Sunday, 16 February 2020

5 Great Local Restaurants in KL

Kuala Lumpur antara salah satu tourism spot yang terkenal di Malaysia dan berada di tangga ke-6 dalam senarai bandar yang paling banyak dilawat di dunia pada tahun 2018. Bila dah famous ni haruslah banyak juga restoran dan café yang menjadi port lepak dan makan tak kira pelancong luar negara ataupun rakyat tempatan sendiri. 

1. Luckin Kopi

This one is my ultimate fav café kalau pergi ke Pasar Seni! Bukan je sebab my tweet blew up sampai sekarang ramai beratur panjang kalau nak makan dekat sini tapi semestinya lah sebab makanan dia super sedap! Luckin Kopi yang terletak di Jalan Panggung dibuka seawal 7 pagi dan menyediakan menu breakfast dan pelbagai menu lain. 

Image

Kalau datang sini wajib order menu Salted Egg Chicken Rice dan Butter Chicken. Worth your time and money. Yang bestnya dekat restoran ni boleh refill kopi ais yang kaw! 

2. Mingle Café

Jangan tak percaya kalau dekat café ni ada disediakan pizza sambal petai! Kalau dekat Luckin Kopi ada pasta petai, dekat Mingle Café pula ada pada pizza. Mingle Café asalnya Café 55 terletak di Jalan Sultan yang mempunyai menu warisan pelbagai bangsa. Antaranya menu warisan Melayu, China, India, Eropah dan lain-lain.   

Image

Selain pizza, burnt cheesecake, fried mantao dan Croque Monsieur antara menu best-seller. Di Mingle Café tak perlu tunggu Chinese New Year untuk makan Yee Sang sebab menu ni disediakan sepanjang tahun. Unik kan?!

3. Neighbours Coffee Bar

Image

Who’s up for fluffy pancake?! Well, I am! Sekarang dah jadi kegilaan ramai order menu Japanese Pancake super fluffy yang cantik gebu gebas ni. Kalau nak buat sendiri memang tak menjadi lah sebab tu kena order dengan yang pakar untuk merasa kebahagiaan yang sementara. Boleh pilih nak dihidangkan dengan caramel syrup ataupun banana chocolate? Whichever it is, dua-dua sedap! 

4. Restoran RSMY Best Cheese Naan

Kalau dulu suka sangat makan roti naan dekat Pak Putra, Melaka tapi takkan setiap kali craving nak travel sampai 3 jam lamanya kan? Tak sangka dekat Kuala Lumpur dah jumpa port best nak makan roti naan. Restoran RSMY Best Cheese Naan terletak di Jalan Medan Tuanku ni dibuka bermula jam 11 pagi hingga jam 12 pagi. 


Walaupun agak ramai tapi berbaloi bila dapat makan roti naan tebal yang diisi dengan keju. Bila makan terasa lembut dan gebu di dalam dan rangup di bahagian luar cicah pula dengan kuah dal atau kari yang pekat. Memang terangkat!

5. Nasi Lemak Saleha

Nasi Lemak Saleha ni famous sangat dengan kisah kehidupannya yang bermula dengan menjual nasi lemak di tepi jalan sampai boleh dapat RM400,000 sebulan. Kalau dah sampai macam tu untung dia tiap bulan, memang sedap lah nasi lemak dia. 



Yang membezakan nasi lemak bukan setakat pada harum daun pisang dan lemaknya nasi tapi kunci utamanya pada sambal. Memang kena la dengan tekak bila sambal Nasi Lemak Saleha ni tak manis dan tak terlampau pedas. Just nice je dekat tekak. Nasi lemak sotong dengan paru berlada antara my fav menu. 

Sebenarnya tak susah pun nak cari tempat makan dekat Kuala Lumpur ni tambah bila dah ada Google cuma yang susahnya bila tekak kita suka makan makanan yang viral. Bila dah viral, faham sahaja lah sesaknya macam mana. 

Dah susah nak cari tempat untuk park kereta, kena beratur untuk cari meja pulak tu. Tapi nasib lah sekarang dah tahun 2020. Kalau lapar boleh order online untuk food delivery! Tak payah nak fikir baju apa nak pakai, dekat mana nak park kereta, berapa lama nak kena beratur dah.

Buka je apps Foodpanda dan pilih makanan apa yang tekak dan perut nak, add to cart dan buat bayaran. Bila aband Foodpanda sampai dah boleh makan sambil layan Netflix! Nyummmmm!

6 comments:

  1. Menggoda betul fluffy pancake dengan naan cheese tu.

    ReplyDelete
  2. lama nyer x makan roti nan cheese !!!

    ReplyDelete
  3. RSMY cheese naan tu pon dh ade kat Jalan Diplomatik Putrajaya.. :p

    ReplyDelete
  4. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D

    ReplyDelete
  5. Kalau boleh order je online memang senang hidup.. order, bayar dan tunggu makanan sampai ke tangan..

    ReplyDelete
  6. Saya sedang mencari tempat yang makanannya bagus dan halal untuk company dinner saya dan post ini banyak memberi ispirasi untuk saya! Selain company dinner, saya juga sedang mencari kontraktor untuk ubah suai pejabat. Terima kasih sis untuk recomendasi yang baik!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!