dia bekerja di Minosoft, Kim Dok-ja (Ahn Hyo-seop) teruja menghabiskan episode terakhir web novel Three Ways to Survive the Apocalypse di mana watak utama bernama Yoo Joong-hyuk (Lee Min-ho) selamat namun keseorangan kerana rakannya dan semua manusia telah pun mati. Kecewa dengan penamat novel tersebut, Kim Dok-ja menghantar ulasannya kepada penulis. 

Satu hari ketika menaiki subway dan terjumpa rakan sekerjanya, Yoo Sang-ah (Chae Soo-bin), Dok-ja menerima kiriman mesej dari penulis mencadangkan agar dia menulis penamatnya sendiri. Tak lama kemudian, pada jam 7.00, keretapi berhenti secara mengejut lalu dokkaebi muncul dan memaklumkan setiap orang di dalam gerabak tersebut perlu membunuh sekurang-kurangnya satu hidupan bernyawa untuk selamat dalam tempoh masa yang diberikan. 

Menyedari situasi tersebut adalah permulaan awal Three Ways to Survive the Apocalypse, Kim Dok-ja meminta agar semua bertenang dan bunuh semut kepunyaan kanak-kanak lelaki bernama Lee Gil-young (Kwon Eun-seong) di dalam gerabak yang sama. Dalamn masa yang sama juga Yoo Joong-hyuk berada di gerabak di hadapannya. 

Secara tak langsung Kim Dok-ja mempunyai kelebihan mengetahui jalan cerita dan kebanyakan situasi dalam ‘permainan’ tersebut namun dia tetap tidak dapat menjangka tindakan Yoo Joong-hyuk. Tindakan Dok-ja juga akan mengubah beberapa situasi dalam dunia tersebut. 

Selain Yoo Joong-hyuk, Dok-ja bertemu dengan Jung Hee-won (Nana), Lee Hyun-sung (Shin Seung-ho) yang merupakan salah seorang pembantu Joong-hyuk dalam novel asal dan juga Lee Ji-hye (Jisoo) yang dingin tapi berkemahiran. 

Sebelum layan filem Omniscient Reader: The Prophecy arahan dan penulisan Kim Byung-woo ni pelik juga kenapa tak hype walhal ada Lee Min-ho dan Jisoo. Rupanya sebab pembaca manhwa marah bila banyak yang diubah dari cerita asal, Omniscient Reader's Viewpoint karya ilustrasi sinNsong. 

I faham kenapa fandom marah tapi I faham juga production punya side sebab tak semua dalam manhwa boleh dipaparkan dalam layar perak. Tambah pula bila naskhah berlatarkan dunia fantasi seperti yang dipaparkan dalam Omniscient Reader: The Prophecy sebab memerlukan green screen dan VFX untuk setiap babak. 

Penceritaan Omniscient Reader: The Prophecy mungkin bersilih ganti dengan pelbagai latar masa seperti kisah silam Kim Dok-ja, latar masa penceritaan novel itu sendiri atau masa sekarang. Namun sangat mudah difahami sepanjang 117 minit tayangan. 

Dalam filem Omniscient Reader: The Prophecy ada banyak watak dan dalam beberapa situasi ada watak yang akan tenggelam kecuali watak utama lah. Rasanya kalau nak keluar sekuel nanti kena tengok balik sebab mudah sangat untuk lupa backstory setiap watak. Semuanya ada kekuatan masing-masing tapi bila banyak sangat wataknya, tak hairan pun bila lupa. 

Lakonan semua pelakon yang terlibat membantu menghidupkan dunia fantasi terutamanya Ahn Hyo-seop yang cuba untuk mengurangkan kematian manusia di situ.  Pace penceritaan Omniscient Reader: The Prophecy bergerak laju jadi kalau ada pelakon yang underperformed pun I tak perasan sebab ada banyak benda nak catch up dalam setiap babak. 

Walaupun screentime Jisoo tak banyak dalam instalment pertama Omniscient Reader: The Prophecy, tapi watak dia mencuri perhatian juga. Tak sabar nak tengok Jisoo bekerjasama dengan Nana nanti sebab kedua-dua watak ada dalam pihak yang sama dan mempunyai karakter yang lebih kurang sama. 

I tak faham kenapa ada yang emosi cakap Jisoo try hard nak tiru Katniss hanya disebabkan senjata dia adalah anak panah. Bukan Katniss seorang sahaja yang boleh pakai senjata macam tu. Dekat Korea hampir kebanyakan pelajar sekolah ada kemahiran memanah. Sesuatu yang bagus lah sebab Korea pamerkan kemahiran dan personaliti sistem pendidikan dan sukan dia dalam karya tempatan. 

Patutnya production olah cerita ni dalam series format daripada filem sebab lagi banyak yang boleh dikembangkan. Ada beberapa babak yang laju sangat. Rasa saspens lebih kuat dan yang menonton pun boleh participate sekali dalam permainan di setiap checkpoint. Tapi bak kata pengarah, ada banyak kemungkinan yang boleh terjadi so I guess production consider untuk cipta universe dari manhwa ni. 

Memandangkan filem Omniscient Reader: The Prophecy ada banyak perbezaan dengan karya asal, ada baiknya kalau tak baca manhwa sebelum layan filem ni. Kalau yang suka genre permainan atau survival macam Alice in Borderland, boleh lah layan filem ni. 

p/s: Tak sesuai ditonton ketika makan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.