Book Review | Kita Cuma Kawan, Kan? (2024)
Tuesday, 2 June 2026
“Awak kata suara saya macam itik tercekik?”
***
Yulia – kelam-kabut, tapi sibuk mahu menjadi hero untuk semua orang. Sanggup tinggalkan cita-cita dan memandu e-hailing demi menyara ibu dan adiknya — sebab dia saja boleh diharap.
Adam – penyanyi popular kontroversi yang lebih suka menyendiri; takut mahu rapat dengan orang. Kan lebih senang mencintai dari jauh? Tiada siapa kecewa.
Dunia mereka bertembung apabila Adam menjadi penumpang kereta Yulia. Namun telefon Adam tercicir dan hilang. Yulia yang masih cuba menjadi hero tak pasal-pasal pergi mencari sampai ke celah longkang.
Saat itu, barulah Yulia tersedar penyanyi yang dikutuk sebelum ini ialah Adam!
“Kalau awak pandai sangat bab muzik, awak takkan komen suara saya macam tu.”
Yulia cuba mengambil hati. Namun pantang bertemu, pasti Adam cari pasal. Semakin lama kenal, diam-diam, ada perasaan asing berputik dalam hati.
Yulia keliru. Adam takut berharap. Soalnya, adakah ia sesuatu yang pasti atau hanya mainan perasaan? Ini cinta, atau sekadar kawan?
Review:
Buku ketiga penulisan Auni Zainal yang I baca selepas Sekali Lagi (2018), Sedetik Lagi (2020) dan Mawaddah Ilmi Ingin Pulang (2021). Kali ni penulisan Auni Zainal lebih santai dan menghiburkan walaupun mempunyai tema dan konflik yang berat. Back-to-back I baca novel dengan kisah hidup yang menyedihkan cuma berbeza genre. Kalau Bintang Tanpa Nama (2024), I ambil masa setahun untuk habiskan, Kita Cuma Kawan, Kan? dalam sehari sahaja.
Mungkin sebab I berjiwa rom-com jadi mudahlah nak masuk dalam dunia Yulia dan Adam Adwa. Bahagian awal Kita Cuma Kawan, Kan? kita diperkenalkan dengan kesusahan dan kesengsaraan hidup Yulia bersama adiknya, Zarin. Walaupun hidup penuh ujian tapi bersyukur juga lah sebab Yulia ada strong support system.
Adam Adwa pula ada harta, populariti, bakat, pengaruh tapi hidup dia kosong dan penuh dengan dendam terhadap Laila Borhan. Sama dengan Yulia, dia ada Izhar, pengurus merangkap abang ipar dia. Kakak dia, Ayana pun tak pernah tinggalkan dia lepas habis belajar di London.
Dekat awal lagi penulis dah bagitahu ini kisah cinta tapi percintaan antara Yulia dengan Adam Adwa bermula di pertengahan cerita kemudian mempunyai jarak masa yang lama di mana kedua-duanya menghilang sebelum bertemu kembali.
Dalam Kita Cuma Kawan, Kan? ada banyak watak sampingan tapi tak semua ada ruang untuk kita berkenalan pun. Macam Kak Lang dan abang ipar Yulia yang muncul cuma untuk minta simpati Adam kemudian hilang. Kak Ngah pun hidup di awal novel dan kenapa dia sanggup bela biawak hidup dari keluarga sendiri tu tak diceritakan.
Suraya dan Ayana yang penting dalam hidup Adam pun tak lah dikembangkan sangat. Nak juga tahu sebesar mana impak Adam terhadap Suraya sampai dia sanggup tunggu Adam bertahun lamanya. Watak Amalina, kawan baik Yulia pun kejap ada, kejap tak ada. Datang bila Yulia perlukan dia sangat-sangat.
Teringin juga nak tahu kenapa anak Izhar, Haikal tu senang sangat mesra dengan Yulia padahal dengan orang lain langsung tak ada perasaan. Bila Haikal hilang dekat Zoo Negara tu pun tak tahu kenapa Yulia tergerak hati nak cari dekat situ. Ada something yang I terlepas ke? Banyak kan persoalan yang timbul? Sebab banyak sangat yang tak diceritakan supaya kita boleh connect dengan watak-watak yang ada padahal watak-watak ni mendukung watak utama.
Masa baca novel Kita Cuma Kawan, Kan? ni geram dengan perangai Izhar walaupun bersyukur dia yang bagi kerja dekat Yulia. Entah apa hak dia nak rendahkan Yulia sedangkan dia pun tahu Yulia pandai buat kerja. Dia ingat kalau Yulia tak cerdik, dia boleh ke buat semua benda dengan elok? Pengalaman dia jaga Fahmy dan keluarga yang buatkan Yulia credible untuk jaga Haikal. Merepek betul rendahkan orang sebab tak sambung belajar. Dia nak jaga anak pun tak lepas, ada hati nak sekolahkan Adam. Lahhh emo.
