MUNAFIK: MELAWAN IBLIS RAIH RM2 JUTA DALAM TEMPOH 6 HARI TAYANGAN

Wednesday, 7 October 2026

MUNAFIK: MELAWAN IBLIS RAIH RM2 JUTA DALAM TEMPOH 6 HARI TAYANGAN | Sambutan positif penonton buktikan filem seram terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2026 – Filem seram Munafik: Melawan Iblis terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, terus mencatat momentum positif apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM2 juta dalam tempoh enam hari tayangan rasmi di pawagam seluruh Malaysia. 

Sejak mula ditayangkan, filem ini menerima sambutan menggalakkan daripada penonton yang hadir memenuhi pawagam untuk menyaksikan sendiri versi remake di layar perak. Reaksi positif yang dikongsi menerusi media sosial turut membantu memperkukuhkan momentum filem ini dalam kalangan peminat genre seram tempatan.

Menurut Penerbit Eksekutif Munafik: Melawan Iblis, Datuk Dr Yusof Haslam "Alhamdulillah filem ini mendapat sokongan baik daripada penonton Malaysia. Pencapaian ini juga merupakan satu permulaan yang amat memberangsangkan. Kami berterima kasih kepada seluruh penonton yang telah memilih untuk menyokong filem ini di pawagam. Sokongan ini menjadi motivasi kepada kami untuk terus mempergiatkan usaha promosi dan pemasaran, sekali gus membawa Munafik: Melawan Iblis kepada lebih ramai penonton di seluruh negara.”

Munafik : Melawan Iblis kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Filem ini diarahkan oleh pengarah Guntur Soeharjanto dan dibintangi oleh Arya Saloka, Acha Septriasa, Dimas Aditya, Faqih Alaydrus, Donny Damara, Widi Dwinanda, Annisa Hertami, Nova Eliza, Oce Permatasari, dan Elvira Devinamira.

Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions. Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia.

Munafik: Melawan Iblis menampilkan pergelutan Ustaz Adam, seorang pengamal ruqyah yang kehilangan arah setelah tragedi meragut insan paling dicintainya. Di sebalik babak ruqyah, gangguan mistik dan kemunculan kuasa jahat, filem ini menyelami persoalan yang lebih mendalam, iaitu bagaimana seseorang yang selama ini membimbing orang lain boleh berdepan krisis kepercayaan apabila diuji dengan kehilangan. Ketika iman mula goyah, rasa bersalah semakin menghimpit dan kebenaran demi kebenaran terbongkar, ketakutan yang hadir bukan lagi sekadar daripada iblis, tetapi daripada kegelapan yang menyelubungi dalam diri sendiri.

Ikuti perkembangan terkini filem ini menerusi platform sosial media rasmi film.munafik, Skop Productions dan Astro Shaw, dan gunakan tanda pagar #MunafikMelawanIblis.

1 comment

  1. Nampaknya genre seram masih ada peminat tersendiri. Menarik juga nak tengok sejauh mana kutipannya selepas beberapa minggu tayangan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.