Telemovie Review | Ghairah (2020)

Saturday 15 February 2020


Pengarah : Megat Sharizal
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pelakon : Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar
Genre : Drama/Misteri
Durasi Tayangan : 96 minit
Tarikh Tayangan : 8 Februari 2020
Syarikat Produksi : Dear Creative Sdn Bhd
Pengedar : Astro Citra

Lepas baca entri Kak Sha dan Dari Hati Miss Mulan, expect telemovie Ghairah ni sama macam movie Hindustan tajuk Yakeen lakonan Priyanka Chopra dengan Arjun Rampal tapi lepas tengok rupanya bukan. Ada persamaan pada first half cerita sahaja. 


Telemovie yang diadaptasikan dari novel Ghairah karya Zura Anwar ni mengisahkan tentang Dani (Hisyam Hamid) yang terjatuh dan mengalami hentakan yang agak kuat dalam satu kemalangan misteri. Akibatnya doktor sahkan Dani hilang ingatan dan tiada langsung memori baik dari masa silam ataupun masa sekarang. 

Ara Aziz (Sara Ali) kecewa bila suami dia tak mampu nak cam siapa diri dia bila sedar. Ara ambil cuti untuk menjaga Dani di hospital tapi disebabkan kawan sepejabat dia, Hafiz (Jay Iswazir) selalu datang mengganggu, Ara minta kebenaran doktor untuk discharge Dani lebih awal. 


Sebagai wartawan jenayah, Hafiz perlu tahu apa yang berlaku kepada Dani pada malam kejadian disebabkan Dani jatuh agak jauh dari kereta dia. Dia cuba mengaitkan kemalangan misteri Dani dengan beberapa kes kehilangan dua orang gadis dan juga kawan baik Dani sendiri, Mokhtar. Syak wasangka Hafiz dibantah keras oleh boss dia bila Hafiz tak ada bukti kukuh untuk siarkan artikel tentang kehilangan 3 mangsa tersebut. 


Makin tambah curiga bila Ara berpindah ke rumah baru dan tak mahu Dani diganggu oleh sesiapa kecuali polis. Dalam masa yang sama Hafiz cuba cari bukti melalui kenalan mangsa-mangsa penculikan. Dani pula cuba recall balik identiti diri dia yang sebenar melalui cerita Ara dan gambar yang ada dalam rumah tapi sayangnya sikit pun dia tak ingat.


Dani berasa curiga dengan Ara bila setiap malam Ara sentiasa hilang dan berkelakuan aneh. Dani tak mempunyai handphone ataupun kereta. Ada saja alasan Ara sampai Dani berasa ada sesuatu yang tak kena. Dani curious dengan stor putih di belakang rumah tapi berkunci. Kata Ara cuma ada barang lama dalam tu dan Dani tak suka pergi ke sana sebab dia ada alahan. 


Tapi Dani bermimpi tentang stor putih tersebut. Bila dia cuba pergi ke sana, Ara akan cepat menghalang. Apa saja yang Dani cuba lakukan, Ara akan sentiasa tahu. Hafiz pula makin kuat mendesak Ara untuk ceritakan apa yang berlaku kepada Dani sebenarnya. 

Jalan cerita Ghairah agak misteri dari awal hingga ke hujung telemovie sebab tak ada klu langsung kenapa Dani terlibat dalam kemalangan tu. Cuma dapat klu Ara bersikap aneh setiap malam. Masa Ara selalu masak daging, dah mula syak yang Ara masak daging mangsa-mangsa yang hilang dan tanam saki baki bahagian anggota yang tak dimakan di belakang rumah. Maybe Dani thought the same thing sebab tu dia selalu cuak dengan Ara. 


Lemahnya telefilem ni bila tak ada monolog dari Dani tentang kenapa dia gelisah bila berdua dengan Ara. Apa yang buat dia mula pelik dengan Ara? Takkan la sebab Ara bangun malam pergi minum air pun dia dah cuak? Mungkin diceritakan lebih terperinci dalam novel tapi I tak baca lagi novel tu so the telemovie did not do justice to the story. 


Director try hard untuk buat watak Ara nampak psiko supaya boleh hidupkan plot twist di hujung cerita tapi watak Ara agak berlebihan dan nampak agak try hard untuk hidupkan mood misteri tu. Even watak Hafiz nampak keterlaluan untuk ganggu privacy hidup orang. 

Dialog Hafiz - ‘Yang sebenarnya kau hanya fikirkan perasaan ghairah kau’ agak tak match dengan scenario kehidupan rumahtangga Arad an Dani sebab chemistry antara Sara dengan Hisham agak awkward. Sara pun macam tenggelam dalam watak intense dia. I wish she will be more expressive onscreen. Nak tunggu dia habiskan satu ayat pun agak lama. 


Judging from the poster, it is totally the opposite sebab dalam poster Ara digambarkan sebagai seorang seductress tapi dalam telemovie dia agak kaku dan pasif. Kalau ikutkan memori Dani, dia ambil selfie sebelum Ara nampak tapi bila masa entah Ara cuci gambar tu. Apa motif dia cuci gambar kalau dia nak hapuskan bukti? 


Kenapa dia biarkan album tu dekat atas meja kalau dia nak pulihkan keadaan? Kenapa tanam mayat begitu mudah kalau taknak tarik perhatian? Kenapa Dani beria curi phone tapi tak peroleh apa-apa data dari phone? Even sim card dipatahkan data macam gambar, video, text, still ada. Whatsapp pun ada. 

Karya Megat Sharizal selalu cantik di awal cerita dan dibiarkan lompong pada hujungnya. Mungkin I kena baca novel untuk dapat pengalaman yang lebih menarik. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 5.7/10

4 comments

  1. halamakkkk dia masak daging2 mangsaaa kew.. adoi..

    ReplyDelete
  2. Part masak daging tu memang mengganggu.. Kak Sha pun tak baca novel dia..

    ReplyDelete
  3. da tgk.
    yes. kurang mengancam jalan cerita, terutama ending.
    boleh diperbaiki ni.

    ReplyDelete

  4. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.