Genre novel Kita Cuma Kawan, Kan? adalah rom-com tapi bab romantik tu tak lah mendalam sangat sampai rasa beria nak happy ending. Perasaan Adam dan Yulia pun berlaku tiba-tiba, tahu-tahu jantung Adam dan berdebar bila jumpa Yulia. Tahu-tahu jantung Yulia pun berdebar juga bila berdiri dekat dengan Adam. Sama juga lah dengan Reza yang mengusik tak ada masalah untuk berkahwin dengan Yulia. Kalau Reza bukan saudara dan datang tepat pada masanya, I rasa okay je kalau Yulia dengan Reza.
Tapi elemen komedi memang menjadi lah walaupun lawak Yulia hambar kadang-kadang. Banyak kali tergelak dengan humor Yulia nak pula bila Zarin ada sekali. Dia punya clumsy tu sama dengan work bestie I, bijak tapi clumsy sampai tudung pun terbakar. Boleh imagine macam mana tong air boleh tergolek dekat studio Adam.
Walaupun ada 75 bab tapi pecahan setiap bab tu tak konsisten. 1 bab boleh ada dua helai atau boleh jadi 5 helai. Spacing dengan font pula besar, tak hairan lah kalau orang boleh join baca sekali. Fun je novel ni untuk bacaan santai.
1. Author +0.7, 2. Plot +0.5, 3. Genre +0.6, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.6 = 3.4/5
Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang.
Terpulang — dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.
Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.
Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat — kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.
Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.
Review:
Berlatarkan bandar Kuantan dan kawasan sekitarnya, dua watak utama – Aya dan Ilham menjalani kehidupan dewasa. Aya Sophia berpindah sementara ke Kuantan untuk membantu kes-kes guaman jenayah di firma Tetuan Sean Alif & Jo.
Seronok baca perjalanan karier Aya di firma ni bersama Mr. Jo yang tegas. Kalau Aya cuak kena berjumpa dengan Mr. Jo, I pun rasa cuak sekali sebab penulis ceritakan tentang personaliti watak dengan baik.
Memandangkan I pun kerja dekat firma guaman, semua yang diterangkan dalam novel Bintang Tanpa Nama terasa mudah difahami lah walaupun cuma sedikit dan general. Kalau mendalam pun, nanti pembaca mudah bosan juga.
Rasanya penulis lebih kenal cara kerja peguam jenayah dari IT analyst, pekerjaan hakiki Ilham sebab mudah sangat lupa dia kerja apa selain bekerja di kafe Kita, Usai. Lagipun penceritaan novel Bintang Tanpa Nama dari perspektif Aya Sophia. Ilham pula introvert, tak banyak lah boleh tahu perihal diri dia.
Sembang pasal introvert, walaupun penceritaan Bintang Tanpa Nama yang bersilih ganti antara masa lalu dan masa sekarang, penulis guna pace yang perlahan. Perjalanan Aya dan Ilham nak bergerak ke peringkat seterusnya tu terasa lambat sangat. Sebagai extrovert, I rasa mengantuk bila baca. Nak habiskan novel ni pun ambil masa sampai setahun. Kuantan sebagai latar tempat pun membosankan mungkin sebab I dah terbiasa hidup di bandar.
Mungkin novel Bintang Tanpa Nama bukan my cup of tea sebab penceritaan dan bait kata yang dimasukkan lebih berseni dan berjiwa. Pilihan lagu yang digunakan pun lagu indie. Fiersa Besari, Fourtwnty, The Impatient Sisters, Sigma dan banyak lagi semua bukanlah lagu atau penyanyi yang ada dalam playlist I.
Walaupun penulis masukkan tentang domestic violence dan pengabaian Abi terhadap Aya tapi semua sub-plot dan konflik ni tak lah diberikan fokus sangat cuma penulis masukkan untuk ceritakan punca kepada hilangnya jiwa Ilham dan Aya. Penulis lebih fokus pada kesannya pada Ilham dan Aya yang dewasa. It’s a good thing lah sebab benda macam ni boleh trigger pembaca.
Novel Bintang Tanpa Nama tak mempunyai watak yang ramai jadi mudah sangat setiap watak baik utama mahupun sampingan melekat dalam kepala. Tinggal lama pun I boleh recall setiap watak dan personaliti masing-masing.
Tak sangka betul Aya dengan Ilham boleh ada kawan baik extrovert macam Nia dan Seth. Jarang jumpa cerita cinta yang ada pasangan sama jenis. Introvert dengan introvert and vice versa. But no wonder lah Ilham rapat dengan Seth walaupun perangai dia masuk air sebab bila ada deep conversation, cara dia matang. Sama macam apa yang Nia nampak.
