Pengarah: Matt Bettinelli-Olpin, Tyler Gillett
Penulis Skrip: Stephen Shields, Guy Busick
Pelakon: Melissa Barrera, Alisha Weir, Dan Stevens, Kathryn Newton, Will Catlett, Kevin Durand, Angus Cloud, Giancarlo Esposito
Syarikat Produksi: Project X Entertainment, Vinson Films, Radio Silence Productions
Pengedar: Universal Pictures, Netflix
Genre: Seram / Komedi
Durasi Tayangan: 109 minit
Tarikh Tayangan: 7 April 2024 (Overlook Film Festival), 19 April 2024 (United States)
Trailer:
Sekumpulan penjenayah diupah untuk menculik Abigail (Alisha Weir), anak kepada taikun perniagaan di New York. Joey (Melissa Barrera) awalnya terkejut kerana tugas mereka adalah menculik kanak-kanak perempuan. Tapi dia tetap teruskan kerana mereka bakal menerima habuan sebanyak 7 juta setelah mendapat wang tebusan sebanyak 50 juta dari Kristof Lazaar (Matthew Goode), ayah Abigail.
Kumpulan penjenayah terdiri dari 5 orang – Joey bekas penagih, Sammy (Kathryn Newton) yang pakar IT, bekas detektif bernama Frank (Dan Stevens), bekas sniper tentera laut bernama Rickles (Will Catlett), Dean (Angus Cloud) yang pro memandu serta sociopath dan juga bekas tentera bernama Peter (Kevin Durand). Mereka semua membawa Abigail ke Wilhelm Manor dan bertemu dengan Lambert (Giancarlo Esposito).
Lambert maklumkan mereka perlu mengawasi Abigail selama 24 jam di dalam rumah agam tersebut. Bukan sesuatu yang sukar pun kerana tugasan paling sukar iaitu menculik Abigail telah pun selesai. Joey minta untuk menjaga Abigail kerana dia tak mahu kanak-kanak tersebut diapa-apakan. Abigail dedahkan siapa ayahnya lalu beri amaran keras mereka semua tidak akan selamat.
Frank menggelupur bila tahu mereka menculik anak Kristof Lazaar, individu paling merbahaya di New York. Dia cuba untuk tarik diri tapi rumah agam tersebut telah pun dikunci dari luar. Joey dan Rickles cuba untuk guna laluan bumbung untuk keluar tapi tak lama kemudian Dean diserang dan dipenggal kepalanya. Bila kumpulan penjenayah cuba memeriksa Abigail, kanak-kanak perempuan yang tampak lemah rupanya seekor pontianak ganas.
Naskhah seram komedi arahan Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett asalnya ingin menggunakan tajuk Dracula’s Daughter sebagai tribute kepada filem yang ditayangkan pada tahun 1936. Naskah Abigail juga merupakan remake kepada filem sekuel Dracula (1931) tersebut tapi penulis nak kembangkan lagi watak Abigail dan jadi lebih powerful dari sebelumnya.
Masa pengarah tunjuk lukisan Abigail dekat dinding ketika Peter mencari raksasa tersebut, dah dapat tangkap yang Abigail perlukan makanan. Sebab tu juga lah babak dia diculik di rumah nampak mudah sangat sedangkan kumpulan penjenayah tu setengah professional, setengah lagi amatur. Frank beria kata Kristof Lazaar tu merbahaya tapi mudah sangat diorang masuk ke dalam.
Tak pasti kenapa Universal Pictures klasifikasikan filem Abigail sebagai filem seram komedi sedangkan tak banyak pun babak kelakar. Kalau black comedy mungkin tepat tapi bukan type of my genre lah. Tak berapa gemar dengan black comedy sebab kita hati tisu. Nasib baik makanan Abigail memang penjenayah jadi tak ada lah kasihan sangat bila Abigail makan.
Jumpscares wujud dalam beberapa babak dengan visual yang mengerikan dari Aaron Morton sebab struktur rumah agam tu sendiri menakutkan. Penuh dengan dinding tersembunyi dan laluan berselirat. Interior yang digunakan memang dari zaman lama. Sama juga dengan props yang menghiasi setiap pelusuk rumah. Watak Abigail tak lah macam Dracula tapi lebih kepada badut Pennywise dalam franchise IT (2017).
Menyesal juga lah tengok filem Abigail waktu makan sebab filem ni gore. Cara Abigail makan pun bukannya nak makan sangat tapi setakat serang main-main. Mungkin sebab stock makanan dia banyak sebab memang ramai penjenayah dekat New York tu. Babak Sammy jatuh dalam tangka mayat tu pun menggelikan sebab memang ramai dah jadi mangsa Abigail. Tengok keadaan mayat pun bukan dia makan beria pun. Fizikal badan tak banyak berubah pun.
Dekat second half filem Abigail ni draggy lah jugak dengan bertukar-tukar team. Dalam kejutan ada plot twist yang pengarah masukkan sampai jadi lenguh. Dah hilang dah fokus dari premis asal. Apapun it’s a good one-time watch movie. Available on Netflix.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.7 = 7.8/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.