Percubaan Waffle Yang Gagal

Saturday 29 February 2020

Dah lama dah beli waffle maker ni tapi tak pernah guna sebab asyik lupa nak beli bahan untuk buat waffle. Bila dah ada bahan, try lah buat guna resipi paling mudah sekali. 
  • 2 cawan gandum
  • 2 cawan air
  • 1/3 minyak
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sudu baking powder
  • 2 sudu susu tepung
  • 2 sudu gula
  • Secubit garam


Dah bancuh adunan ni tuang la masuk waffle maker ikut acuan. Acuan waffle maker ni bentuk segi empat sebab combo dengan toaster. Anytime nak buat roti bakar, boleh tukar je acuan dia. Jimat lah walaupun dua kali je pernah buat roti bakarnya pun.


Dah masuk adunan dalam acuan tadi, tutup cover macam biasa lah lepastu tunggu lampu dia menyala warna hijau. 


Bila buka untuk alihkan waffle ni supaya masak dua belah, baru perasan yang waffle tak menjadi. Tapi husnuzon je lah kot dia belum masak sepenuhnya lagi.


Tunggu punya tunggu kejadiannya pun tetap sama. Nak kata terlebih air, masuk ikut sukatan je semua bahan tu. 


Orang kata mungkin rupa je tak cantik tapi bila makan sedap kan, tapi dalam kes ni tak. Dah adjust adunan pun tetap tak sedap. Sapu peanut butter supaya rasa sedap pun tetap gagal. Dah serupa tikus dah gaya. Tunggu lah tahun depan pulak kot ada mood nak buat lagi. Kalau takde jugak, bagi dekat mak je lah waffle maker ni sebab adik-adik suka makan. 

5 comments

  1. best ada waffle maker ni. Buat ngonyel-ngonyel petang. cuba la tengok resepi lain. Jangan give up! Demi makanan. Haha

    ReplyDelete
  2. Yang ini sekali dengan acuan bakar roti ye.. menarik juga.. jangan give up.. farhana boleh..

    ReplyDelete
  3. alamak, kalau rupa out tapi rasa sedap pun takpe. ni kena cuba lagilah

    ReplyDelete
  4. husband dah banyak kali ajak beli waffle maker ni tapi saya tak nak sebab kes tak tau bancuan tepung., haahha

    ReplyDelete
  5. kena try resepi lainlah pula. jangan give up :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.