‘Biasanya, kita tak tahu ‘apa yang kita nak’ sebab kita tahu apa yang ‘kita dah ada’ dan apa yang kita perlu ada. Dia macam… kita tak boleh nak sort out things because there’s so many, so dia jadi serabut kat situ.’ - Seth
Bila dah habis baca novel Bintang Tanpa Nama, rasa puas lah Aya dah jumpa kebahagiaan yang dicari sebab sakit hati baca perangai Ilham yang suka hilang. Mungkin kawan-kawan dia dah biasa tapi untuk buat macam tu dekat Aya, ngeri. Ilham kesian tengok ibu dia kena dera dengan ayah dia tapi tak sedar yang dia pun kejam juga.
"Safe space, Aya. I want to be your safe space, I am your safe space. This ... is your safe space, setiap masa. Tolonglah, rasa selamat selalu dengan saya." – Ilham
Sama macam Nia dan Seth, kita rasa Ilham dan Aya sepadan sebab kita baca fasa comel yang Aya ceritakan tapi bila tahu situasi sebenar, tak ada siapa pun yang sanggup. Ada yang kata Bintang Tanpa Nama sama macam perjalanan Twenty-Five Twenty-One (2022) tapi sebenarnya tak pun. I harap Ilham dapat balasan dan karma dari perbuatan dia.
1. Author +1, 2. Plot +0.7, 3. Genre +1, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.6 = 4.3/5
Book Review | MAWAR (2019)
Monday, 4 September 2023
Penulis : Anis Akhir
Penerbit : Dear Novels Sdn Bhd
Helaian: 263 mukasurat / 42 bab 1 epilog
Genre: Seram / Thriller
Tarikh Cetakan: Cetakan Pertama – 2019
Harga: RM 24.00 (Semenanjung Malaysia), RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
Sinopsis:
Sembilan mawar kucari...
“Nama saya Mawar Zulina.”
Lapan dari darah sendiri...
“Kenapa tok ma masukkan dua aje bunga mawar tu? Kan ada lagi tujuh botol.” Aina pelik.
“Dua bunga mawar tu aje yang elok. Yang lain belum kembang cantik lagi. Tapi, macam boleh buat untuk sebotol lagi ni,” jawab tok ma dengan senyuman misteri.
Satu lagi liar berduri...
Tiba-tiba satu suara gemeresik lagi halus kedengaran. Merdina mula cuak. Bulu romanya naik mencacak. Peluh-peluh mula terbit. Pelbagai andaian liar mula menapak di fikirannya. Perlahan-lahan Merdina meninggalkan dapur dengan degupan jantungnya yang mula laju mengepam darah ke seluruh tubuh.
Sanggup kutuntut sampai mati...
“Waalaikumussalam. Hati-hati di jalan nanti. Kalau ada yang nak tumpang jangan berhenti,” pesan gadis kaunter.
Terus berubah riak pada wajah masing-masing selepas menerima pesanan.
Review:
Tengok cover novel MAWAR ni nampak ringkas juga memukau disebabkan penggunaan bunga mawar yang berdarah ditambah pula blurb yang menarik. Rasa tertarik untuk tahu apa kisah yang akan dibawakan oleh penulis Anis Akhir dalam kisah seram thriller.
Latar masa untuk novel MAWAR ni agak lama sampai makan masa 100 tahun lamanya walaupun mukasurat tak lah tebal mana. Peralihan dari satu bab kepada bab yang lain tak ambil masa yang lama pun. Dari generasi sebelum Mawar Zulina, watak utama lahir lalu memilih ilmu hitam untuk kekal cantik dan berkuasa sehingga lah berjumpa dengan cucu-cucunya, Mawar Sakinah, Mawar Jannah, Mawar Anne, Mawar Amni, Mawar Aina, Mawar Aisyah, Mawar Atikah Mawar Tiara dan juga Mawar Merdina yang berkahwin dengan cucu lelakinya bernama Luqman.
Idea untuk menghasilkan watak yang bertuhankan syaitan dan menggunakan bunga mawar sebagai signature tu menarik. Tapi kenapa bunga mawar tak pula diceritakan dengan baik. Di hujung cerita ada sejarah tentang bagaimana watak Surti dan Bunga terjumpa batu sakti yang menjadi bualan penduduk kampung. Juga macam mana Surti mampu terus mengekalkan kuasa sakti batu tersebut tanpa hidup melarat dek sumpahan tapi anehnya mangsa Surti bukan bernama Mawar jadi bagaimana peralihan dari mangsa random kepada mangsa bernama Mawar pun tak diceritakan juga.
Like I've said earlier, latar masa dia lama tapi ada 263 mukasurat je jadi boleh nampak lah ada beberapa tempoh masa yang dipendekkan untuk beri laluan kepada beberapa latar. Dekat awal novel penulis ceritakan tentang kehidupan Mawar Zulina sebelum amalkan ilmu hitam kemudiannya berkahwin dengan pemuda kacak bernama Zulkipli. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang anak lelaki.
