Good Newz Promotion Fashion Files : Kiara Advani

Wednesday 26 February 2020

Anak saudara Juhi Chawla dan pelakon yang baru meningkat naik disebabkan kejayaan movie Kabir Singh, Kiara Advani tambah lagi satu kejayaan dengan movie komedi Good Newwz. Mungkin tak ramai yang kenal sebab dia selalu jadi pelakon tambahan je. Sebelum ni pun dia berlakon dalam movie MS Dhoni tapi second lead heroin. 


Since nama dia makin dikenali dan media makin rajin update tentang Kiara, stylist pun dah bertukar so let's check her wardrobe untuk Good Newwz movie promo.

1. Trailer Launch


Not a fan for this bubblegum pink dress. But thank God stylist Kiara, Lakshmi Lehr tak mengenakan sebarang aksesori sebab dress tu sendiri dah sarat dengan one shoulder drap, layers dan juga fringe di bahagian bawah skirt.

Minimal soft makeup untuk nampak Kiara lebih natural dan girlish dipadankan dengan pump heels berwarna putih gading.

2. Bling Bling


Dah jadi trend untuk gayakan pakaian yang bling walaupun tak semua mampu gayakan dengan menarik. Sesuai dengan material sequin yang menyinar dari jauh, padanan Shelby Pants dan mini dress top berwarna hijau dari koleksi Skylar Dress, Cinq à Sept berjumlah Rs31K. 

Sama dengan trailer launch looks, Kiara memilih untuk tidak mengenakan aksesori sarat dan makeup smokey brown dan nude lips. Gaya rambut semi puffy knot and loose dan peep-toe heels berwarna hitam.

3. Denim Jumpsuit


Satu benda wajib ada dalam wardrobe ialah denim outfit! Sama macam Kiara, untuk promo event movie Good Newwz, Kiara pilih untuk nampak stylish dan trendy dengan jumpsuit denim dari koleksi Esse Clothing. Super in love dengan jumpsuit ni sebab lain dari yang lain bila ada piping details dengan benang berwarna emas. 

Sama macam looks Bebo di trailer launch, jumpsuit denim ni ada ruang di bahagian tengah untuk serlahkan abs Kiara. Pilihan yang bijak untuk complement body Kiara dengan letak hiasan tali pinggang dengan juntaian panjang ke bahagian kaki. 

Muka Kiara ada iras Vanida Imran kan?

Makeup ringkas dari Lekha dengan eyeshadow coklat gelap dan nude pink lipstick. Gaya rambut messy ponytail dipadankan dengan earrings bersaiz besar berwarna emas dari Shoplune dan sandal dari Truffle Collection India. Perfect look! 

4. In Neon 


Selain bling bling, neon pun antara pilihan yang berani untuk nampak trendy di tahun 2019. Jumpsuit one shoulder for top dan melebar di bahagian kaki yang berwarna kuning neon ni dari koleksi Atsu dipadankan dengan pointed heels berwarna pastel. 

Dari gaya yang sebelum ni pun dah boleh nampak yang Kiara tak akan pakai aksesori yang sarat. Sama juga dengan gaya kali ni bila dia cuma memilih untuk buat gaya rambut curl lepas bebas dan shade retro. 

Kali ni makeup agak heavy dengan warna yang lebih gelap bila contour di bahagian T-zone, jawline dan tulang pipi untuk nampak sama menyerlah dengan warna jumpsuit. 

5. Gold Bold


She looks wow! Kiara memilih t-shirt typography labuh dengan seluar kulit berwarna hitam dan thigh-high suede boots. Padanan jacket berwarna emas dan fringe hitam dari Dhruv Kapoor buat Kiara nampak elegant. 

Close-up looks is captivating! Minimal makeup buat wajah dia nampak segar, berseri dan natural. Winged-eyeliner is on point! I wish dia pakai stud crawler earrings dengan bentuk memanjang ke atas ataupun cuff earrings dengan corak yang cantik so she won't look too simple. 

6. Monochrome Vibe


Another pantsuit look for Good Newwz promotion. Kiara memilih suit dan lengkap dengan tie dan pant berwarna hitam dari koleksi Massimo Dutti. Stud earrings berbentuk bunga berwarna emas, messy ponytail dengan makeup ringkas. Not a fan for this suit sebab terlalu simple and boring. That ankle boots also must go. 

7. Off The Radar


Kali ni Kiara memilih pantsuit berwarna lilac dipadankan dengan bralette berwarna neon kuning. Love her tiny necklace sebab bahagian dada dia ada ruang untuk aksesori. Sama jugak dengan perhiasan cincin berwarna tembaga. Her makeup and hairstyle looks okayish. 

8. Spunky Denim


Padanan shirt denim dan distressed high waist jeans dari Kanika Ghoyal dengan sepasang strap heels berwarna sepadan dengan main outfit jadi pilihan Kiara. Tampil selesa dengan gaya rambut lurus dan teeny shade. 


Honestly I am tired watching pantsuit in her collection because the movie far related with office looks or bossy whatsoever. I wish she wear something related to her character more which is more Punjabi and funky etc. Overall, her wardrobe is okayish for me. 

2 comments

  1. Jumpsuit denim tu nampak cantik.. yang lain-lain tu okay-okaylah..

    ReplyDelete
  2. bla pakai baju pink tu nmpk laa iras2 Juhi tp... bagi sy Juhi lagi lawa ;-)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.