DARI SKRIN KE KOMUNITI, HELO DOKTOR TOUR DEKATI MASYARAKAT

Friday, 30 October 2026

DARI SKRIN KE KOMUNITI, HELO DOKTOR TOUR DEKATI MASYARAKAT | Bermula di Publika, Helo Doktor Tour Sedia Menjelajah Malaysia pada 2027

KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2026 - Daripada perkongsian di kaca televisyen kepada pengalaman secara langsung bersama masyarakat, program bual bicara kesihatan popular TV3, Helo Doktor kini melangkah lebih jauh menerusi Helo Doktor Tour by MHTC. Hasil kerjasama Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), TV3 dan Tourism Malaysia, jelajah ini bakal membawa perkongsian kesihatan, akses kepada kepakaran perubatan serta peluang mengenali perkhidmatan hospital ahli MHTC kepada masyarakat tempatan, komuniti ekspatriat dan pelancong kesihatan antarabangsa di seluruh negara.

Helo Doktor Tour by MHTC dirasmikan di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur, dengan kehadiran wakil daripada pelbagai sektor termasuk barisan pengacara Helo Doktor, Anim Ezati Rizki dan Nadia Azmi. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kesedaran terhadap kelebihan perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia, seiring usaha menyokong Malaysia Year of Medical Tourism 2026 (MYMT2026) yang mengangkat naratif “Healing Meets Hospitality”.

Jelajah ini akan memulakan langkah pertamanya menerusi program rintis (pilot event) di Publika, Kuala Lumpur, pada November 2026, sebelum diteruskan setiap suku tahun sepanjang 2027 yang merangkumi beberapa lokasi di seluruh negara, termasuk kawasan utara, selatan, timur dan barat Semenanjung Malaysia, selain Sabah dan Sarawak.

Sepanjang siri jelajah ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan wakil hospital ahli MHTC untuk mengenali kepakaran, dan perkhidmatan perubatan yang ditawarkan, selain menyertai sesi interaktif bersama pakar perubatan serta mendapatkan pemeriksaan dan saringan kesihatan secara percuma.

YBhg. Dato’ Suriaghandi Suppiah, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)

Lebih istimewa, inisiatif ini turut merangkumi empat episod khas Helo Doktor yang akan disiarkan menerusi TV3, menampilkan wakil pengurusan MHTC bersama ahli-ahli hospitalnya. Setiap episod akan mengetengahkan pelbagai topik kesihatan semasa, di samping memberi pendedahan kepada penonton mengenai kepakaran rawatan serta kemudahan perubatan moden yang ditawarkan di Malaysia. Usaha ini turut diperluas menerusi platform digital bagi memastikan perkongsian Helo Doktor dapat dinikmati oleh lebih ramai lapisan masyarakat, melangkaui siaran televisyen.

Lebih daripada sekadar inisiatif kesedaran kesihatan, Helo Doktor Tour by MHTC menggabungkan kepakaran MHTC, TV3 dan Tourism Malaysia untuk memperluas akses kepada maklumat kesihatan serta menyokong usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai Destinasi Penjagaan Kesihatan Pilihan (Preferred Healthcare Destination). Kerjasama ini turut menyasarkan pembangunan sebuah platform kebangsaan yang mampan dan berterusan, sekali gus membolehkan masyarakat membuat pilihan penjagaan kesihatan berdasarkan maklumat yang sahih.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan Helo Doktor Tour, ikuti saluran rasmi @TV3Malaysia di Facebook, Instagram, X, Threads dan Tiktok serta platform digital rasmi MHTC

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.