Bila tragedi berlaku sampai Mawar Zulina bertindak untuk seru sesuatu dari alam sana, terus masuk ke latar masa di mana cucu-cucunya semua sudah membesar. Banyak juga lah persoalan timbul macam bagaimana kehidupan Mawar Zulina besarkan anak-anak lelaki dia. Kalau sumpahan tu tak menganggu, kenapa ada dialog Armawi risau mak dia ulang perangai lama? Kalau sumpahan menganggu macam apa yang Armawi risaukan, kenapa Armawi benarkan Mawar Atikah, Mawar Tiara, Luqman dan Mawar Merdina pergi ke Vila Sri Amah?
Dekat plot tu dah nampak jalan cerita yang bercelaru. Kalau tengok pada bab sebelum tu, nampak keturunan Mawar Zulina ni menjaga ibadah sebab dah bercampur dengan keturunan lain dan duduk jauh dari Mawar yang amalkan ilmu hitam. Ada penulis ceritakan keluarga Luqman merewang dekat surau atau sembang tentang solat Subuh. Dekat hujung cerita pun ada part Huzair laungkan azan untuk buka pintu bilik yang terkunci kerana gangguan syaitan.
Jadi membuka balik persoalan kenapa semua watak yang pergi ke rumah Mawar Zulina tak solat? Kalau cucu perempuan tak solat boleh terima lah sebab ada fasa datang bulan tetapi yang lelaki apa cerita pulak? Kalau dari hari pertama bermalam dekat rumah Mawar Zulina, confirm dah boleh syak ada sesuatu tak kena dekat vila tu. Kalau sekali azan pun dah boleh keluar bau darah, apatah lagi kalau solat kan?
Alur cerita di bahagian awal novel tu dah seronok dah tapi bila masuk latar masa sekarang terutamanya bila semua cucu berkumpul di Vila Sri Amah dah mula longgar jalan cerita dan mengelirukan. Di bab-bab yang hujung pun dah mula bercanggah dengan bab sebelumnya sampai rasa malas nak ambik port dan habiskan bacaan supaya boleh tahu pengakhiran cerita.
Sayanglah sebab cerita ni ada potensi tapi tak boleh pergi jauh. Gaya penceritaan penulis pun tak menarik untuk dibaca. Dalam satu perenggan ada banyak sangat pengulangan perkataan sampai jadi jelak. Sebab tu juga ambil masa sampai sebulan lebih untuk habiskan bacaan. Ni pun pulun habiskan juga sebab nak pulangkan dekat perpustakaan.
1. Author +0.5, 2. Plot +0.3, 3. Genre +0.4, 4. Social Message +0.5, 5. Personal Thought +0.3 = 2/5
Book Review | Sedetik Lagi (2020)
Tuesday, 4 October 2022
Penulis : Auni Zainal
Penerbit : IMAN Publication Sdn Bhd
Helaian : 258 mukasurat / 28 bab 1 epilog
Genre : Misteri / Fiksyen / Drama
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Mac 2020
Harga : RM 28.00 (Semenanjung Malaysia), RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
Sinopsis:
9 tahun Khalis terperangkap di masa lalu akibat diari merah itu.
Khalis ingin kembali ke masa asalnya namun dia tidak tahu bagaimana. Dia takut andai dia gunakan diari itu untuk mengubah takdir, akan ada kesan yang lebih buruk menimpa diri dan orang di sekeliling.
Apabila muncul orang-orang yang mengaku mereka juga terperangkap seperti dia, Khalis ragu-ragu. Adakah patut dia mempercayai mereka atau perlukah dia melindungi diari tersebut agar tidak disalahgunakan oleh sesiapa pun?
Bagi Khalis, dia hanya ada dua pilihan; memilih untuk terus bersembunyi atau mengambil risiko dalam meraih kebahagiaan.
Sekiranya kita diberi peluang sedetik lagi demi bersama orang yang tersayang, apakah harga yang sanggup kita bayar?
Review:
Sekuel naskhah merentas masa melalui diari merah ajaib kini dikembangkan lagi perjalanan Khalis ke masa lalu. 9 tahun dia menderita seorang kerana takut diari ni akan diambil oleh Ghazali. Dia tak tahu apa akan jadi tapi dia sentiasa dihantui oleh mimpi ngeri tersebut. Sama macam Nadiah, Khalis juga merasa sunyi dan rindu.
Selain kisah Khalis, Ghazali dan Nadiah yang pernah diceritakan dalam Sekali Lagi (2018), ada pertambahan watak Nik - remaja sekolah yang pintar, Liana – perempuan berumur 30-an dan juga Pak Cik Leh yang kelihatan uzur dan sentiasa memanggil anaknya, Tariq. Orang tua tersebut sentiasa menceritakan tentang arwah isterinya, Yah dan ada kalanya dia beri pantun 4 kerat yang sukar difahami maknanya.
Bukan curang kuatur tertib,
Mana muka dibawa pulang,
Tertampan jalan pena mencatit,
Bertitik-tolak kisah berulang.
