Movie Review : Satellite Shankar

Saturday 15 February 2020


Director : Irfan Kamal
Writer : Irfan Kamal, Vishal Vijay Kumar
Cast : Sooraj Pancholi, Megha Akash
Production Company : Cine 1 Studios, SCIPL
Distributor : PEN Marudhar Cine Entertainment
Genre : Drama/Action
Running Time :122 minutes
Release Date : 8 November, 2019
Trailer :


Lama Sooraj Pancholi menghilangkan diri lepas movie debut dia, Hero tahun 2015 kemudian stuck dengan kes bunuh diri Jiah Khan. Bila dah reda baru dia buat comeback dengan movie genre ringan, Satellite Shankar yang berlatarbelakangkan kem tentera di sempadan Kashmir. 


Masa serangan dari tentera Pakistan di sempadan, KPG Shankar (Sooraj Pancholi) ditembak di bahagian perut kemudian dapat cuti selama 8 hari. Cuti yang dia dapat tu dia nak guna untuk berjumpa dengan mak dia di Pollachi di Tamil Nadu supaya mak dia dapat buat pembedahan mata. Dah bertahun lamanya mak dia bertangguh sampaikan doktor bagi amaran untuk buat surgery kalau tak nak mata jadi buta. 


Risau dengan keadaan mak dia, Shankar merayu dengan pegawai atas untuk bagi kebenaran untuk dia balik ke Pollachi. Pegawai bagi dia bercuti dengan syarat hari ke-9 dia kena ada masa roll call tepat jam 9 pagi. 

Disebabkan dia dapat keluar dari kem, kawan-kawan dia yang lain tumpang kirimkan barang kepada keluarga masing-masing. Perjalanan Pollachi agak jauh memakan masa selama 3 hari dan disebabkan gaji askar yang agak rendah, Shankar tak mampu nak book flight ticket. Duit yang dia ada disimpan untuk pembedahan mata mak dia. 


Nak tolak permintaan kawan-kawan pun dia tak sampai hati. Nak tak nak, dia singgah juga berjumpa dengan keluarga kawan-kawan dia. Bermula dengan keluarga Subedar Jeetu Singh yang sepatutnya cuti pada hari yang sama dengan Shankar tapi terpaksa ditarik balik akibat serangan dari Pakistan. 

Tapi Shankar sampai lambat sehari ke Pathankot gara-gara terlepas train bila tolong orang lain yang dalam kesusahan. Bila dah sampai, dia pulak stuck dekat situ sebab nenek kawan dia makin sakit bila cucu tak jadi balik untuk majlis kahwin. 


Menuju ke rumah kedua pula di Itarsi, Shankar tolong selamatkan mangsa kemalangan bas sampai diaa terlepas train. Kebetulan, vlogger famous, Meera (Palomi Ghosh) antara mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas tu. Untuk balas budi baik Shankar, dia cuba buktikan pada fans dan followers dia yang Satellite Shankar memang baik orangnya dan hero orang awam.


Shankar pula tak tahu yang dia dah famous gara-gara video Meera. Dalam masa yang sama Shankar cuba untuk contact Pramila (Megha Akash), nurse di area Pollachi supaya fikir masak-masak sebelum setuju untuk berkahwin dengan askar macam dia. Shankar cuba jodohkan Pramila dengan kawan baik dia yang dah lama membujang. 

Banyak dugaan Shankar untuk balik berjumpa dengan mak dia di kampung sampai Shankar ditahan oleh pihak polis masa dia cuba selamatkan driver lori daripada dipukul oleh gangster. Berjaya atau tak Shankar balik ke Pollachi dan kotakan janji untuk sampai ke kem tepat jam 9 pagi tu kena tengok sendiri lah movie ni.


Jalan cerita Satellite Shankar ni agak padat juga lah dengan perjalanan Shankar ke Pollachi, plot Meera untuk berjumpa dengan Shankar, plot percintaan Shankar dengan Pramila dan lain-lain. Untuk tontonan santai mungkin okay sebab curious juga dengan kehebatan Shankar. Tengah cuti sakit pun boleh berlawan sana sini, travel jauh bagai. 


Lakonan Sooraj sebagai askar yang baik dan polos quite convincing tapi kurang emosi. Suka tengok scene Shankar dan Pramila sebab ada chemistry onscreen. Watak Meera sebagai vlogger agak overstretch on certain scenes. Scene orang awam bantu Shankar untuk balik ke Kashmir, walaupun agak over tapi adorable jugak lah untuk ditonton. 


Since movie Satellite Shankar antara low-budget movie, music score tak berapa best sangat lah. Visual pun sederhana and thanks to Kashmir we can get a nice view. Dialog quite nice bila ramai yang tekankan kenapa kita perlu jaga askar yang pertahankan negara. Betapa pentingnya pengorbanan askar untuk negara. 


1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.