TV3 DAN TONTON RAIH 11 ANUGERAH ASA 2026

Monday, 26 October 2026

TV3 DAN TONTON RAIH 11 ANUGERAH ASA 2026 | AJL 39 raih pengiktirafan dalam empat kategori

KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2026 – Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39) menyerlah di Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 apabila merangkul empat anugerah daripada tujuh pencalonan finalis, menyumbang kepada keseluruhan 11 kemenangan TV3 dan Tonton.

AJL 39 berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik bagi kategori Hiburan Muzikal TV Terbaik, Montaj TV Terbaik, Jurukamera MCP Terbaik, Penataan Cahaya TV Terbaik, Audio Rancangan TV Terbaik, Pengimbangan Muzik TV Terbaik dan Set TV Terbaik.

Daripada tujuh pencalonan tersebut, AJL 39 membawa pulang empat anugerah, mengiktiraf gabungan kreativiti dan kepakaran teknikal pasukan dalam menghasilkan persembahan pentas yang memukau

  • Hiburan Muzikal TV Terbaik — Jamira Ramli.
  • Penataan Cahaya TV Terbaik — Nageshwaran Ramanujem.
  • Pengimbangan Muzik TV Terbaik — Mohd Zaidi Taib.
  • Set TV Terbaik — Muhamad Hafizan Muhammad Nor.
Tahniah kepada seluruh pasukan AJL 39 atas pencapaian ini. Daripada perancangan produksi hingga pelaksanaan di pentas, kerjasama setiap individu menyatukan muzik, pencahayaan dan rekaan set menjadi pengalaman hiburan yang bermakna buat penonton. Tujuh pencalonan finalis dan empat kemenangan ini menjadi penghargaan kepada dedikasi serta ketelitian pasukan di sebalik setiap persembahan.

TV3 turut meraih enam lagi kemenangan dalam bidang berita, hiburan, drama dan dokumentari, menjadikan jumlah keseluruhan stesen itu sebanyak 10 anugerah:

  • Montaj TV Terbaik — Melodi, Mohd Hussinudin.
  • Buletin TV Terbaik — Buletin Utama, Saberi Malik / Norazlina A’ala.
  • Jurukamera SCP Terbaik — M3: Stadium Merdeka Saksi Cerita Kita, Rishigeysannambiar Sivasangaram. 
  • Pelakon Kanak-Kanak Terbaik — Lukisan Hati Umar, Muhammad Dzul Haziq.
  • Pelakon Komedi TV Terbaik — Ramadan I Miss U, Zahiril Adzim.
  • Wartawan TV Terbaik — Buletin Utama: Isu Pemerdagangan Manusia, Fahmi Tajuddin.
Tonton melengkapkan pencapaian tersebut dengan satu kemenangan dalam kategori media baharu menerusi:

  • Drama/Drama Bersiri/Drama Mikro Terbaik — BRU, Nik Amir Hafiz bin Nik Mustapha, Lumatic Films Sdn Bhd.
Sebelas kemenangan ini mencerminkan kekuatan bakat dan kreativiti di sebalik kandungan TV3 dan Tonton, sekali gus menyuntik semangat untuk terus meningkatkan mutu penerbitan, mengangkat karya tempatan dan memperkukuh hubungan dengan penonton.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.