Persembahan Bunga Sinclair Bikin Sebak

Saturday 29 February 2020

Lepas seminggu arwah Ashraf Sinclair pergi, Bunga ambil keputusan untuk kembali bekerja demi Noah dan peminat dia. Semalam Bunga perform di SQ Dome untuk slot #FridayFusion bila tempahan dah lama pun dibuat dan tiket dah pun sold out. 

Sedih bila tengok Bunga nyanyikan lagu Karena Ku Cinta Kau sebab tahun lepas, di tempat yang sama dendangan lagu yang sama, Bunga ditemani oleh Ashraf dan Noah Sinclair. Tapi tahun ni Bunga bersendirian, tambah pula baru seminggu lepas kejadian ngeri dalam hidup dia berlaku. 


"taun lalu, disini di tempat ini, saya ditemani oleh suami saya." - Unge

'Hargai waktu kalian mencintai, membagi kasih bersama orang kalian cintai. Karena kalian enggak tahu kapan waktu itu akan berakhir.' - Unge


Bunga terharu dengan sokongan dari keluarga, rakan-rakan dan peminat supaya dia tetap kuat walaupun kehilangan Ashraf. Bunga tak mampu habiskan nyanyian dia malam tu. Sebak tengok bila dia cakap 'I love you sayang' masa nyanyi lagu Cinta Sejati. Berat ujian dia tapi dia kena kuat untuk Noah. 


Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

- lirik Karena Ku Cinta Kau

Lagu-lagu ni memang akan selalu jadi kenangan untuk Bunga and for sure will hit her differently everytime she sings these. Hari ni pun Bunga akan perform dengan Ronan Keating because somehow tak boleh nak cancel show since 'bad dreams' ni terjadi secara tiba-tiba, none expect this will happened this way. Nak tak nak, Bunga dan team dia perlu professional jalankan tugas. My pray always with you Bunga & Noah 



p/s : Teringat video Katy Perry diceraikan dengan suami dia beberapa minit sebelum persembahan dekat konsert. Katy dah lemah semangat masa tu even manager pun dah advice kalau tak mampu perform, boleh je cancel tapi Katy kuatkan semangat untuk peminat dia. Katy yang bercerai pun dah sakit, bayangkan perasaan Bunga. Their spirits inspire me. #BeautifulSouls 

5 comments

  1. sepatutnya dia masih dlm keadaan berkabung dan dalam edah. mana boleh gi menghiburkan org sdgkan suami baru je meninggal.

    ReplyDelete
  2. Tak terbayang rasanya kehilangan orang yang paling rapat dengan kita. T^T

    ReplyDelete
  3. Doa sangat Bunga akan terus kuat.. bukan mudah kehilangan orang tersayang tambah bila dalam keadaan tiba-tiba..

    ReplyDelete
  4. memang kuat diorang ni. tapi tulah, dalam hati siapa yang tahu

    ReplyDelete
  5. Yang tengok ni pun sebak, apakan lagi badan yang merasa.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.