Pengarah: Syamsul Yusof
Penulis Skrip: Syamsul Yusof
Pelakon: Syamsul Yusof, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Datuk Rahim Razali, Ruzzlan Abdullah Shah, Zarina Zainoordin
Syarikat Produksi: Skop Productions
Pengedar: Skop Productions (Malaysia), MD Pictures (Indonesia), Netflix
Genre: Seram / Agama
Durasi Tayangan: 98 minit
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2016 (Malaysia), 7 Julai 2016 (Indonesia)
Trailer:
Selepas kehilangan isterinya, Zulaikha (Zarina Zainoordin) dalam sebuah kemalangan, Ustaz Adam (Syamsul Yusof) semakin jarang ke masjid dan berhenti merawat orang kampung. Imam Ali (A. Galak) dan Azman (Fizz Fairuz) nasihatkan Ustaz Adam supaya reda dengan ujian yang menimpa dan jangan sia-siakan ilmu meruqyah orang yang disihir.
Ustaz Adam pula memilih untuk beribadat di rumah dan menemani anaknya, Amir (Mohd Izuan Fitri). Rahim (Datuk Rahim Razali) risau melihat keadaan anaknya setelah insiden tersebut dan cuba untuk berbincang namun Ustaz Adam tak pernah beri ruang.
Dalam masa yang sama, Maria (Nabila Huda) mula diganggu di rumah atau di pejabat lalu ibu tirinya, Zati (Sabrina Ali) merayu kepada Imam Ali dan Azman untuk datang bantu. Imam Ali pujuk Ustaz Adam untuk membantu kerana ilmunya yang tinggi. Keadaan Maria agak teruk tapi berjaya diselamatkan oleh Ustaz Adam kemudian rumahnya dipagar supaya tidak diganggu lagi.
Dalam perjalanan pulang, Ustaz Adam tertekan dengan panggilan Amir yang merayu ingin berjumpa dengan Zulaikha. Geram dengan permintaan Amir, Ustaz Adam pergi ke tanah kubur untuk mengorek mayat isterinya supaya anak dia faham situasi mereka yang sebenar. Malam tersebut juga, Imam Ali diganggu setelah pulang dari rumah Maria. Ustaz Adam syak jin yang mengganggu Imam Ali adalah jin yang sama dengan jin yang merasuk Maria.
Filem Munafik arahan, penulisan dan lakonan Syamsul Yusof mengetengahkan dakwah agama tentang sifat munafik yang ditegah dalam ajaran agama Islam. Syamsul mengambil masa selama 3 tahun untuk membina skrip Munafik dan mengeluarkan bajet sebanyak RM1.6 juta. Syamsul juga tampil sebagai penyanyi untuk lagu Kalah Dalam Menang bersama Mawi untuk lagu tema filem Munafik.
Watak Ustaz Adam pamerkan sisi munafik bila iman dia lemah dan mula mempersoalkan ujian yang diterima setelah kematian Zulaikha. Dekat separuh masa pertama banyak watak yang cuba pertikaikan dan nasihatkan Ustaz Adam agar tak terpesong. Sayangnya, masyarakat Melayu zaman ni memang tak cara sangat dengan mental health orang. Baru 3 bulan isteri dia meninggal tapi Imam Ali dengan Azman expect Ustaz Adam boleh terus bangkit dan move on.
Dalam filem ni kebanyakan dialog sangat beremosi sampaikan babak yang patut tarik emosi penonton jadi kelakar. Macam babak Ustaz Adam marah Amir bila dia tak nak cium mayat ibu dia. Ustaz Adam mengamuk sampai cakap ‘Pergi mampus lah kau.’ Dari sudut psikologi dia, memang nampak dia dah tertekan tapi nak salahkan dia pun tak boleh sebab orang sekeliling pun asyik menghentam.
Watak Fazli (Pekin Ibrahim) pun beremosi juga bila dia menyampah dengan orang masjid terutamanya bila datang ruqyahkan Maria. Tanggapan negatif dia tak salah pun sebab ada ramai perawat yang ambil kesempatan. Tapi bila watak dia asyik muncul dalam keadaan emo, dia terlihat seperti one dimentional character. Kalau penulis kembangkan lagi watak dia dengan baik, mungkin dia boleh jadi watak yang sama bagusnya dengan Zati.
Babak seram dalam filem Munafik banyak menggunakan jumpscare dengan kemunculan entiti seram dalam pelbagai rupa dan bentuk. Sinematografi dari Rahimi Maidin menguatkan suasana seram dengan penataan cahaya yang minimal. Babak Maria diganggu di hospital juga di rumah mendukung genre seram yang dimasukkan.
Props yang dimasukkan dalam filem Munafik tak diberikan perhatian sangat macam ubat kemurungan Maria. Macam mana Fazli boleh jumpa ubat Maria pun tak diceritakan. Kenapa Maria suka balik lewat malam padahal dia tak fit dah pun untuk bekerja. Rumah yang digunakan Ustaz Adam tak sesuai, terganggu juga lah bila katil dia terletak bawah tangga yang jadi laluan ke rooftop. Babak Ustaz Adam bawa mayat Zulaikha letak atas karpet pun macam ehhh juga sebab kotor dengan selut tanah. Patutnya biar je atas lantai, dah kenapa beria nak tarik sampai ke karpet.
Mungkin filem Munafik tak berjaya wujudkan kekeliruan bila watak Maria diganggu kerana kemurungan atau kerana dia disihir tapi keadaan mental dia sedikit sebanyak menguatkan ajaran agama supaya sentiasa kuatkan diri ketika diuji. Sama juga dengan keadaan Ustaz Adam.
Filem Munafik mendapat pengiktirafan dari juri dan penonton kerana kekuatan yang terletak pada penceritaan yang menggabungkan genre seram dan elemen dakwah yang kuat serta mudah difahami tanpa perlu bersyarah panjang. Setiap watak mempunyai kelemahannya tersendiri walaupun terlihat bagus pada luarannya. Mesej yang akan kekal relevan sepanjang masa.
p/s: Bonus point bila Syamsul Yusof kuatkan watak Ustaz Adam dengan bacaan dia yang elok makhrajnya.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.