Selepas menyelesaikan kes pemerdagangan wanita dan organ di
Madras, Shivani Shivaji Roy (Rani Mukerji) dipindahkan ke Bulandshahr. Dia
ditugaskan untuk mengetuai kes penculikan Ruhani (Avanee Joshi), anak kepada
pegawai diplomatik India, Sahu (Indraneel Bhattacharya). Ruhani diculik bersama
seorang lagi kanak-kanak perempuan iaitu anak kepada pembantu rumah mereka,
Jhimli (Diorr Varghese).
Kedua-dua kanak-kanak perempuan tersebut diserahkan kepada
Amma (Mallika Prasad) setelah mereka disuntik dengan bahan kimia yang akan
menentukan sama ada positif untuk didagangkan. Sekiranya keputusan menunjukkan
tanda negatif, mereka akan dibunuh dan dibakar serta-merta supaya tiada yang
akan tahu.
Kebiasaannya mereka akan menculik kanak-kanak dari kasta
bawahan supaya kes penculikan tidak akan disiasat tapi mereka tersilap langkah
apabila menculik anak pegawai kedutaan. Shivani gagal untuk memberkas penculik
kanak-kanak perempuan tersebut namun berjumpa dengan Ramanujan (Prajesh
Kashyap), doktor muda dan juga aktivis yang aktif melaporkan kegiatan samseng
di bandar tersebut.
Shivani bekerjasama dengan Ramanujan untuk menjejak Amma.
Setelah 7 tahun menyepi, Yash Raj Films menghidupkan kembali
watak Shivani Shivaji Roy bersama pengarah dan penulis yang baru. Filem yang
dinanti-nantikan oleh para peminat Rani Mukerji jadi YRF ambil keputusan untuk
tayang Mardaani 3 pada Januari 2026 bersempena 30 tahun Rani berkecimpung dalam
dunia perfileman.
Mardaani (2014) dan Mardaani 2 (2019) dikarang oleh Gopi
Puthran namun Mardaani 3 ditulis oleh Aayush Gupta dan diarahkan oleh Abhiraj
Minawala. Separuh masa pertama Mardaani 3 menjelaskan bagaimana Amma dan
penculik upahannya bekerja. Dari situ boleh nampak macam mana Amma gunakan
kanak-kanak dan bayi untuk menggerakkan sindiket peminta sedekah.
Masuk separuh masa kedua bila didedahkan siapa sebenarnya
Prince yang sering membantu Amma, skrip dah mula longgar. Sebelum masuk babak
kejutan yang dipaparkan oleh pengarah pun dah boleh nampak filem Mardaani 3
akan ikut jejak langkah tipikal untuk genre thriller.
Lakonan Rani Mukerji nampak tersia untuk skrip yang lemah
sedangkan dia dah bina expectation yang tinggi lepas dua filem sebelumnya
cemerlang dari segi kes jenayah, antagonis dan skrip. Walaupun kes jenayah tentang
pemerdagangan wanita dan organ adalah kes yang sentiasa berlegar di India tapi
kalau skrip bagus, boleh sangat pergi jauh.
Mardaani 3 tak mampu wujudkan watak antagonis yang
mengerikan. Watak Amma nampak biasa kalau nak dibandingkan dengan Tahir Raj
Bhasin dan Vishal Jethwa. Mungkin nak hidupkan sentimen ‘wanita hancurkan
wanita’ tapi tak menjadi bila muncul watak Prince yang wujudkan virus dalam
makmal dia. Boleh kata too ambitious lah juga.
Makin merepek bila Shivani dan team dia pergi ke Sri Lanka dan
boleh buat sesuka hati atas nama untuk tegakkan keadilan. Draggy sangat bila
Shivani berceramah tentang penindasan wanita, vibe dia jauh berbeza dengan
babak Shivani belasah Sunny dalam Mardaani 2. Penulis masukkan juga watak
Fatima Anwar (Janki Bodiwala) untuk konflik misoginis atau stereotaip jantina
tapi tak dikembangkan sangat pun. Saja masukkan buat meriah.
Tak pasti sama ada YRF akan teruskan dengan instalment
seterusnya sebab dekat hujung cerita, Shivani minta satu pasukan khas untuk dia
bekerja lepas berkali-kali buktikan kebolehan dia sebagai pegawai polis. Spoiler
tapi benda memang boleh dijangka dari awal filem lagi so not sorry for this
one. Kalau YRF nak kembangkan lagi franchise ni, elok panggil lah balik Gopi
atau cari penulis yang betul-betul ada bakat dan buat homework.
Lepas kegagalan WAR 2 (2025) sampai terpaksa re-shoot ALPHA
dan kegagalan Mardaani 3, ada baiknya YRF invest dekat pengarah dan penulis
skrip. Bab pelakon ni, YRF tak ada masalah pun sebab dari dulu memang pandai
cari.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.