Nasi Ayam Gepuk Oriental Kopi, Pavillion Damansara

Wednesday, 7 October 2026


First time datang Pavillion Damansara sejak dibuka tahun lepas. Sekarang ni dah banyak screening buat dekat sini especially under Antenna Entertainments. Pavillion Damansara ni best sebab connected dengan MRT laluan Kajang. Balik dari kerja, park dekat MRT Kwasa Sentral lepastu turun dekat MRT Damansara Heights.


Tak jauh pun berjalan dah sampai ke dalam mall lepastu naik je ke tingkat 3, dah jumpa TGV. Kitorang dapat jemputan untuk filem Operasi Pesta Copet dari Antenna Entertainments. 


Patutnya ada peluang jumpa Iqbaal Ramadhan tapi dia sangkut lagi dengan kontrak untuk promote filem dekat Indonesia padahal dia dah turun Malaysia sebelum tu. I ada nampak klip Iqbaal join podcast Sembang Studio. 


Kira bukan rezeki lah nak jumpa Iqbaal malam tu. Tapi okay je sebab tahun lepas dah jumpa dia masa screening filem Perayaan Mati Rasa. Semoga ada peluang untuk jumpa Iqbaal lagi. Aminnnn!

Luas jugak lah TGV dekat Pavi Damansara ni siap ada playground sementara menunggu hall dibuka. 



Disebabkan Iqbaal dengan pelakon lain tak ada, kitorang pergi solat Maghrib dan makan dulu sebelum tayangan mula pukul 8.30 malam. Kedai dekat sini tak banyak lagi so malas nak fikir nak cari apa, kitorang makan je dekat Oriental Kopi. 




Dah la baru je makan Oriental Kopi lepastu order lagi Nasi Ayam Gepuk dia lepas rasa yang dekat Bangunan Sultan Abdul Samad tu. I suka sebab ada bayam goreng dengan poached egg tu. Kali ni I order Teh Ais Cincau. 

Nasi Ayam Gepuk Oriental Kopi ni guna nasi yang berkanji jadi cepatlah kenyang. Ayam pula besar. Sayur pun tak nak kalah. Dah ada timun, ada kobis goreng, ada juga bayam goreng. Memang confirm tersandar kekenyangan lepas habiskan satu pinggan. Rasanya malam tu kitorang patut share. Minum pula teh ais dalam gelas besar. Mengah wei lepas makan. 


Biasanya, I tak suka ayam gepuk klasik sebab isi ayam tu akan kering sampai melekat dekat tulang tapi Oriental Kopi punya cun je kejadiannya. Nampak macam kering tapi bila makan, isi dia lembut je. 

Kureng sikit bila sambal dia tak pedas macam dekat Oriental Kopi Bangunan Sultan Abdul Samad. Entah lah terkurang giling ataupun cili tu yang tak berapa nak pedas. Tempe dia pun tebal, tak crispy dan tak ada coating so boleh rasa perisa asli tempe. I tak suka sangat rasa tempe asli hshshs tapi bukan isu besar pun sebab bila makan dengan nasi, dengan sambal, rasa tu dah terselindung sikit. 

Lepas ni kalau pergi Oriental Kopi, I dah tahu nak makan apa. Tak payah serabut kepala fikir dah hihi

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.