Berdampil lemah bersanggit,
Berpisah kuat bertentang,
Elok lemah asal dipamit,
Dari kuat ditinggal seorang.
Dari mereka bertiga lah Khalis tahu ada harapan untuk dia pulang ke masa sebenar tapi harapan tersebut agak tipis. Diari merah tersebut tak boleh ada pemilik baru selagi belum ada yang pulang ke masa asal. Dan kalau wujud pemilik baru maka mereka semua akan ‘terbang’ bersama pemilik baru.
Nik agak baran orangnya sebab dia masih remaja. Kata Liyana, dia paranoid dan takut dengan gelap akibat merentas masa dan ‘terbang’. Kerana pertengkaran antara Nik dengan Khalis, mereka semua terbang lagi sekali kerana pemilik baru.
Khalis dalam Sedetik Lagi agak jauh berbeza dengan Khalis dalam Sekali Lagi sebab Khalis ni lebih pesimis orangnya. Mudah putus asa juga sebab dia tak dapat berjumpa dengan Nadiah dan ragu-ragu dengan Ghazali. Lega bila dapat tahu Ghazali yang banyak ajar Khalis supaya pandang musibah ni sebagai ujian. Mungkin ada perkara yang Tuhan nak ajar ataupun tunjuk kepada Khalis.
“Melepaskan tidak bermaksud pasrah. Kalau tawakal itu maksudnya tidak berbuat apa-apa, maka kita telah menganggap bahawa Tuhan itu tidak adil. Sedangkan Allah Maha Berkuasa. Dia menyusun takdir mengikut usaha yang kita lakukan pada hari ini.” – Auni Zainal
Jalan cerita Sedetik Lagi lebih misteri dan kompleks sebab tak tahu macam mana mereka semua nak pulang ke masa asal. Nak bertanyakan pada Nadiah pun, dia sudah pulang ke sana tapi kalau ikutkan ada sebenarnya penulis dah bagi hint dalam Sekali Lagi cuma I je yang tak perasan. Mungkin terfikirkan sesuatu yang lebih kompleks juga kot. Tapi kalau bukan pun, I rasa ada part yang tak jelas macam mana Khalis dan Pak Cik Leh jumpa pen tu.
Flow cerita dalam Sedetik Lagi ni agak berat sampai kena focus betul-betul dari awal sampai habis sebab ada banyak part ‘terbang’ dan kena baca Sekali Lagi dalam masa terdekat untuk faham apa yang mereka semua maksudkan. But all in all, semua pun dapat happy ending yang mereka nak. Nasib baik lah happy ending sebab sepanjang dua jilid ni rasa murung dengan keresahan masing-masing. Kita baca memang lah rasa sekejap tapi yang mengalami tu sampai makan tahun.
Pokoknya, mesej yang I dapat lepas baca kedua-dua buah buku, I boleh kata yang hargailah waktu sekarang dan tak perlu risaukan sangat masa depan. Jangan pula terlampau berpegang dengan masa lalu.
Book Review | Sekali Lagi (2018)
Friday, 16 September 2022
Penulis : Auni Zainal
Penerbit : IMAN Publication Sdn Bhd
Helaian : 333 mukasurat / 26 bab 1 epilog
Genre : Misteri / Fiksyen / Drama
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – April 2018, Cetakan Kedua – Jun 2018
Harga : RM 28.00 (Semenanjung Malaysia), RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
Sinopsis:
"Walau apa pun niat kau, hasilnya takkan sama Nadiah. Takkan sama!"
***
Nadiah mula menulis apa saja yang ingin diluahkan perasaannya pada waktu itu. Tidak semena-mena, Nadiah terasa kepalanya berpusing. Semuanya menjadi gelap.
***
Nadiah membuka mata perlahan-lahan. Dia sedang terbaring di atas katil. Fikirnya, mesti Ilyani yang memapahnya. Dia tidak ingat apa yang berlaku sebelum itu, tiba-tiba semuanya gelap.
"Nad, pukul 6.15 pagi dah. Bangunlah. Dah empat kali aku kejut kau ni."
"Kenapa? Ada apa?" tanya Nadiah kebingungan.
"Bangun nak pergi sekolahlah. Kau mamai ek?"
"Sekolah?"
Review:
Sinopsis membuatkan tertarik untuk baca kisah Nadiah yang merentas masa dan kembali ke zaman sekolah dia lantas dia berniat untuk ke Alam Shah untuk berjumpa suaminya, Khalis Effendi. Namun suaminya masih lagi lelaki yang tegas, skema dan garang orangnya. Sikit pun dia tak kenal Nadiah siapa.
Nadiah yang sekarang kehilangan Khalis yang meninggal dalam kemalangan jalan raya, 8 bulan selepas kematian anak perempuan mereka, Tanis Yamnuska. Dek kerana saranan kawan baik dia, Dr. Ilyani, Nadiah menulis dalam sebuah diari merah supaya dapat kurangkan kemurungan yang dialami. Tanpa mereka sedar, diari merah tersebut mempunyai keajaiban dia tersendiri bila Nadiah balik ke masa lampau sebaik saja menulis tentang dirinya.
