Movie Review : Mardaani

Sunday 9 February 2020


Director : Pradeep Sarkar
Writer : Gopi Puthran
Cast : Rani Mukerji, Tahir Raj Bhasin, Jisshu Sengupta, Saanand Verma, Priyanka Sharma, Anil George, Anant Vidhaat Sharma, Avneet Kaur, Saanand Verma
Production Company : YRF
Distributor : YRF
Genre : Thriller/Action
Running Time : 111 minutes
Release Date : 22 August 2014
Trailer :


Inspektor Shivani Shivaji Roy (Rani Mukerji), Ketua Inspektor untuk Crime Branch di Pejabat Polis Mumbai cuba bongkar sindiket pelacuran dan penculikan remaja perempuan bila Pyaari (Priyanka Sharma), kawan baik kepada anak buah dia, Meera (Avneet Kaur) hilang selepas 4 hari tanpa jejak. 

Shivani pergi ke rumah perlindungan NGO untuk cuba dapatkan info tapi semuanya negatif. Shivani upah pembancuh teh depan hostel tu untuk jadi informer dia. Esoknya, dia dapat tahu salah seorang penjaga hostel tu terlibat dalam trafficking deal bila Kapil (Saanand Verma) gigih selfie sana sini dengan handphone baru. 


Shivani dan team dia cuba untuk dapatkan maklumat dari Kapil tapi sayangnya Kapil ditembak oleh Hanif, penembak upahan dari jarak jauh. Shivani dapat agak yang Pyaari diculik oleh organisasi yang besar di Mumbai. Shivani jumpa Rehman, si banduan untuk dapatkan maklumat tentang organisasi ni. Bukan sahaja human trafficking tapi juga dadah dan client mereka mostly VIP especially menteri.


Modus operandi untuk culik semua remaja perempuan berumur 8 hingga 18 tahun ni dengan menyamar jadi lelaki untuk date atau penjual gerai di tepi jalan yang letak sedatif dalam makanan. Ada yang dibida dengan harga tinggi sebagai pelacur/escort dan dihantar ke luar negara sebagai delivery girl untuk stok dadah. Rehman bagitahu Sunny Katyal (Anant Vidhaat Sharma) yang handle business ni. 


Lepas Shivani dan team dia cuba soal siasat Sunny beberapa jam, dia dapat call dari Karan Rastogi (Tahir Raj Bhasin) supaya stop kacau business dia. Karan boleh bagi berapa banyak duit yang Shivani nak ataupun rumah asalkan Shivani berhenti buat kacau. 

Shivani taknak tu semua tapi dia nak Karan lepaskan Pyaari tapi Karan refuse untuk layan permintaan Shivani since dia dapat business deal tinggi untuk Pyaari/Julia. Karan sengaja bagi amaran untuk Shivani bila dia hantar samseng untuk serang klinik Vikram (Saanand Verma), suami Shivani dengan buat dakwaan yang Vikram cabul pesakit perempuan. 


Makin Shivani kacau, makin Karan menekan dengan kacau Pyaari tapi Shivani tetap dengan keputusan dia untuk tangkap Karan walaupun kes dadah ditutup lepas misi serang hendap dan tumpaskan Vakil (Anil George), orang kanan Karan.


Lepas 5 tahun I rewatch this movie again and still feel Mardaani is one of the greatest movie from Rani Mukherji. The way dia deliver character Insp. Shivani Shivaji Roy, dari aspek seorang ibu, isteri, wanita, pegawai polis semuanya cantik. Sesuai lah dengan tagline movie ni - Every War Is Personal. 


Untuk seasoned actress macam Rani, she has it all wrap in her performance. Susah nak jumpa women-centric movie dengan garapan cantik dan skrip yang mengangkat wanita but this one did it! Dalam movie ni mostly Rani perform sendiri action stunt and she has been training for Krav Maga martial art yang kebiasaannya digunakan dalam Israel Defence Force. 


Bukan setakat lead actress tapi lakonan Tahir Raj Bhasin pun bagus walaupun movie Mardaani ni movie debut dia. Kalau Rani menyerlah sebagai protagonist, dia pula menyerlah sebagai antagonis tanpa belas kasihan langsung. Antara scene yang menghidupkan movie ni bila director letak phone conversation antara Karan dan Shivani. Susah nak jangka apa yang akan jadi lepas Shivani atau Karan mula langkah. 


Walaupun dengan bajet rendah, team Mardaani did their best in visual and music score. Soundtrack yang sesuai untuk naikkan semangat for certain scene. A must watch!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10

1 comment

  1. Rani punya lakonan memang best.. macam menarik pula bila baca review Farhana nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.