Jalan-Jalan Jonker, Melaka

Saturday 15 February 2020


Dah pergi ke Melaka, tak sah la kalau tak singgah Bandar Hilir kan? Lepas dah kenyang makan dekat kenduri kahwin Lisa, dah settle book hotel, tiba lah masa berjalan-jalan. Yeayyy! 

Tak pernah lagi jalan-jalan dekat area Jonker Walk sebenarnya so kali ni jalan-jalan lah kejap sementara tunggu makan malam. Agak ramai jugak lah minggu tu nak pula tengah musim raya Cina.






Dekat Jonker Walk ni ada banyak yang jual air kelapa dengan keria gula melaka. Yang uniknya air kelapa dia dalam isi buah kelapa. But for me it's a scam. Air kelapa tak banyak pun tapi isi je banyak. RM6 harga satu bekas. Isi dia ada yang keras so kalau tak suka, better avoid beli. 


Sepanjang jalan dekat area Jonker Walk tu agak banyak lah kedai-kedai dengan deko yang cantik. Ngam sangat kalau nak bergambar masuk Insta. Jonker Walk ni sepanjang 500meter tapi tak pergi sampai habis lah sebab sesak sangat. 



Nak ambil gambar dekat sini kena berhati-hati. Masa tengah ralit ambil gambar banyak jugak lah episod nak accident dengan kereta, motor atau basikal yang guna jalan ni. Sebab kawasan ni agak sunyi so mostly suka drive laju. 





Dekat-dekat dengan Jonker Walk ni ada Melaka Cruise River. Nak naik tu memang tak lah sebab mahal. Kita bercuti ala bajet je. Tengok orang naik pun dah cukup hshshs





Dekat pokok besar ni bila dah senja memang banyak sangat burung yang bertenggek. Kalau buat video memang meriah sangat dengan suara burung berkicau. Masa berjalan dekat situ nampak tourist dari Jepun tepuk tangan sambil panggil burung. 


Tapi bukan main sebarang tepuk lah sebab dia ada ritma dia tersendiri. Tak sempat lah pulak nak belajar dengan diorang sebab tengah sesak masa tu. Tengok sekali lalu je lah diorang buat macam mana. Quite amazing lah belajar culture orang. 



Hard Rock Cafe ni pun terletak cantik dekat sebelah river cruise. Dekat bahagian hadapan cafe ada manusia patung warna emas. Hard Rock ni dibuka sejak tahun 2013 lagi.





Nak dekat senja memang cantik kalau bergambar dekat sini sebab lighting just nice. Cuma kena laju lah tangan ambil gambar sebab ramai orang dekat sini. Tak sempat sebenarnya nak pergi banyak tempat sebab dekat sini ada banyak muzium dan library awam. Next time boleh singgah lagi sebab one of museum dekat sini ada yang masuk dalam movie Crazy Rich Asian. 

21 comments

  1. cantik sangat. dulu last pi melaka tahun 2007. huhu

    ReplyDelete
  2. oh ada eh museum masuk movie...hahaha tak tahu pun! >,<
    saya yg duk melaka ni pon tak rajin pegi jonker walk...bru pergi sekali je

    ReplyDelete
  3. Huhu depan hard rock cafe tu..tkde patung emas, itu orng betul, cari makn dng kostum begitu

    ReplyDelete
  4. Walaupu. Orang melaka, tak pernah pergi jonker wlk tu...kalau pergi pun ..di kampung jawa, pekena cendol dan mee goreng best

    ReplyDelete
  5. kawasan ni pegi dengan kawan2 yang muda2 ok la..
    ritu ajak makkk memang idok le dia nak pegi..

    ReplyDelete
  6. Cantik pula bila tengok gambar-gambar yang Farhana ambil nie..

    ReplyDelete
  7. wah. jalan2 jonker walk.
    aida sendiri lom abis explore area ni.
    one day...

    ReplyDelete

  8. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    ReplyDelete
  9. Seronoknya jalan-jalan. Bukan senang ada peluang camni. Akak pun nak pi sini juga nanti. Saje exercise kaki. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Cantik dah lama tak jalan-jalan kat Melaka maklumlah baru lepas PKP. PKPP ni pun tak sempat nak ke mana lagi. Harap nanti ada masa boleh jalan-jalan, makan angin

    ReplyDelete
  11. Pernah juga datang Melaka ni. Tapi tak pernah sekali pun jalan-jalan ke Jonker Walk ni. Datang pun teman mak kerja je. Heee~

    ReplyDelete
  12. Bulan depan nak ke Melaka dengan geng bas sekolah, so memang sini le tampat akan tuju hehehehe

    ReplyDelete
  13. Memang menarik jalan2 kat Jonker Street ni tgk barang2 lama tapi dah lama tak pergi huhu.

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak jalan Jonker walk ni. Mesti dah banyak berubah kan sekarang. Rindu zaman belajar kt melaka

    ReplyDelete
  15. dah lama x jalan ke melaka...rindu la...jonker walk..ni a must place visit kalau ke melaka kan..

    ReplyDelete
  16. baru pergi 2 minggu lepas. mmg rindu jonker jalan malam malam. hehe. sedih buat masa sekarang, tk dapt nk bawak baby masuk lagi sbb MCO. better safe than sorry

    ReplyDelete
  17. Jonker Walk is a must visit when go Melaka. Many food and gifts to buy too

    ReplyDelete
  18. Ermm.. nama je suami org Melaka.
    Tapi nak Jenjalan kat sana jarang sangat.
    Pernah jugak ke sini
    2 tahun lepas.
    Nanti nak repeat balik la..

    ReplyDelete
  19. Lamanya xjalan2 kat melaka nie.. Cantiknya view n mural kat sini.. Best buat OOTD nie..

    ReplyDelete
  20. Alahai rindunya naj jalan2 kat jonker walk waktu malam. dulu selalu ikut akak ke sini.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.