Orang pertama yang dia jumpa adalah kawan baik dia di zaman sekarang, Ilyani tapi pada zaman sekolah, Ilyani bukanlah kawan baik dia. Bukan saja Ilyani malah semua orang menganggap Nadiah adalah pelajar yang gila. Kerana takut dan sunyi, Nadiah beranikan diri berterus-terang dengan Ilyani. Respon Ilyani, walaupun Nadiah dapat merentas masa tapi perjalanan hidup tak sama. Akibat perubahan pada zaman lampau maka berubah la juga di zaman dewasa Nadiah nanti.
Menarik lah kisah Sekali Lagi karya penulisan Auni Zainal ni sebab jalan cerita fiksyen boleh diterima logik akal. Walaupun berlatarkan pelajar sekolah tapi watak utama ada sisi kematangan yang tinggi. Mungkin juga sebab pelajar sekolah pandai dan masing-masing ada tanggungjawab tersendiri. Macam Ilyani ada ibu yang sakit sementara Khalis pula galas tanggungjawab sebagai ketua pelajar SMITH.
Masa baca novel Sekali Lagi ni tertarik dengan kisah cinta Nadiah dan Khalis tapi penulis banyak ketengahkan kisah mereka masa Nadiah merentas dan agak singkat diceritakan kisah sebenar mereka. Masa Nadiah merentas tu pun Khalis bukannya layan Nadiah sangat, pandang pun menyampah sampai kita yang baca pun jadi geram sebab tak tahu selama mana Nadiah boleh berada dalam dunia tu. Kisah Nadiah dengan Ilyani pun singkat sangat dan tamat secara mendadak.
Kesian dengan watak Nadiah sebab diari merah tak bantu dia pun untuk hilangkan sunyi dan kemurungan. Makin bertambah murung adalah sebab dia tak ada kawan, tak ada siapa pun sudi dengar luahan hati dia yang rindukan suami dan anak. Dia pun tak boleh ubah apa-apa sebab akan bahayakan nyawa orang lain di sekeliling dia. Tinggi harga yang perlu dibayar hanya untuk berjumpa dengan Khalis dan belajar erti terima ketentuan juga ujian Tuhan dengan hati terbuka.
Cumanya macam over jugak lah bila penulis masukkan angle gangster yang berdendam dengan Khalis tu sebab pengusaha makanan je pun, kemain beria berdendam. Mungkin lagi kena kalau masukkan watak antagonis dengan wujudkan geng buli. But that’s just my 2 cents.
Plot twist usahawan tu pun macam singkat sangat dan tergesa nak habis. Mungkin penulis akan panjangkan lagi dekat sekuel kot. Tak sabar nak baca dunia Khalis yang berubah kerana diari merah pula dalam Sedetik Lagi.
p/s: Terima kasih Perpustakaan Anggerik Mokara MBSA sebab sediakan bahan bacaan menarik ni!
1. Author +1, 2. Plot +0.6, 3. Genre +0.7, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.7 = 4/5
Book Review | Kanvas (2017)
Tuesday, 21 June 2022
Penulis : Ayumi Syafiqah
Penerbit : Prolog Media
Helaian : 325 mukasurat / 44 bab
Genre : Thriller / Romantik / Misteri
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Oktober 2017
Harga : RM25 (Semenanjung Malaysia), RM28 (Sabah & Sarawak)
Sinopsis :
If love is a mystery, would you risk yout heart trying to solve it?"
Bagi Ed, melukis adalah jiwanya. Cuma lukisannya bukan lukisan biasa-biasa. Lukisan dia 'hidup' hingga menyebabkan orang sekeliling takut dengannya. Ed tidak ambil kisah dengan pandangan orang lain asalkan hidup dia tenang. Tapi, apabila salah satu lukisannya tiba-tiba jadi nyata, ketenangannya mula berkocak.
Bagi Kara, hidupnya bahagia bersama ayah yang penyayang dan teman lelaki idaman ramai. Namun, segalanya musnah kerana sebuah tragedi. Tragedi yang buat dunia Kara dan Ed bertembung.
Bersama, mereka mula mencari jawapan kepada setiap misteri dan persoalan. Persoalan yang tiada sesiapa tahu jawapannya dan misteri yang tiada sesiapa pun pasti penyelesainnya.
Tiada sesiapa, kecuali kanvas lukisan Ed.
"You, me and a mystery to solve."
Review :
Bosan menghadap movie, tarik lah satu novel dekat dalam koleksi. Bila baca sinopsis rasa tertarik nak tahu kelebihan Idraki ni. Konsep dia lebih kurang sama dengan novel Ngeri (2011) karya penulisan Gina Yap Lai Yoong. Bezanya, watak Sam menulis kejadian tersebut manakala watak Idraki ataupun Ed melukis di atas kanvas ataupun buku lukisannya dan kemudiannya jadi nyata.
