MISTIK KECANTIKAN TERLARANG PEWARIS SUSUK, LEGASI YANG MENUNTUT PENGORBANAN!

Wednesday, 29 April 2026

Kuala Lumpur, 29 April 2026 – Setiap pusaka membawa beban dan harga yang perlu ditebus. Pewaris Susuk sebuah filem horror thriller arahan Faizal Nadxaman dan nukilan skrip Naza Manas, bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 30 April 2026. Mengangkat tema dosa warisan, susuk demi kecantikan dan kuasa serta pengorbanan seorang ibu.

Diterbitkan oleh Primeworks Studios dan Anomali Media, Pewaris Susuk menggabungkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Che Puan Sarimah Ibrahim, Alya Iman, Trisha Ooi, Sherie Merlis dan Dayang Fajra. Filem ini menjanjikan pengalaman sinematik yang penuh suspens, misteri beserta gangguan mistik yang meresap ke jiwa.

Pewaris Susuk mengisahkan Maya (Alya Iman), seorang wanita yang cuba memulakan hidup baharu bersama anaknya Ayu (Dayang Fajra), selepas menyaksikan kematian ibunya Juriah (Sherie Merlis) akibat perjanjian yang belum terungkai. Demi usaha untuk melupakan trauma itu, Maya menerima pekerjaan sebagai pembantu rumah di sebuah banglo terpencil yang ternyata mempunyai kaitan dengan sejarah keluarganya.

Pemilik banglo itu, Hadiff (Datuk Rosyam Nor) kelihatan baik dan bersifat pelindung kepada Maya, akan tetapi isterinya Seroja (Che Puan Sarimah Ibrahim), memandang kehadiran Maya sebagai ancaman. Di sebalik banglo yang tesergam dan berusia itu, tersimpan sejarah hitam termasuk kematian tragis pembantu rumah sebelumnya iaitu Seri (Trisha Ooi). 

Apabila gangguan mistik semakin memuncak ditambah pula pelbagai kejadian aneh sehingga menghantui Ayu sebagai sasaran utama. Maya pada akhirnya menyedari bahawa semua itu bukan kebetulan. Kejadian yang meragut nyawa ibunya kini kembali, ia mula menuntut warisan darah keturunan mereka.

Dalam perlumbaan masa untuk menyelamatkan Ayu, Maya merungkai rahsia gelap yang mengikat dirinya dengan rumah tersebut serta berdepan dengan kuasa jahat yang memerlukan Ayu sebagai korban seterusnya. Maya bukan sahaja hanya perlu melawan ilmu hitam tetapi turut perlu berkorban.


“Filem ini bukan sekadar tentang ketakutan, tetapi tentang warisan dosa dan pilihan yang terpaksa dibuat demi melindungi orang yang kita sayang. Kami mahu penonton bukan sahaja takut, tetapi turut merasai konflik dalaman watak dan beban yang mereka tanggung,” ujar Faizal Nadxaman, pengarah.

Saksikan sebuah naskhah yang bakal merungkai sisi gelap di sebalik keindahan. Apabila kecantikan bukan lagi satu dambaan tetapi sebuah igauan yang menuntut galang ganti nyawa, persiapkan diri anda untuk menyaksikan Pewaris Susuk bermula 30 April ini!

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Pewaris Susuk, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

**************************

MENGENAI PRIMEWORKS STUDIOS 
Primeworks Studios - Peneraju Legasi Landskap Hiburan Di Mata Dunia
Primeworks Studios merupakan sebuah syarikat terkemuka di Asia Tenggara yang memiliki asas kukuh dalam pembangunan kandungan, pengeluaran filem, pengedaran filem, jualan kandungan, dan animasi. Selama lebih dari tiga dekad, Primeworks Studios telah menjadi peneraju yang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap hiburan di Malaysia. Dengan menerapkan nilai dan teras yang utuh, Primeworks Studios terus unggul dalam  menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti buat penonton di seluruh dunia disamping  mengekalkan legasi hiburan untuk menghiburkan penonton sejajar dengan keadaan masa kini dan masa akan datang.

MENGENAI ANOMALI MEDIA
Anomali Media ialah sebuah syarikat penerbitan dan kandungan kreatif yang sedang meningkat naik di Malaysia. Ditubuhkan oleh Hariff Ahamat dan Rosnita Abdul Rahman pada 2022, Anomali Media memberi fokus untuk menerbitkan filem dan televisyen yang unik dengan sentuhan moden dan seni artistik tersendiri. 

Dalam pembikinan Pewaris Susuk, Anomali Media telah menggandingkan pelakon popular dan berpengalaman dengan pembikin filem baharu serta menjalinkan kerjasama dengan Primeworks Studio sebagai rakan kongsi strategik bagi memastikan filem ini bermutu dan memenuhi selera penonton.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.