Minggu 7 Borneo Rising | Petrova Terus Cemerlang, Faris Tinggalkan Pentas Borneo Rising

Monday, 19 October 2026

Minggu ketujuh (separuh akhir) Borneo Rising menyaksikan peserta Petrova menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 71.27%, diikuti oleh Harris (63.65%), Joy (63.32%), Dabra (62.70%), Havard (57.34) dan Faris dengan (34.22%). 

Menarik perhatian barisan juri dan para penonton dengan persembahan nyanyian lagu Destinasi Cinta oleh penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dabra sekali lagi membawa pulang RM 1,000.00 selepas dipilih sebagai pemenang Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi di segmen terakhir. 

Istimewa minggu ini menampilkan bakat-bakat dari Big Stage Rocketfuel seperti Hussain, Ranisha dan juga Adam Nazmie berduet dengan para peserta Borneo Rising dengan untuk tugasan battle. Minggu ketujuh membawakan tema Power Pick – Lagu Pilihan Juri ini juga menyaksikan Faris gagal untuk mara ke pusingan seterusnya dan meninggalkan pentas Borneo Rising di pusingan separuh akhir, manakala dua peserta Dabra serta Havard berjaya ke pentas final mengikuti Petrova, Harris dan Joy. 

SENARAI LAGU & MARKAH PESERTA

Petrova: Tangisan Seorang Pendosa - Marsha (71.27%)

Harris: Lose Control - Teddy Swims (63.65%)

Joy: Tergantung Sepi - Haqiem Rusli (63.32%)


Dabra: Destinasi Cinta - Dato' Sri Siti Nurhaliza (62.70%)

Harvard: All By Myself - Eric Carmen (57.34%)

Faris: Kasih Tercipta - Faizal Tahir (34.22%)

Adam Nazmie X Havard X Faris: Cinta Di Akhir Garisan 2.0 - Aisha Retno, Marsha Milan, Nadeera, Adira

Ranisha X Harris X Petrova: Secret Love Song - Little Mix & Jason Derulo

Hussain X Dabra X Joy : Gemuruh - Wings & Search


INFO PROGRAM ‘BORNEO RISING’


▪ Borneo Rising, program pencarian bakat dengan vokal padu, kerjasama CelcomDigi Berhad, bakal bersiaran selama lapan (8) minggu bermula dari 6 September 2026 secara langsung dari ITCC Mall, Penampang Sabah, setiap Ahad jam 9PM, menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), serta boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

▪ Borneo Rising turut menampilkan RTM sebagai rakan penyiar strategik, Astro Gempak sebagai Rakan Digital dan ERA, ERA Sabah & ERA Sarawak sebagai Rakan Radio Rasmi.

▪ 12 barisan peserta yang bakal berentap di pentas Borneo Rising ialah Dabra dari Likas Sabah, Jecinta dari Miri Sarawak, Petrova dari Papar Sabah, Harris dari Kuching Sarawak, Syukri dari Kinabatangan Sabah, Aadel dari Kuching Sarawak, Afiq dari Sandakan Sabah, Michelle dari Landu Sarawak, Joy dari Sandakan Sabah, Faris dari Kuching Sarawak, Harvard dari Penampang Sabah, dan Rizzani dari Tawau Sabah.

▪ Borneo Rising menawarkan pengundian pantas dan automatik menerusi WhatsApp tanpa perlukan aplikasi. Imbas kod QR di kaca TV, pilih peserta dan jumlah undi, serta tambah nilai kredit CelcomDigi bila-bila masa. Undian awam ini menyumbang 20% daripada keputusan akhir, manakala 80% selebihnya dinilai oleh juri. Layari gempak.com/borneorising untuk maklumat lanjut.

▪ Para juri mempunyai kuasa untuk menyelamatkan seorang peserta serta menentukan siapa yang akan bertanding dalam pusingan “battle”. Dalam pusingan itu, juri akan memutuskan siapa yang layak meneruskan perjuangan dan siapa yang akan meninggalkan pertandingan.

▪ Pemenang utama Borneo Rising berpeluang menerima sebuah single dan video muzik baharu, pembangunan kandungan digital, sokongan pemasaran dan promosi, serta peluang pendedahan merentas platform televisyen, radio dan digital Astro, wang tunai dan trofi sumbangan Astro.

Saksikan episod baharu Borneo Rising pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), TV Okey (saluran 146), On Demand, Astro GO, Sooka & RTMKlik.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.