Kerana satu kejadian misteri bila Ed terjumpa mayat di longkang kolej kemudiannya hilang, satu kampus label Ed sebagai psiko. Tak ada yang sudi berkawan dengan Ed kecuali Dom si penyampai radio kolej. Ed banyak habiskan masa dengan melukis di rumah ataupun di café milik ibunya, Lily.
Di café tu juga Ed selalu nampak Kara yang selalu menyinggah berjumpa dengan ibunya untuk belajar tentang bakeri. Kara merupakan anak orang berada yang belajar dalam kelas yang sama dengan Ed tapi mereka tak pernah bertegur. Kara lebih banyak habiskan masa dengan buah hatinya, Zam dan kawan baik dia, Lisa dan Zea.
Dah banyak kali lukisan Ed muncul di dunia nyata tapi lukisan yang satu ni mengubah takdir hidup dia bila Kara, Zam, Lisa dan Zea menjadi watak di dalam lukisan tersebut. Ed tak mampu kawal pun tangan dia untuk melukis bila ilham datang. Boleh kata dia cuma si pelukis semata dan berdasarkan lukisan dia tu lah dia tahu apa yang jadi.
“Aku pun tak tahu macam mana aku boleh lukis benda tu. It was like I was possessed or something… - Ed
Sebab elemen misteri yang dimasukkan ni lah rasa tertarik sangat untuk tahu macam mana Ed nak kawal sekiranya ilham yang datang tu dalam bentuk musibah. Lagi parah bila melibatkan orang sekeliling dia. Kalau dia tak lukis boleh tak kejadian tu tak berlaku? Dan kalau dia berlaku, Ed ada daya tak untuk membantu mana-mana pihak.
Selain dari misteri dan thriller dalam novel Kanvas ni, ada juga diselitkan elemen romantik untuk watak Ed dan Kara. Dari awal lagi dah boleh nampak yang Ed menaruh perasaan pada Kara sebab cara dia. Karakter dia berubah bila dengan Kara dan perubahan tu menarik untuk dibaca sebab tak terlampau drastik atau cringy. Realistik dan sweet. Slow and steady kata orang.
‘Walau apa pun yang jadi lepas ni, kalau kebenaran akhirnya terbongkar, can you promise me to always stay by my side?” Kara
Novel Kanvas dibahagikan kepada 5 bahagian dan dua bahagian terakhir agak mudah untuk ditebak perjalanan cerita dia tapi masih lagi menarik untuk dibaca sebab nak tahu motif dan kesan daripada tindakan si pelaku. Gaya penulisan Ayumi Syafiqah pun santai dan cantik tersusun bila dia bina plot mengikut perspektif watak utama dalam novel Kanvas kemudian berubah mengikut situasi. Tak sedar pun dah habis baca 44 bab.
Walaupun I suka sangat dengan novel Kanvas ni tapi ada part yang macam mehhh jugak lah bila masuk part Ed berbalah dengan Zea dalam kelas. Nampak sangat fakta tu copy paste ayat Google sedangkan perbalahan sesama sendiri bukannya present depan kelas pun. Boleh je kalau Zea dengan Ed bergaduh dalam Bahasa Melayu pasar.
Anyone yang belum pernah baca novel Kanvas dan suka dengan genre romantic thriller boleh try baca kisah Ed dengan Kara ni. Tak sabar nak baca Kanvas 2.0!!
1. Author +1, 2.Plot +1, 3. Genre +1, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.7 = 4.7/5
Book Review : Dunia Plot Twist
Thursday, 17 December 2020
Penulis : Abstrakim
Penerbit : Abstrakim Publications
Helaian : 201 mukasurat / 7 bab
Genre : Seram /
Misteri / Thriller
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama - Januari 2020
Harga : RM 24.90
Sinopsis :
Book Review : Memori Inara
Monday, 26 October 2020
Penulis : Sara Aisha
Penerbit : Karya Seni
Helaian : 702 mukasurat / 47 bab
Genre : Thriller / Misteri / Romantik
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Jun 2019
Harga : RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM33.00 (Sabah & Sarawak)
Sinopsis :
Review :
Rasanya dah baca review dari blogger Thes dan Tiara and most of the readers dekat Goodreads memang bagi good review untuk buku ni. Even dari sinopsis pun macam cantik je jalan cerita dia. Sadly, somehow I tak mampu nak setuju dengan review yang I baca lepas spend a week reading Memori Inara. Walaupun ada trivia yang menunjukkan kajian dari penulis untuk isu stalking, amnesia dan trauma yang dialami, namun ada beberapa persoalan yang muncul.
