Movie Review : The Negotiation

Saturday 15 February 2020


Director : Lee Jong-seok
Writer : Choi Sung-hyun
Cast : Son Ye-jin, Hyun Bin, Lee Moon-Sik, Kim Sang-Ho, Jo Young-Jin
Production Company : JK Film, CJ E&M
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Psychological Thriller
Running Time : 114 minutes
Release Date : September 19, 2018
Trailer :


Ha Chae-Yoon (Son Ye-Jin) merupakan perunding krisis untuk Seoul Metropolitan Police Agency. Cerita bermula bilamana Chae-yoon dipanggil untuk menjadi perunding dalam sebuah kes rompakan di rumah orang awam. 


Ketua dia, Jung (Lee Moon-Sik)gagal membuat perundingan bila dia tidak fasih berbahasa Inggeris dan dia cuba untuk tak mengganggu Chae-yoon disebabkan anak buah dia sedang bercuti. Melihatkan keadaan makin keruh, pembantu Ahn Hyuk-Soo (Kim Sang-Ho) call Chae-yoon untuk selamatkan keadaan. Perompak minta untuk hantar sebuah helicopter supaya diorang dapat larikan diri dan bebaskan tebusan. 


Keadaan agak terkawal tapi tak lama lepas Chae-yoon buat rundingan, Ketua Jung buat keputusan untuk hantar pasukan SWAT dan tembak perompak. Akibatnya orang awam mati di tempat kejadian lepas dikelar di leher. Chae-yoon yang trauma dengan pembunuhan tu menyalahkan diri sendiri bila tak dapat kawal keadaan dan hantar surat untuk resign. 


Tapi Ketua Jung ignore surat resign Chae-yoon sebab dia yang ambil keputusan untuk pasukan SWAT bertindak. Dia suruh Chae-yoon pergi bercuti sementara dia pergi ke Bangkok, Thailand untuk misi rahsia. 

Beberapa hari kemudian Ahn Hyuk-Soo datang ke rumah Chae-yoon untuk bawa dia pergi ke pejabat kedutaan disebabkan Ketua Jung diculik oleh Min Tae-gu (Hyun-Bin). Dia personally request untuk hanya berunding dengan Chae-yoon. 


First half agak intense sebab kita tak tahu apa sebenarnya motif Min Tae-gu sampai bertindak untuk menculik Ketua Jung dengan seorang lagi journalist dari Daehan Daily dan kenapa dia cuma nak berunding dengan Chae-yoon.  Position audience sama dengan Chae-yoon, clueless!


Even selepas Ketua Jung mati ditembak oleh Tae-gu disebabkan pihak atasan sengaja melengahkan permintaan dia pun masih ada lagi motif yang jauh lagi besar. Campur tangan dari pihak atasan menyukarkan kerja Chae-yoon tambah pula bila melibatkan jawatan-jawatan besar dalam kes ni. 

Tae-gu bukan calang-calang penjenayah yang bertindak semborono dengan menculik dua orang tebusan sampai bertindak untuk membunuh tanpa belas. Dia merupakan bekas askar Korea yang bekerja dengan Chairman Koo (Jo Young-Jin) dalam perniagaan haram menyeludup senjata api. Tapi disebabkan sifat tamak Chairman Koo, dia mula dedahkan kegiatan business Tae-gu kepada pihak NIS.


Setiap scene mendebarkan dan berunding dengan penjenayah kejam seperti Tae-gu tak mungkin dapat nak agak apa langkah dia yang seterusnya. Director agak bijak sembunyikan motif Tae-gu sampai ke hujung cerita. Tak ada pun moment yang buat kita rasa draggy ataupun flat walaupun movie ni penuh dengan conversation antara dua pihak. 


Lakonan Son Ye-jin dan Hyun Bin nampak hebat setiap kali dua watak ni muncul onscreen. Kalau watak Chae-yoon bertindak untuk tenangkan semua yang ada dengan tanam harapan akan berakhir dengan baik, masuk pula watak Tae-gu memberi soalan provok hinggakan semua kembali resah dan gelisah. Pelakon pembantu pun bijak deliver watak dan bijak bermain dengan penonton untuk simpan misteri motif penculikan ni.


Kalau first half sarat dengan emosi tambah pula lepas kematian Ketua Jung, second half pula garisan baik dan jahat makin tipis bila permukaan cantik tak semestinya tersimpan cerita yang baik. Kita didedahkan dengan realiti kehidupan yang jijik dengan sifat tamak manusia melalui rasuah dan korupsi. 

Visual dan music score team The Negotiation dicatur dengan baik menambahkan mood dan meningkatkan elemen saspen dalam setiap scene. Since movie The Negotiation berat kepada perbualan rundingan antara Chae-yoon dan Tae-gu, dialog yang diberikan agak mantap dan menarik. 


All in all, The Negotiation is a must watch psychological thriller di samping mesej sosial yang disampaikan dan lakonan hebat dari semua pelakon. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

2 comments

  1. awak kena tengok hyunbin dan son yejin berlakon dalam drama crash landing on you..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. Memang best bila tengok Hyunbin bawa watak jahat.. Mendebarkan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.