Latar masa untuk novel ni I assume dalam tahun 2018 sebab ingatan Inara pada tahun 2014 so I rasa masa tu masih belum melarat lagi masalah stalker dari social media ni. Tapi kalau masalah diekori ni rasanya boleh je buat report but yes, betul apa yang Inara stress sebab polis pandang enteng malah mengejek dia. Tapi dari status Inara, tak susah rasanya dia gunakan duit dan networking dia untuk minta bantuan dari Bukit Aman.
Kalau pun tak dapat bantuan dari pihak berkuasa sebab Malaysia tak ada akta untuk hukum creepy stalker, dia kan ada Whatsapp chat stalker dia. Expose je lah dekat social media bagitahu yang stalker tu fitnah dia. Dalam ramai followers dia tu takkan lah tak ada yang mampu backup Inara? Seriouslah you guys underestimate kemampuan netizen? Zaman ni zaman Datin Alyah-Ramli MS kantoi dah kahwin, Dynas kantoi bercerai gara-gara netizen gigih. Setakat nak expose fitnah stalker ni apa lah sangat.
Plot paling tak boleh terima sekali bila Gibran dengan penuh yakin kembalikan memori Inara pada tahun 2014 sedangkan dia belum wujud dalam kamus hidup Inara tapi Muzaffar. Lepastu nak cemburu Inara bagai nak gila cari Muzaffar. Ibu dia pun siap lempang anak sendiri sebab stress Inara dok sebut nama Muzaffar.
Kenapa penulis seksa watak Inara macam ni? Put yourself in her shoes! Mesti lah dia cari Muzaffar sebab diorang tengah bahagia cari barang hantaran tau-tau dia kena hadam yang Muzaffar lelaki paling jahat di mata ibu dia tanpa bukti. Seksa tau putus cinta tapi tak dapat any closure. Tak semudah kata-kata Gibran untuk Inara terima dia dalam hidup sedangkan Inara cinta sangat dengan Muzaffar. Tak jumpa sebarang cela pulak tu. Sebagai neuroscientist dan doktor psikologi, takkan la dua watak ni tak fikir cause and effect untuk tindakan diorang? Manusia mana sama dengan tikus. I’m sorry for this tapi masa Gibran halang Inara masuk dalam bilik kerja dia pun dah boleh agak plot ni ke arah mana. Watak Muzaffar ada rasionalnya tapi watak Gibran tu dari awal lagi dah fishy habis. Tak tahu kenapa ada yang tergedik nak kahwin dengan lelaki macam Gibran. Creepy habis.
Biggest loophole for me haruslah part Inara ada bukti pembunuhan keluarga Gibran tapi tak serahkan kepada polis. Video dan pengakuan dah cukup kuat untuk jatuhkan hukuman tapi tu lah novel kan, tebal pulak tu, kena la letak plot twist. Yet again, fails miserably.
Kalau dekat awal cerita, stalker Inara terlepas dari undang-undang tapi dekat hujung cerita boleh pulak Dr. Isabel ugut nak serahkan Raslan kepada pihak polis sebab stalk Inara??? Masa watak Raslan muncul tu I nak tahu sangat cerita tentang stalker Inara sebab dia je yang ada pertalian tapi sayangnya penulis tak kembangkan watak stalker tu. Yang banyaknya cuma wild assumptions dari Muzaffar dan Priya, kawan baik Inara. Lagi kelakar bila Raslan benarkan girlfriend dia obses dengan Inara dan bukan dia. Weird pfftt
Pace novel ni sangat slow dan meleweh dengan monolog Inara tapi start build up bila muncul hantu perempuan berbaju merah tapi meleweh balik sampai menyampah bila Gibran dah jadi superhuman lawan semua villain. Who needs police anyway if Gibran exists? Now I know why girls need Gibran T.T
I suka dengan penulisan Sara Aisha and I think she did her best in her research for these issues. Terima kasih sebab gunakan medium dan platform dia untuk buka mata pembaca dan rakyat Malaysia supaya lebih cakna dengan isu stalking yang masih lagi belum dianggap jenayah di negara ni tapi plot dia terlampau messed up atas nama cinta seorang Gibran. I’m sorry :(
p/s : Kepada Isabel dan Gibran, tahun 2020 Drama Band release lagu Jangan Bikin Kerja Tuhan. Well obviously for a reason.
Another side note : Review I based on pengalaman dan perasaan I. Review orang lain berdasarkan pengalaman dan perasaan orang lain.
1. Author +0.5, 2.Plot +0.2, 3. Genre +0.2, 4. Social Message +0.2, 5. Personal Thought +0 = 1.1/5
Book Review : Nikina
Friday, 31 January 2020
Book Review : #Enam Darjah
Wednesday, 6 November 2019
Review :
1. Author +1, 2.Plot +0.8, 3. Genre +0.7, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +1= 4.5/5
.jpg)
.jpg)







.gif)




.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)



























